Chapter 31

127 5 0
                                    

Jaehyun berjalan turun dari tangga utama rumah itu bersama Taeyong di belakangnya. Keadaan rumah itu agak tersusun dengan banyak persediaan yang dilakukan. Seolah-olah mereka akan menyambut menantu baru yang akan datang. Dan perkara itu bukan sesuatu yang biasa berlaku di rumah keluarga Jung.

Johnny sedang berbual dengan beberapa pengawal yang lain mengenai sesuatu yang hanya difahami oleh mereka. Doyoung pula sedang sibuk berbual dengan Taeil mengenai sesuatu yang sepertinya agak serius jika melihat kerutan pada dahi kedua-dua orang itu. Pengawal yang lain hanya bersedia.

Tepat ketika kaki Jaehyun mencecah anak tangga terakhir, keadaan di luar menjadi agak riuh menyebabkan semua aktiviti yang berlaku dalam rumah itu terhenti dan mereka mula berlari keluar. Sebuah kereta mewah hitam dipandu masuk melalui pagar utama diiringi dengan dua kenderaan yang lain. Jaehyun segera berdiri di barisan paling hadapan dengan yang lain mula bersusun mengiringinya.

Taeyong yang kebingungan segera mendekati Jungwoo. "Memang macam ni selalu ke?"

Jungwoo yang sedang tersenyum hanya mengangguk. "Yuta adalah orang yang penting bagi keluarga Jung."

Taeyong hanya mengangkat keningnya. Jaehyun sudah memberitahunya bahawa seseorang akan datang pada hari itu. Kawannya daripada Jepun yang sudah lama tidak ditemuinya.

"Dulu..." Jungwoo bersuara dengan nada separuh berbisik. "Yuta adalah salah seorang ahli dalam keluarga Jung sebelum dia memutuskan untuk jadi salah satu ketua mafia di Jepun. Dia, Johnny dan Jaehyun membesar bersama."

Taeyong mengangguk sambil memandang kereta yang berhenti di bahagian utama rumah itu. Pintu kereta dibuka sebelum seorang lelaki yang memakai kacamata hitam dengan rambut perang yang sedikit panjang keluar. Wajahnya kelihatan serius dengan riak wajahnya yang garang. Dia memakai baju biasa jaket kulit bukan seperti mafia yang biasa.

Jaehyun segera bersalaman dan memeluknya. Johnny menjadi orang kedua yang berbuat demikian.

"Nakamoto Yuta." Beritahu Jungwoo. "Ketua mafia paling berkuasa di Jepun. Dialah yang membekalkan kita peralatan keselamatan dan juga senjata. Dia satu-satunya pengeluar mengikut teknologi yang tidak dapat dikalahkan."

Taeyong mengangguk. Pada ketika itu juga, dua orang lelaki muda keluar dari kereta yang sama. Dan kedua-duanya memasangkan wajah yang serius sama dengan lelaki bernama Yuta itu. Doyoung dan Taeil juga mendekati mereka dan mula bersalaman sambil berpelukan dengan perbualan kecil.

"Itu adalah Mark dan Haechan." Beritahu Jungwoo tanpa ditanya. "Posisi Mark sama seperti Johnny. Dia orang kanan Yuta yang paling dipercayai. Dan Haechan... Adalah orang yang mempunyai kepakaran yang sama dengan Doyoung. Dialah orang yang penting dalam penciptaan senjata dan peralatan mereka. Dia mahir dalam teknologi."

Taeyong mengangguk lagi. Dan entah kenapa, tiba-tiba sahaja pandangan kumpulan itu tertumpu kepada Taeyong dan Jungwoo. Taeyong mula berasa tidak selesa. Manakala Jungwoo pula tersenyum lebar.

"Yuuuuuta!" pekik Jungwoo dalam keadaan manja.

Senyuman terukir di wajah ketua mafia Jepun itu sebelum berjalan menuju ke arah Jungwoo. Jungwoo pula segera berlari memeluk lelaki itu.

"My sweet Jungwoo." Panggil Yuta sambil memeluk lelaki itu erat.

"Awak ada bawa hadiah dari Jepun untuk saya?" tanya Jungwoo ketika pelukan mereka dilepaskan.

"Mestilah ada." Yuta tersenyum sinis. "Saya bawa yang banyak untuk awak!"

"Yeah!!!"

Saat itu, Yuta mengalihkan pandangannya pada Taeyong. Senyumannya beransur turun sebelum dia membuka kacamata hitamnya menampakkan ketampanan asli Jepunnya. Dia berjalan ke arah Taeyong sebelum menghulurkan tangannya.

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now