Johnny memejamkan matanya masih cuba menenangkan diri dalam keadaan duduk bersila di atas lantai batu yang dingin. Dia langsung tidak tidur sejak dia menjadi tahanan di situ. Itu adalah perkara yang dia langsung tidak sangka akan berlaku. Dia tidak pernah membayangkan dia akan menjadi seorang tahanan di keluarga Jung.
Sejujurnya, banyak perkara yang dia sendiri tidak jangkakan. Ini pertama kali dia mengkhianati keluarga itu. Dan ini pertama kalinya dia melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Buat seketika, dia berharap Jaehyun akan memihak padanya jika dia menyerang Taeyong. Malangnya, musuhnya kali ini adalah cinta pertama ketua mafia itu. Mustahil untuk dia menang.
Dia masih ingat dengan jelas wajah Jaehyun yang memandangnya kecewa meminta jawapan atas kelakuannya. Dan dia tidak mahu membuka mulut. Dia tahu apapun yang dia katakan, Jaehyun akan tetap berusaha membuktikan bahawa Taeyong tidak perlu dijadikan musuh. Jika hitman itu pernah bersalah kerana ingin membunuh Jaehyun dan masih diterima masuk di keluarga Jung, mustahil masalahnya akan diberikan ruang untuk menang.
Bunyi derapan kaki yang datang tidak membuatkan Johnny beranjak atau membuka matanya. Sudah bertahun-tahun bekerja di situ, dia tahu siapa empunya kasut yang berbunyi mendekatinya.
"Macam mana awak kat sini?"
Johnny masih tidak membuka matanya bagaimanapun menjawab. "Saya baik-baik saja."
Keadaan sunyi sepi seketika agak lama.
"Awak tak beritahu saya apa yang saya boleh buat, Johnny."
Kali ini, barulah lelaki tinggi lampai itu membuka matanya. Kelihatan Jaehyun berdiri di sebalik pagar besi itu dengan kedua-dua tangannya berada di dalam kocek seluarnya. Dia memandang sayu orang kanannya itu.
"Kalau awak bincang—"
"Tak ada apa yang awak boleh buat untuk saya, Jaehyun." Johnny memintas. "Ini keputusan saya."
Jaehyun mendengus perlahan. "Kenapa awak tak fikir pasal orang lain dulu?"
"Kalau saya fikir pasal orang lain..." Johnny mengalihkan pandangannya. "Sampai bila-bila hidup saya tak akan tenang."
"Awak yakin dia pembunuhnya?" tanya Jaehyun.
Johnny hampir tergelak menyampah. Dia bingkas bangun. Dia tahu walaupun dia tidak memberitahu Jaehyun mengenai masalah itu, yang lain pasti akan memberitahu. "Semua bukti jelas menunjukkan dia?"
"Kalau betul semua bukti tu kenapa awak tak tunjukkan pada saya?" Jaehyun mengangkat keningnya.
"Sebab awak mesti akan bela dia!" Johnny berjalan mendekati pagar besi itu. "Awak mesti akan menolak untuk percaya dia adalah pembunuhnya!"
"Siapa yang cakap?" nada suara Jaehyun mula bertukar serius. "Siapa cakap saya akan menolak?"
Johnny hampir menyeringai. "Kita bercakap pasal cinta mati awak kat sini, Jaehyun."
"Kita bercakap pasal orang yang paling saya percaya juga!" Jaehyun mula meninggikan suaranya. "Awak, Johnny!"
Johnny terdiam. Walaubagaimanapun, dia masih menghormati lelaki di hadapannya ini. Dia tidak mahu melawannya.
"Awak tahu tak Jungwoo tak tidur semalaman?" Jaehyun menurunkan semula nada suaranya. "Dia sendiri pun tak faham apa yang berlaku."
"Dia tak perlu faham." Johnny segera berpaling apabila nama kekasih hatinya itu disebut.
"Johnny—"
"Dia lebih selamat di sini, Jaehyun." Johnny memintas. "Saya buat masalah. Dia tak perlu terlibat."
Jaehyun menarik nafas panjang. Dia hampir berputus asa untuk memujuk lelaki ini. Dia memandang jam di tangannya kemudian mendengus. "Awak fikir-fikirkan lagi."
Johnny tidak menjawab membuatkan Jaehyun terus sahaja berjalan pergi. Dia tidak mahu bertengkar lebih lama dengan lelaki itu. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu apakah benar Taeyong adalah pembunuh ayah Johnny atau tidak. Dan dia sendiri tidak tahu bagaimana dia akan menghadapi kenyataan nanti.
Kakinya melintasi setiap orang yang tunduk hormat padanya. Dia seperti hilang arah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tidak mahu bertemu dengan Taeyong selepas bertemu dengan Johnny. Atas sebab itu, dia segera membelok menuju ke tempat lain. Ke pejabat Doyoung.
Pintu pejabat itu dibuka dan kelihatan Taeil sedang baring di sofa lelaki itu. Kedua-dua mereka tampak tidak terkejut dengan kehadiran ketua mereka itu. Mereka tahu, lelaki ini sedang berada dalam dilema. Dan melihat pada riak wajah Jaehyun, mereka tahu lelaki itu baru selesai bertemu Johnny.
"Dia masih tak nak mengalah?" tanya Taeil tidak berganjak.
Jaehyun hanya mengangguk lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu. "Saya tak tahu macam mana nak pujuk dia lagi."
Doyoung menarik nafas panjang. "Saya masih cuba kumpul semua data. Sekarang ni dalam data saya, semua bukti masih mengarah pada Taeyong."
Jaehyun tidak membalas.
"Jaehyun..." Taeil membetulkan kedudukannya dan memandang lelaki itu serius. "Kalau memang betul Taeyong pembunuh ayah Johnny apa awak akan buat?"
Jaehyun segera tunduk. Itu adalah jawapan yang paling ditakutinya.
"Awak kena bersedia atas semua kebenaran." Doyoung mencelah. "Kebenaran tak akan berubah."
Taeil mengangguk bersetuju. "Sama ada awak kehilangan salah seorang daripada mereka. Atau awak akan kehilangan kedua-duanya."
Jaehyun mengurut-urut dahinya. "Apapun kebenarannya, saya dah ada keputusan atas apa yang saya akan buat."
Kenyataan itu membuatkan Taeil dan Doyoung berpandangan seketika.
"Buat masa sekarang..." Jaehyun menarik nafas panjang. "Kita perlu pastikan. Kumpul semua data tanpa ada yang tertinggal."
"I'm on it." Ujar Doyoung.
"Setiap data yang awak jumpa tolong beri pada saya." Jaehyun bingkas bangun dengan wajah yang masih kelihatan kusut.
"Jaehyun..."
Jaehyun memandang Taeil.
"Apapun keputusan awak..." Taeil memandang lelaki itu sayu. "Kami akan hormatinya."
Jaehyun hanya mampu membalas pandangan lelaki itu.
"Tapi kami harap awak dapat buat keputusan sebagai Jung Jaehyun." Doyoung menambah. "Ketua keluarga Jung."
To be continue...
Macam mana ni? Nak selamatkan Taeyong atau tak? Kalau korang ada kat tempat Jaehyun, korang pilih Johnny ke Taeyong?
xoxo, M
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanfictionJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...