Chapter 9

294 8 0
                                    

Pertemuan itu sepertinya akan menjadi lebih tegang daripada yang biasanya. Ia adalah pertemuan tiga kumpulan mafia termasuk satu kumpulan dari Italy. Jaehyun sepertinya tahu ini bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan. Dia sudah memberitahu awal-awal pada orang-orangnya jika ada apa-apa yang berlaku, mereka harus bijak. Dan jika ia diluar kawalan, mereka harus menyelamatkan diri dan balik ke markas.

Jaehyun sudah memberi arahan awal-awal pada Doyoung untuk memantau setiap pergerakan dengan pelbagai cara. Lelaki itu adalah harapan untuk mereka mendapatkan bantuan jika ada sesuatu yang berlaku.

Pertemuan itu diadakan di sebuah rumah agam yang sepertinya dibina khusus untuk mafia dari Italy yang bernama Lorenzo itu. Ia lebih besar dan lebih rumit daripada yang mereka bayangkan. Mereka juga tidak tahu berapa banyak lorong yang mereka lintasi untuk sampai ke tempat di mana pertemuan mereka berlaku.

Kesemua barang-barang yang mereka bawa telah ditahan di pintu utama lagi. Dan hanya dua orang dari setiap kumpulan yang dibenarkan masuk ke dalam ruangan mewah itu. Dan sudah semestinya hanya Jaehyun dan Johnny yang masuk ke dalam. Orang-orang mereka yang lain menunggu dan berkeliaran di sekitar rumah itu.

Saat Jaehyun melihat Kim Jongkook, salah satu mafia yang terkenal di kawasan mereka, Jaehyun tahu ada sesuatu yang tidak kena. Keluarga Jung dan Keluarga Sparta yang diketuai oleh Jongkook adalah kumpulan yang digeruni. Untuk kedua-dua kumpulan ini berada di tempat yang sama membuatkan mereka tahu ada sesuatu yang besar akan berlaku.

Senjata tidak dibenarkan dalam bilik mewah itu. Malah, senjata Lorenzo sendiri dirampas. Penggera telah diletakkan membuatkan itu tempat selamat untuk berbincang tanpa kerisauan.

"Tak perlu nak tegang macam tu." Ujar Lorenzo sambil mengangkat gelas berisi wainnya. "Kita tak datang untuk bisnes."

"Oh ya?" Jongkook bersuara perlahan tetapi serius. "Saya hanya datang untuk bisnes. Saya sangka kita akan berbincang mengenai perkara tu?"

Lorenzo mengekalkan riak wajahnya yang sukar difahami. "Come on, Jongkook. Kali terakhir saya jumpa awak di Kanada awak tetap tak sabar macam ni."

Jongkook langsung tidak memberi sebarang reaksi membuatkan Lorenzo beralih memandang ke arah Jaehyun. "Wah... Ayah awak selalu cakap pasal awak akan jadi waris keluarga Jung. Saya tak sangka anak dia sangat tampan."

Jaehyun hanya merenung lelaki itu tidak bersuara.

"Saya dengar banyak khabar pasal awak. Tak sangka pula saya akan benar-benar terkejut nampak awak." Ujar Lorenzo. "Kalau saya ada anak perempuan, saya akan kahwinkan dia dengan awak. Sayangnya, saya cuma ada anak lelaki." Lelaki itu mendekatkan mukanya merenung Jaehyun. "Lain lah kalau awak berminat pada lelaki."

Johnny yang berdiri di belakang Jaehyun hampir meludah bagaimanapun berjaya menahan dirinya.

Lelaki pertengahan umur itu beralih memandang Johnny. "Memang keluarga Jung terkenal dengan rupa paras menawan kan? Nak sangat saya ada orang-orang macam ni kat katil saya."

Johnny menggenggam buku limanya.

"Simpan dulu nafsu serakah awak tu." Jongkook sepertinya sudah merasa jijik. "Sepatutnya kita bincang pasal pelabuhan yang menghubungkan Selatan dengan pulau perlombongan tu."

"Ah..." Lorenzo berjalan menuju ke meja panjang yang terhidang wain dan alkohol itu. Dia memasukkan beberapa ketul ais ke dalam gelasnya. "Itu akan menjadi milik saya. Seorang."

Jongkook tersengih. "Awak tahu awak tak boleh bermimpi macam tu kan?"

"Awak dah ambil Utara dan Barat." Jaehyun bersuara. "Awak tak boleh nak ambil Selatan macam tu je."

Lorenzo berpaling memandang Jaehyun. Agak terkejut kerana lelaki itu tahu mengenai perkara itu.

"Nanti..." Jongkook menarik nafas panjang. "Utara dan Barat di bawah kuasa awak?"

Lorenzo langsung tidak peduli dengan Jongkook. Dia hanya merenung Jaehyun yang membalas renungannya. "Nampaknya saya tak boleh nak berselindung dari awak... Jung Jaehyun."

Jaehyun hanya memandang lelaki itu. "Ini kawasan kami, Lorenzo. Awak tahu itu. Kami tak boleh biarkan awak kuasai keempat-empat pelabuhan utama."

Jongkook sepertinya terkedu mendengar semua itu. "Awak dah gila?! Berani awak kuasai semua."

Lorenzo hanya memandang lelaki bertubuh sasa itu dengan senyuman sinis. "Apa saya nak buat? Saya akan dapatkan apa yang saya nak. Termasuk Selatan."

"Yahh!!" Jongkook berdiri dengan pantas.

Akan tetapi, belum sempat dia berbuat apa-apa, Lorenzo terlebih dahulu membaling gelas kaca yang dipegangnya kena tempat di kepala Jongkook. Lelaki itu menyeringai. Orang kanannya segera menyerang Lorenzo bagaimanapun gagal kerana dua orang lelaki menghalang dan membelasahnya dengan teruk.

Jaehyun bingkas bangun bagaimanapun mengangkat tangannya sebagai tanda Johnny tidak boleh bertindak saat ini. Lorenzo dan Jongkook mula berlawan tanpa senjata. Masing-masing bertubuh sasa dan kuat. Sehinggalah kemenangan berpihak pada Lorenzo kerana dua orang kanannya itu membantu membuatkan Jongkook tidak dapat melawan.

"Ahh..." Lorenzo membetulkan kotnya kemudian mengesat darah yang ada di bibirnya. "Saya dah cakap... Saya akan dapatkan apa yang saya nak."

Jaehyun memandang Johnny sekali imbas. Tahu bahawa mereka telah jatuh dalam perangkap. Ternyata dua orang kanan Lorenzo yang sepertinya nampak lemah kerana lebih kecil berbanding mereka itu mempunyai kebolehan yang lain. Melihat pada keadaan Jongkook dan orang kanannya, otot mereka dikejangkan entah bagaimana.

"Kamu tahu kamu tak akan keluar hidup-hidup dari sini kan?" Lorenzo berjalan ke arah meja pejabatnya sebelum mencapai alat kawalan jauh dan menghidupkan skrin tv besar yang ada di situ.

Skrin itu menunjukkan setiap pelusuk rakaman cctv seluruh kawasan itu. Dan kebanyakkan tempat menunjukkan mayat bergelimpangan dengan sangat ramai. Orang-orang Jaehyun dan Jongkook terlebih dahulu dibunuh tanpa mereka sedari kerana bilik mereka kalis bunyi.

Lorenzo ketawa menyeringai sambil mencapai serpihan gelas kaca yang pecah itu. Dia berjalan ke arah Jongkook sebelum menikamnya. "Bunuh yang lain."

Kedua-dua orang kanannya berlari ke arah Jaehyun dan Johnny yang kini berundur. Setiap satu mereka berlawan. Ia tidak begitu susah. Kepantasan kedua-dua orang kanan itu masih boleh diatasi. Akan tetapi, berlawan tanpa senjata dengan penuh berhati-hati membuatkan gerakan mereka terbatas.





To be continue.....

Yes. Itu Kim Jongkook dari Running Man. HAHAHAHA

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now