Chapter 33

108 4 2
                                    

Taeyong berjalan perlahan-lahan merentasi koridor rumah agam keluarga Jung itu. Johnny keluar bersama Jungwoo untuk meluangkan masa. Begitu juga dengan Mark dan Haechan. Manakala, Jaehyun dan Yuta pula keluar atas urusan kerja. Taeil pula sibuk menguruskan keperluan perubatannya.

Bagi Taeyong, ini adalah masa untuk dia mencari jawapan. Dia tidak boleh menunggu lama bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Jika diikutkan, dia mempunyai takhta paling rendah dalam keluarga itu. Dia adalah pembunuh upahan yang diambil oleh Jaehyun hanya kerana alasan sebagai cinta pertama. Dan jika apa yang ditakutinya ini adalah kebenaran, dia harus melakukan sesuatu.

Taeyong membuka pintu itu menggunakan cap jarinya. Kelihatan Doyoung sedang duduk memerhatikan sesuatu di mejanya. Dia terkejut melihat pelawatnya itu bagaimanapun hanya mengalu-alukannya.

"Doyoung..." Taeyong mendekati lelaki itu. "Boleh saya minta tolong sesuatu?"

Doyoung mengerutkan dahinya. Tidak pernah lagi dia menerima permintaan secara langsung dari lelaki itu. "Tolong apa?"

"Boleh tunjukkan saya timeline Joonam mula aktif?"

Doyoung jelas merasakan ada sesuatu yang aneh. Bagaimanapun tidak menolak. Dia menekan sesuatu pada papan kekuncinya sebelum sesuatu terpapar pada skrin lutsinar yang besar itu.

"Joonam mula aktif sebelum ayahnya terbunuh." Doyoung bersuara sambil membaca susunan pada cartanya sendiri. Jari-jemarinya liat menari hanya untuk menekan apa yang dia inginkan. "Tapi dia hanya aktif di Russia. Masa tu kegiatan mafia aktif di sana. Dan boleh dikatakan dia menguasai hampir 40 peratus."

Taeyong hanya memerhatikan garis masa itu.

"Tapi sebab ayahnya terbunuh..." Doyoung menyambung. "Dia kembali ke Korea. Dan biarkan Lorenzo bekerja untuknya bagi kumpulannya." Dia memandang Taeyong sekali imbas. "Kami tak tahu secara terperinci apa yang dia rancang. Tapi sejak Lorenzo kembali ke Korea, sasaran utamanya adalah kumpulan Jung."

Taeyong masih tidak bersuara.

"Semua transaksi yang mereka lakukan ada kena-mengena dengan kumpulan Jung." Doyoung meneruskan. "Mereka cuba ambil semua rakan bisnes kumpulan Jung dan juga beberapa kawasan yang kita kuasai."

"Macam mana dengan pembunuhan ibu bapa Jaehyun?" tanya Taeyong.

Doyoung mengangkat keningnya. "Kenapa dengan kes tu?"

"Kamu syak ia adalah angkara Joonam."

Doyoung menarik nafas panjang kemudian membuka fail yang berbeza. "Ingat tak awak cari tahu pasal pembunuhan ayah Johnny?"

Taeyong mengangguk.

"Pembunuhan ibu bapa Jaehyun ada unsur pengkhianatan." Doyoung menekan butang terakhir sebelum data kejadian bunuh itu terpapar. "Dua rakan kongsi yang paling dipercayai oleh kumpulan Jung mengkhianati mereka. Atau lebih tepat lagi... Dipaksa."

Taeyong melihat gambar dan nota kejadian bunuh itu.

"Kalau pembunuhan ayah Johnny melibatkan mesin teknologi tinggi..." Doyoung menyambung lagi. "Pembunuhan ibu bapa Jaehyun melibatkan racun."

"Ra—racun?" Taeyong tergamam.

Doyoung hanya mengangguk. "Racun yang sampai sekarang kami tak tahu jenis apa. Sebab racun ni ditemui buat pertama kali dan kali terakhir semasa pembunuhan ni."

Taeyong hanya berdiam diri.

"Ia adalah racun yang tidak mempunyai bau atau apa-apa tanda untuk sesiapa sahaja mengesannya." Doyoung membuka data mengenai racun itu yang mengikut cariannya. "Apa yang saya dapat ianya akan mengejangkan pam darah dalam badan. Ia dimasukkan dalam teh mereka. Atas sebab ini ibu bapa Jaehyun berjaya dibunuh."

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now