Chapter 5

351 9 0
                                    

Taeyong bangun ditengah malam itu. Atau lebih tepat lagi, dia memang tidak tidur. Sudah empat hari dia menjadi tahanan keluarga Jung. Dan dia sendiri tidak pasti kenapa dia masih belum dibunuh padahal dia sudah memberitahu segala-galanya yang dia tahu. Jika diikutkan, dia sudah tiada nilai untuk disimpan.

Seharian dia tidak melihat Jaehyun. Dia merasakan lelaki itu tiada di kediaman itu. Ini membuatkan rancangannya menjadi sedikit mudah. 

Sejak dia mula ditangkap lagi dia sudah menyusun segala cara untuk dia melepaskan diri. Berlawan bukan sesuatu yang boleh dijadikan pilihan. Dia yakin dia dapat berlawan dengan mudah. Tetapi, jika Jaehyun lawannya mungkin dia akan kalah.

Kedatangan Jungwoo padanya memberikannya pilihan yang sah. Dia merasakan itu adalah hadiah buatnya. Untung memihak padanya kerana Jaehyun membenarkan Jungwoo merawatnya.

Dia sebenarnya suka dengan sifat Jungwoo. Mungkin jika dia bukan musuh keluarga Jung, dia pasti akan mencari jalan untuk berkawan dengan lelaki itu. Akan tetapi, dia terpaksa menggunakan kebaikan Jungwoo untuk menyelamatkan diri.

Jungwoo langsung tidak bersangka buruk ketika Taeyong sengaja memberi arahan pada Jungwoo sehingga lelaki itu menjatuhkan sesuatu dari kocek seluarnya iaitu sikat rambut. 

Melihat pada penampilan Jungwoo, Taeyong sepertinya dapat mengagak lelaki itu akan membawa sesuatu sama ada cermin, sikat rambut atau sapu tangan. Malangnya, Jungwoo tidak membawa cermin walaupun itu yang Taeyong harapkan. Dia hanya membawa sikat rambut. Dan itu sudah memadai untuk Taeyong.

Ketika Jungwoo bergerak untuk melakukan sesuatu atas permintaan Taeyong, sikat rambut itu terjatuh. Dan Jungwoo terlalu tinggi dan baik untuk perasan. 

Taeyong masih lagi diikat pada kerusi. Untuk mengambil sikat rambut itu dia terpaksa menjatuhkan dirinya sendiri. Pengawal di luar langsung tidak mempedulikannya. 

Sekarang ini, dalam keadaan terbaring dan sikat rambut tajam yang berada di tangannya, dia sudah mula memotong ikatan talinya. Ia sememangnya mengambil masa. Dan dia lebih rela mengambil risiko itu.

Untung sahaja Jaehyun tidak mengetatkan kawalannya. Ketika semua pengawal dipanggil, tiada satu pun yang tinggal di situ. Saat ini, tiada sesiapa di luar penjara itu.

Setelah hampir dua jam, akhirnya dia berjaya memotong tali ikatan tangannya. Taeyong menarik nafas lega. Dia merasakan tenaga pada tangannya sudah tiada. Dia bangun perlahan-lahan dan membuka ikatan pada kakinya.

Sekurang-kurangnya semua lukanya sudah kering. Hanya tenaga dan kekejangan ototnya sahaja yang terasa. 

Taeyong berjalan menuju ke arah dulang makanan yang ditinggalkan. Dia mencapai garpu besi yang ada sebelum membengkokkannya. Satu perkara yang membuatkan Taeyong bangga dengan kerjanya, dia mempunyai banyak kemahiran yang tiada pada orang lain.

Hanya dengan garpu itu sahaja dia berjaya membuka kunci pintu pagar besi itu. Taeyong memandang tempat itu perlahan-lahan. Cuba untuk memastikan di mana pengawal berada.

Malangnya, tiada tempat keluar lain yang ada di kurungan itu dan dia perlu naik ke atas untuk mencari jalan lain. Dengan tubuhnya yang kecil dan penuh berhati-hati, dia berjaya melintasi koridor tanpa diketahui.

Sayang sekali, Taeyong ingin mengetahui selok-belok dan juga rekaan rumah itu kerana tahu rumah keluarga Jung adalah rumah yang sukar untuk ditembusi. Akan tetapi, ini bukan masanya untuk berbuat demikian.

KRING!!!!!!!!!!!!

Tiba-tiba sahaja penggera rumah agam itu berbunyi ketika Taeyong berada di suatu tempat di sudut rumah itu. Lelaki itu menjadi panik. Hanya ada satu sahaja sebab mengapa penggera itu berbunyi. Sudah diketahui bahawa dia tiada di sel tahanan.

Taeyong terpaksa membuka langkah dengan laju. Dia seperti mendengar derapan bunyi tapak kaki di segenap arah berlari. Kedengaran beberapa jeritan yang dia sendiri tidak dapat pastikan.

"Mungkin dia di tingkat atas!!"

Mendengar jeritan itu, Taeyong berlari ke arah satu tingkap. Dia memandang ke bawah. Dia berada di tingkat atas menyebabkan dia menyumpah. Dia memandang ke belakang sebelum melompat terjun dari tingkap itu.

"Fuck!!" 

Taeyong mengerang kesakitan. Dia tidak mendapat dengan baik. Dia langsung tidak mempedulikan kesakitan itu dan mula bangun dan berlari ke arah hutan.

Saat itu, dia sudah melihat dari ekor anak matanya pengawal-pengawal rumah itu mengejarnya. Dia tidak peduli dengan teriakan yang ada. Dia hanya meneruskan langkahnya.

Satu perkara yang membuatkan Taeyong bersyukur saat ini adalah dia dilahirkan mempunyai badan yang ringan dan kaki yang pantas. Dia dapat berlari dan melompat sesuka hatinya tanpa melambatkan dirinya.

Dia terus sahaja berlari ke tempat yang dia sendiri tidak tahu di dalam hutan itu sehingga orang-orang yang mengejarnya tidak dapat melihatnya lagi.




++++++++++++++++++++




Wajah Jaehyun berkerut saat melihat sesuatu pada skrin besar itu. Doyoung yang duduk di situ hanya menarik nafas panjang setelah melakukan kerjanya untuk memaparkan skrin itu. Johnny hanya berdiri sambil mendengus. Tidak sanggup melihat lagi. Jungwoo pula berdiri berdekatan sambil menundukkan kepalanya.

Jaehyun baru sahaja selesai melihat rakaman cctv bagaimana Taeyong boleh melarikan diri. Saat ini, dia mengagumi kebolehan lelaki itu. Dia tidak menyangka akan semudah itu pembunuh upahan itu melarikan diri.

Jaehyun, Doyoung dan Johnny tidak berada di rumah agam itu ketika kejadian itu berlaku. Mereka mempunyai urusan di luar. Hanya Jungwoo yang tinggal tetapi lelaki itu sedang tidur dan hanya terjaga ketika semua orang cuba mengejar Taeyong.

"Saya minta maaf." ucap Jungwoo penuh rasa bersalah.

Jaehyun meminta Doyoung memainkan rakaman itu hampir enam kali semata-mata ingin melihat apa yang membuatkan Taeyong berjaya melepaskan diri. Dan kesemua peralatan yang digunakan adalah daripada Jungwoo. Tanpa sedar, lelaki itu telah membantu Taeyong melepaskan diri.

"Kenapa awak tak hati-hati?" Johnny berkerut memandang Jungwoo. 

"Saya minta maaf." ucap Jungwoo lagi tanpa mengangkat mukanya.

"Saya dah cakap jauhkan diri dari dia!" bentak Johnny.

"Saya cuma ikut arahan—"

"Ya, dan bukannya berkawan dengan dia!" pintas Johnny.

Jaehyun menarik nafas panjang. "Jungwoo memang dilahirkan dengan sifat macam tu."

"Sebab tu saya tak suka dia bekerja di sini." Johnny bersuara hampir menggumam.

Jaehyun segera berpaling memandang Johnny dan yang lain. "Saya tak akan menghukum sesiapa. Untuk kali ni, saya sedikit lega tak ada yang mati."

Doyoung mengerutkan dahinya. "Awak tak kisah kalau Taeyong terlepas?"

"Mestilah saya kisah." ujar Jaehyun selamba. "Tapi orang macam dia akan lakukan apa saja. Kalau ada sesiapa yang melawan dia, pasti akan terbunuh. Lagipun... Kalau tengok pada cctv, dia memang dah rancang. Jadi, saya rasa kalau dia dihalang mesti sukar. Tak guna ada yang terkorban hanya sebab dia seorang."

Itu adalah satu sifat Jaehyun yang membuatkan semua orang-orangnya hormat dan setia padanya. Dia tidak akan menghukum sesiapa tanpa sebab atau perkara kecil. Jika dia tahu orang-orangnya tidak membuat kesalahan yang besar, dia akan melepaskan mereka dengan amaran.

"Silap saya..." Jaehyun menggumam. "Saya pandang rendah pada kebolehannya."

"Apa awak nak buat sekarang?" tanya Doyoung. "Biarkan dia? Lagipun dia tak bawa apa-apa rahsia dari sini kan?"

"Saya akan dapatkan dia semula." 

Jaehyun segera berjalan untuk pergi. Dia sempat lagi menepuk bahu Jungwoo untuk memberi semangat pada lelaki itu.






To be continue.....

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now