Chapter 22

151 10 2
                                    

Taeyong dapat merasakan bahang yang berbeza sejak dia naik ke dalam kereta yang sama bersama Johnny. Dia tahu ada sesuatu yang sudah berlaku. Pandangan lelaki itu padanya penuh kebencian. Ia semakin ketara. Taeyong tidak akan hairan jika Johnny tiba-tiba mengungkap rasa itu.

Entah kenapa, Jaehyun tiba-tiba menyuruh Taeyong untuk menemani Johnny berurusan pada hari itu. Kononnya supaya dia dapat belajar. Tetapi lain yang dia rasakan. Seolah-olah, Johnny akan menembak mati Taeyong pada bila-bila masa. Lelaki itu juga asyik marah sepanjang perjalanan. Dia terlalu serius. Malah, pengawal-pengawal yang lain turut merasakannya. Mereka tahu Johnny pada saat itu berbeza.

"Saya tak akan setuju dengan tawaran ini."

"Awak tu bukannya ketua keluarga Jung." Chris, lelaki yang duduk di hadapannya itu menggumam.

"Saya diarahkan untuk close deal hari ni." Johnny bingkas bangun dan membetulkan kotnya. "Dan saya menolak."

Taeyong hanya memerhatikan lelaki itu. Dia lebih tegas berbanding Jaehyun. Sama ada dia benar-benar tidak suka pada tawaran itu ataupun ada sesuatu yang membuatnya lebih tegang.

"Kita pulang." Arah Johnny sambil berjalan pergi disusuli oleh semua orang termasuk Taeyong.

Taeyong mula merasa tidak sedap hati. Mengikut pengalamannya, tidak akan semudah itu untuk kedua-dua pihak mengalami kekecewaan. Dan sepertinya dia dapat mengesan sesuatu. Sebagai bekas pembunuh upahan, dia amat sensitif pada bunyi. Dia dapat mendengar picu ditarik dari segenap arah.

"AWAS!!"

Serentak semua orang menoleh. Satu tembakan dilepaskan. Taeyong cuba menolak Johnny bagaimanapun terlambat. Peluru itu terkena sedikit pada lengan lelaki tinggi lampai itu sebelum darah mengalir keluar.

Taeyong dan Johnny berpandangan ketika tembakan mula ditembakkan ke sana-sini. Kedua-dua pihak mula bertarung. Dan Taeyong turut menyertai perlawanan itu. Walaubagaimanapun, reaksi Johnny agak berbeza. Dia memegang lengannya sambil merenung Taeyong tajam sebelum mengeluarkan pistol dan menembak musuh.

Pertarungan itu terlalu berterabur. Kebanyakan tembakan dilepaskan secara melulu membuatkan ada yang terkena pada orang mereka sendiri. Taeyong yang sedang berlawan masih merasa tidak sedap hati. Seolah-olah bahaya yang lain akan datang. Dan dia menjadi orang yang menembak mati orang terakhir pada pihak musuh.

Sesuatu berlaku membuatkan dia tergaman. Dia mendengar lagi picu ditarik dekat di belakangnya. Belum sempat dia menoleh, dia merasakan pistol itu sudah melekat di kepalanya. Reaksi orang-orang disekeliling membuatkan dia bingung. Semua orang sepertinya terkejut dengan apa yang berlaku. Dan hanya ada satu nama yang dia perlu sebut.

"Johnny?"

Johnny kini sedang memandangnya penuh kebencian. "Awak tahu dah berapa lama saya tunggu untuk lakukan perkara ni?"

Taeyong kebingungan. Dia masih belum tahu kenapa Johnny benar-benar membencinya.

"Johnny?" kedengaran suara seseorang memanggilnya bagaimanapun langsung tidak dipedulikan.

"Awak patut ma—"

Belum sempat Johnny menghabiskan kata-katanya, satu tendangan melibas tangannya membuatkan pistol yang dipegang terpelanting jauh. Johnny mengerang kesakitan sambil memandang Taeyong yang sudah bersedia melawannya.

"Awak mabuk ke?"

Johnny tergelak sinis kemudian berdiri tegak. Dia langsung tidak menjawab dan terus sahaja menyerang Taeyong. Mereka mula berlawan membuatkan semua orang hanya memandang dalam keadaan bingung tidak tahu hendak berbuat apa.

Taeyong tidak menafikan kebolehan Johnny. Tidak hairan lah lelaki itu adalah orang kanan Jaehyun. Kekuatannya sukar dikalahkan. Malah, dia lebih besar dan gagah. Satu-satunya perkara yang dia tidak punya adalah kepantasan Taeyong. Taeyong lebih lincah dengan tubuhnya yang kecil.

"Johnny!" Taeyong memekik saat dia mengelak tumbukan dan tendangan lelaki itu yang kadangkala berjaya mengenainya. "Awak ni dah gila!!"

"Gila?" Johnny menjawab. "Ya, saya dah gila!!"

Semakin lama, perlawanan itu semakin sengit. Dan Taeyong tahu jika dia mengalah, nyawanya akan melayang. Dia tahu Johnny menginginkannya mati. Aura lelaki itu sangat berbeza. Dan tenaga Taeyong pula sudah semakin lemah. Dia sedikit hairan kenapa lelaki itu tidak meminta bantuan yang lain.

"Maaf, Johnny." Taeyong menggumam. "Saya penat."

Dengan pantas, Taeyong mengeluarkan satu jarum daripada skaf yang berbalut ditangannya sebelum mencucuknya pada leher Johnny. Lelaki itu terkedu sambil memegang lehernya. Dia berjalan terhuyung-hayang dan berundur sebelum rebah tidak sedarkan diri. Taeyong tercungap-cungap hampir terjatuh. Dia benar-benar penat. Mujur sahaja dia tidak cedera parah.

"Bawa dia pulang."

Kebanyakan orang kebingungan. Tidak tahu sama ada mereka perlu ikut apa yang Taeyong arahkan ataupun tidak. Akan tetapi, mereka juga tidak membantah. Beberapa orang mengangkat badan Johnny. Yang lain pula masih memandang Taeyong takut. Ada yang takut diserang dan ada juga yang takut akan akibatnya.

Perjalanan pulang ke rumah keluarga Jung benar-benar tidak menyenangkan. Taeyong tahu semua orang sudah mula merasa tidak selesa. Ada pula yang risau. Dan ada yang sudah membuat andaian sendiri. Dan ada juga yang risau dengan keadaan Johnny. Taeyong tidak mahu bersuara. Dia terlalu lelah.

Saat mereka masuk ke perkarangan rumah, kelihatan Jaehyun berdiri dengan wajah yang tegang bersama beberapa pengawal yang lain. Doyoung dan Taeil turut berada di situ dengan wajah yang serius. Dan Jungwoo kelihatan risau. Wajahnya kelihatan seperti hendak menangis. Orang-orang Jaehyun membawa Johnny yang tidak sedarkan diri keluar dari kereta. Dan Taeyong benci dengan semua pandangan yang dilemparkan padanya.

Taeil terus memeriksa lelaki itu. "Dia hanya pengsan." Dia memandang yang lain. "Bawa dia masuk."

"Ke bilik tahanan."

Arahan ringkas Jaehyun membuatkan semua orang terkedu termasuklah Taeyong. Barulah Taeyong sedar bahawa sudah ada orang yang melaporkan apa yang terjadi pada ketua itu. Tidak hairan mengapa mereka berdiri menyambut kedatangan rombongan mereka kerana memang sudah diberitahu.

Walaupun mereka tidak suka dengan arahan Jaehyun, tetap tiada siapa yang mampu melawan. Jungwoo sudah menangis menyusul Johnny yang dibawa masuk. Taeil turut menyusul. Doyoung melemparkan pandangan penuh kebencian pada Taeyong sebelum masuk ke dalam.

"Awak pergi bilik dulu."

Taeyong tidak sempat menjawab kerana Jaehyun terus berpusing dan meninggalkannya di situ.

Taeyong tahu semuanya akan berubah selepas ini.











To be continue...

Jeng, jeng, jeng! HAHAHAHA. Finally dapat update. Stress gilerr lately. Mana nak keje. Mana nak study. Mana nak healing. Stresss. Nak lagi? Sila komen.

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now