Chapter 19

197 11 1
                                    

Taeyong dapat merasakan nafasnya semakin sesak. Tubuhnya yang kecil dibalut erat. Dia dapat merasa sedikit kesakitan di segenap bahagian tubuhnya itu. Bahangnya dapat dirasa meskipun ruangan bilik mewah itu mempunyai penghawa dingin dengan suhu yang sudah dimaksimumkan.

Jaehyun tidak mahu berhenti. Dia tidak mahu berhenti mencium, menggigit manja dan menghisap bibir Taeyong. Tubuhnya yang sasa kini membaluti tubuh kecil milik lelaki berambut merah itu. Kulit mereka bergeseran. Kadangkala, lidahnya akan dimasukkan ke dalam mulut lelaki itu.

"Jaehyun..." Taeyong memanggil dalam keadaan tercungap-cungap ketika ketua mafia itu beralih untuk mencium lehernya. "Lepaskan saya."

"Mmm... How about... no?" selamba Jaehyun membalas dengan suara dalamnya.

Taeyong menderam. "Badan saya kebas."

Jaehyun tergelak. Dia segera memandang wajah lelaki itu. "Oh, ya? Selama sejam awak asyik mendesah tak henti."

Taeyong ingin menumbuk muka ketua mafia itu. Akan tetapi, wajahnya yang terlalu tampan membuatkan dia menghentikan niat itu.

Dan Jaehyun perasan wajah merah Taeyong. "Awak sedar kan yang saya masih kat dalam awak sekarang ni?"

Memang benar. Mereka sudah melakukan seks hampir dua jam lamanya tanpa henti. Dan Jaehyun masih belum mengeluarkan zakar miliknya dari dalam lubang lelaki itu.

"Jaehyun, jangan!" Taeyong memberi amaran. Dia tahu, jika Jaehyun menggerakkan apa yang terkubur di dalamnya, dia pasti tidak mampu menolak dan akan melanjutkan sehingga dia melepaskan nafsunya.

Jaehyun segera ketawa. Dia mengucup sekali bibir lelaki itu kemudian mengeluarkan alat sulitnya dengan pantas.

"Oof!" Taeyong mengeluarkan bunyi itu. Dia merasakan angin sejuk mula menyerap ke dalam tubuhnya yang lemah gemalai selepas dilepaskan itu.

Jaehyun masih bertenaga. Dia mencapai tuala putih yang berlipat di atas meja kemudian mengelap dirinya. Dia mencapai satu tuala yang lain lalu berjalan ke arah Taeyong yang tidak mampu bergerak itu. Perlahan-lahan dia membersihkan tubuh lelaki itu dengan lembut dan berhati-hati. Taeyong masih tidak bergerak. Dia tidak berdaya dan dia merasakan badannya kini sudah kehabisan tenaga.

Setelah selesai membersihkan apa yang patut, Jaehyun mengangkat tubuh kecil Taeyong dan membaringkannya di katil dengan betul sebelum menyelimutinya. Taeyong menarik nafas lega. Dia kini merasa selesa.

"Rasa lebih baik?"

Taeyong melirik ke arah lelaki yang sedang duduk di ruangan sebelahnya itu. "Awak boleh pergi mampus! Sekali dengan kemahiran awak dalam seks, sekali dengan tenaga awak, sekali dengan—"

Jaehyun mengucup bibir lelaki itu kemudian masuk ke dalam selimut untuk baring. "Simpan tenaga awak."

Taeyong hanya mengetap giginya kegeraman bagaimanapun hatinya segera sejuk. Kelembutan dan sifat Jaehyun sentiasa membuatnya cair. Dia tahu itu amat berbahaya bagi seseorang sepertinya. Akan tetapi, dia juga tidak dapat melawan hatinya sendiri.







**************************







Pintu pejabat itu dibuka dengan kuat membuatkan Taeil yang sedang menganalisa beberapa fail mendongak dari balik kacamatanya. Doyoung berjalan masuk dengan wajah yang kelihatan lesu dan penat.

"Saya tak peduli apa masalah awak," Taeil bersuara datar. "Tapi boleh sopan tak? Sekurang-kurangnya buka pintu tu elok-elok."

Doyoung tidak mengendahkan teguran itu. Dia duduk di sofa ruangan pejabat itu sambil menyandarkan kepala.

"Kalau awak sakit kepala, awak tahu kat mana nak cari ubat." Taeil kembali memandang dokumen di hadapannya.

"Hyung..."

Giliran Taeil tidak mengendahkan Doyoung.

"Saya risau."

Taeil mendengus perlahan kemudian membuka kacamatanya. "Apa lagi yang awak risaukan? Pasal Taeyong?"

Doyoung memandang lelaki itu tidak menjawab.

"Doyoung..." Taeil memandang lelaki itu dengan riak wajah serius. "Boleh awak berhenti fikir negatif pasal dia?"

"Dia orang luar."

"Kita semua orang luar suatu ketika dulu." Taeil hampir membentak.

"Tapi kita tak pernah terfikir nak bunuh Jaehyun." Doyoung cuba membela dirinya.

Taeil mendengus kuat. "Dia pembunuh upahan. Apa yang awak jangka dia akan buat? Memang kerja dia."

Doyoung kembali menyandar. "Ini bukan satu-satunya sebab kenapa saya curiga pasal dia."

"Habis tu?"

Doyoung memandang Taeil sekali lagi. "Awak tahu kan pasal kes ayah Johnny?"

Taeil mengangguk. Sudah pasti dia tahu. Cerita itu seperti masih segar dalam ingatannya.

"Saya syak Taeyong terlibat dalam pembunuhan tu."

Taeil terdiam serta-merta. "Apa maksud awak?"

Doyoung mendengus kemudian kembali menghadap lelaki itu. "Awak tahu yang saya memang tengah siasat pasal kes tu. Awak bayangkan... Masa tu urus niaga keluarga Jung dengan keluarga Wang. Dua keluarga yang paling dekat dan paling percaya antara satu sama lain."

Taeil hanya mendengar.

"Dan urus niaga tu secara tertutup di rumah keluarga Wang." Doyoung menyambung. "Tiada siapa tahu selain orang yang hadir. Termasuk Jaehyun yang wakilkan ayah Johnny masa tu sebab dia kat luar negara. Mereka kena serang. Tak ada seorang pun yang hidup masa tu daripada kedua-dua keluarga."

Taeil masih tidak bersuara. Dia cuba memainkan setiap apa yang Doyoung katakan di dalam kepalanya.

"Maksudnya tiada pengkhianat dari kedua-dua keluarga." Doyoung memberitahu. "Dan semua kumpulan lain tak berani menyerang secara terus. Awak kena fikir siapa je yang akan berani menyerang masa tu?"

Taeil berfikir seketika kemudian membesarkan matanya. "Hitman?"

Doyoung mengangguk. "Hanya hitman yang akan dapat masuk sebab tak ada jejak yang ditinggalkan. Mereka tak akan memantau situasi. Mereka hanya akan menerima semua ganjaran tak kisah siapa yang mereka perlu bunuh."

Taeil bersandar pada kerusinya.

"Taeil..." Doyoung memanggil nama lelaki itu. "Awak ingat tak masa tu ada tiga orang hitman yang aktif?

Taeil berfikir cuba mengingati. "Grimm, Jack dan seorang lagi yang kita tak dapat kenal pasti masa tu."

Doyoung mengangguk. "Kita dah kenal pasti Grimm kat Russia sebab dia tengah intip kumpulan Ma. Jack pula ada kat China. Cuma hitman yang kita tak tahu tu je berada kat Korea masa tu."

"Tapi masih belum confirm orang tu adalah Taeyong kan?" Taeil mengangkat keningnya.

"Ya." Jawab Doyoung. "Tapi setakat ni suspek yang paling kuat adalah dia."









To be continue.....

Area sini slow burn sikit. Sebab Taeyong baru join keluarga Jung. Anyway, nak lagi? Tolong vote dan komen.

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now