Jaehyun merenung nota kecil hasil tulisan tangan Taeyong itu. Di suatu sudut, dia merasa gembira dan berbunga. Kerana buat pertama kali sejak mereka bersama, Taeyong mengucapkan itu. Di sudut yang lain, dia merasa kecewa kerana ucapan selamat tinggal yang menyusul.
Saya perlu pergi. Tolong jangan cari saya.
Mungkin saya terlibat dengan pembunuhan ibu bapa awak.
I love you, Jaehyun.
Saya akan selesaikannya sendiri. Please trust me.
-Taeyong-
Jaehyun hampir mengeronyot kertas itu bagaimanapun menahan dirinya kerana ucapan cinta itu. Sekali lagi. Sekali lagi Taeyong bertindak tanpa berbincang dengannya. Sekali lagi, Taeyong meminta Jaehyun untuk mempercayainya.
Ketika bangun sendiri di atas katil pada pagi itu sudah cukup membuatkan Jaehyun merasa ada sesuatu yang aneh. Entah kenapa, perasaannya tidak senang sejak semalam lagi bagaimanapun keadaan membuatkannya tidak mempedulikan perkara itu. Dia masih cuba memujuk hatinya bahawa Taeyong hanya keluar sarapan atau semacamnya.
Saat dia mencari di seluruh rumah, barulah dia tahu bahawa Taeyong tidak berada di rumah agam itu. Jawapannya disahkan saat dia melihat rakaman CCTV yang menunjukkan lelaki itu keluar lebih kurang jam 3 pagi melalui jalan yang berbeza setelah menidurkan dua orang pengawal.
Kini, rumah agam itu mulai gempar. Semua orang tidak tahu dan mula membuat spekulasi mengenai Taeyong yang tiba-tiba lari. Jaehyun pula masih belum mengeluarkan apa-apa arahan. Terlalu banyak perkara yang menghentikannya melakukan itu. Dia ingin memastikannya terlebih dahulu.
"Apa lagi dalam otak dia ni?" Jaehyun mengetap giginya sambil bercekak pinggang. Wajahnya merah padam cuba menahan marah.
Kawan-kawannya yang turut berada di pejabat Doyoung itu hanya berdiam diri setelah melihat rakaman video Taeyong melarikan diri.
"Dia cakap dia mungkin terlibat dengan pembunuhan ibu bapa awak." Ujar Taeil masih berkerut.
"Maksudnya?" Yuta mengangkat keningnya. "Dia yang bunuh atau salah seorang yang ada kat tempat kejadian?"
"Dia cakap terlibat." Taeil mengulanginya bagaimanapun dia sendiri kelihatan bingung dengan kenyataan itu.
"Tapi takkan dia tak kenal Jaehyun kalau betul dia terlibat?" Jungwoo bersuara. Dia tidak mahu percaya bahawa Taeyong bersalah. "Kalau dia terlibat, mesti dia tahu. Terutama nampak gambar ayah Jaehyun."
"Betul." Sokong Mark. "Maksud saya... Dia tak nampak macam orang yang tak ingat siapa dia bunuh. Lagipun, ayah Jaehyun bukan orang yang biasa. Mustahil dia tak tahu semua ni."
"Tapi..."
Semua mata beralih memandang Haechan yang sedang membetulkan kedudukannya dan memandang semua orang.
"Masa Yuta paparkan gambar Joonam, wajah dia berubah."
Serentak semua orang terkedu mendengar kenyataan itu.
Haechan hanya mengangguk. "Dia nampak terkejut. Maknanya, dia memang kenal siapa Joonam."
"Tapi kita tak tahu atas dasar apa dia kenal Joonam kan?" Jungwoo masih menolak untuk menerima kenyataan itu. "Boleh jadi dia pernah jumpa je. Ataupun mungkin Joonam pernah nak bunuh dia."
"Itu saya tak tahu." Haechan menggelengkan kepalanya. "Saya hanya perasan benda tu je. Tapi saya ingatkan ia bukan masalah besar."
"Sebenarnya..."
Semua mata kini beralih ke arah Doyoung yang sedang duduk dengan wajah yang kecewa.
"Dia ada datang pada saya sehari lepas tu."
"Apa?" Jaehyun mengerutkan dahinya.
Doyoung mengangguk. "Dia minta saya tunjukkan garis masa Joonam aktif sebagai mafia." Dia memandang Jaehyun sekali imbas. "Dia juga minta saya tunjukkan kes pembunuhan ibu bapa awak."
Jaehyun hanya merenung Doyoung kosong. Dia tidak tahu apa jawapan sebenar. Akan tetapi, dia berharap ia bukan seperti yang dia sangka.
"Tapi..." Johnny mencelah. "Macam yang Mark cakap tadi. Kalau betul dia terlibat, mesti dah ada tanda dari mula lagi. Takkan dia tak kenal ayah Jaehyun."
"Itu yang saya fikir." Doyoung mengangguk. "Saya cuba kaitkan semua aktiviti Taeyong dengan Joonam. Kebanyakkannya memang tak selari dan tak kena. Mereka tak bekerja bersama. Tapi..."
"Tapi?" Johnny mengangkat keningnya.
"Ingat tak ibu bapa Jaehyun diracun sebelum mereka dibunuh?" tanya Doyoung yang mana semua orang mengangguk. "Ada kemungkinan racun tu dari Taeyong."
Jaehyun memejamkan matanya. Dia berusaha sedaya-upaya mengawal emosinya. Yang lain sudah mula tidak sedap hati.
"Taeyong terkenal dengan jarum beracun." Sambung Doyoung. "Banyak racun yang dia buat sendiri tanpa sesiapa tahu apa ramuannya."
Memang benar. Itu adalah salah satu faktor utama kenapa Taeyong digeruni oleh ramai orang sebagai hitman.
"Boleh jadi dia bekalkan racun tu tanpa tahu apa pembeli nak buat." Haechan membuat kesimpulan. "Dia pun tak tahu siapa yang dibunuh."
"Betul." Jungwoo menyokong. "Kalau dia tahu, dia tak akan bagi."
"Kalau betul..." Yuta mencelah. "Kenapa dia nak lari pula? Dia boleh je terus terang. Apapun hukumannya, dia tak akan takut."
"Dia nampak macam tengah rancang sesuatu." Ujar Doyoung. "Saya tak tahu apa. Sebab... Saya putuskan untuk percaya pada dia."
Jaehyun memandang Doyoung yang hanya membalas pandangannya.
"Dia janji dia tak akan biarkan apa-apa jadi pada awak." Doyoung bersuara lagi. "Dia tak akan mengkhianati awak."
Wujud harapan yang kecil dalam diri Jaehyun. Akan tetapi, dia masih belum tahu jawapan yang sebenar. Keadaan menjadi sunyi sepi. Semua orang tidak berani memberi apa-apa komen ataupun kesimpulan.
"Doyoung..."
Doyoung memandang Jaehyun yang kini sudah memandangnya serius.
"Kumpulkan data pasal Joonam." Ujar Jaehyun. Aura ketuanya kini kembali. "Cari bukti nyata dia yang bunuh ibu bapa saya. Kalau dah ada baru kita buat strategi untuk serangan."
"Macam mana dengan—"
"Taeyong dah buat pilihan." Jaehyun memintas sebelum Jungwoo sempat menghabiskan kata-katanya. "Saya tak akan cari dia. Kalau betul dia terlibat dalam pembunuhan tu secara nyata... Saya sendiri akan bunuh dia."
To be continue...
Dah nak habis ni. Tak sabar nak update selalu supaya boleh fokus cerita lain.
xoxo, M
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanfictionJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...