Taeyong duduk sendirian di dalam bilik itu sambil menunggu seseorang. Dia hanya bersiul dan bersenandung sejak tadi seolah-olah dia merasa senang. Dia kini sudah memakai pajamanya setelah mandi. Dia juga makan malam bersama yang lain dengan gembira. Entah kenapa, malam itu terasa menyenangkan.
Pintu bilik itu dikuak perlahan. Jaehyun masuk sambil meregangkan lehernya. Dia juga sudah memakai pajam dan hanya keluar untuk melakukan sesuatu di pejabatnya sebentar. Dia memandang Taeyong kemudian mengukir senyuman.
"Awak tak tidur lagi?"
Taeyong turut tersenyum kemudian membetulkan kedudukannya dan menggeleng. "Saya tunggu awak."
Jaehyun mengangkat keningnya kemudian duduk di katil betul-betul dekat dengan kekasihnya itu. "Awak nampak senang hati."
Taeyong tersengih kemudian memanjat untuk duduk di atas riba lelaki itu. "Sangat senang."
"Oh?" Jaehyun mengalihkan rambut Taeyong yang menutupi dahinya. "Kenapa awak senang hati?"
Taeyong mengangkat bahunya sambil meletakkan tangannya di bahu lelaki itu. "Dah lama saya tak bergembira macam hari ni."
Jaehyun hanya mengukir senyuman.
"Mereka semua baik." Ujar Taeyong. "Sesuatu yang saya tak pernah terfikir akan jumpa dalam dunia mafia."
Jaehyun menarik nafas panjang. "Ini adalah apa yang membuatkan keluarga Jung kekal kuat. Kekuatan kami adalah pada keluarga ni."
Taeyong mengangguk. Dia merenung wajah Jaehyun sambil membiarkan jarinya berjalan pada wajah tampan itu. Dia sedia maklum Jaehyun sangat tampan. Terlalu tampan baginya. Akan tetapi, wajah lelaki itu terlalu sempurna. Ini membuatkan Taeyong merasa cemburu. Dengan sosok tubuhnya yang tinggi dan sasa membuatkan dia menjadi terlalu sempurna. Tidak pernah sama sekali Taeyong terfikir akan mendapatkan seseorang seperti ini dalam hidupnya.
"Awak merenung." Komen Jaehyun. "Saya patut ri—"
Belum sempat Jaehyun menghabiskan kata-katanya, bibir lembut Taeyong memintas. Lelaki itu menciumnya. Ciuman itu bukan seperti biasa. Ia seperti sesuatu yang sudah lama dipendam.
Jaehyun cair serta-merta. Dia memeluk tubuh kecil Taeyong dan membalas ciuman itu. Sepertinya, dia juga memerlukan itu. Ciuman itu tidak terlalu sensual. Cukup untuk mereka merasakan kehangatannya.
Taeyong mencapai butang baju tidur Jaehyun sebelum membukanya perlahan-lahan. Dia mengalihkan bibirnya ke leher lelaki itu dan menciumnya. Ketua mafia itu pula hanya membiarkannya. Menikmati kehangatan itu dengan mata tertutup. Bajunya dilepaskan dan Taeyong tidak membuang masa. Dia menyentuh dada bidang milik Jaehyun dan merasakan cantiknya bentuk itu.
Semakin lama Jaehyun semakin rebah ke katil. Ini memudahkan Taeyong untuk bergerak dan mencium dada lelaki itu. Tangannya membuka butang bajunya sebelum di tanggalkan sama seperti Jaehyun. Entah kenapa, Taeyong merasa ingin melakukan sesuatu. Dan dia segera memasukkan puting Jaehyun ke dalam mulutnya.
"Shit!" Jaehyun menyumpah. Kelembutan bibir Taeyong membuatkan dia geli bagaimanapun merasakan keseronokannya.
Taeyong hanya meneruskan apa yang dia inginkan sebelum beralih kepada puting yang satu lagi. Dia tidak begitu peduli dengan reaksi Jaehyun. Dia hanya ingin menikmati keseronokan itu sendiri. Tangannya pula bermain disekitar perut berotot Jaehyun. Dia merasa bangga kerana berjaya mendapatkan tubuh lelaki itu.
Tiba-tiba sahaja sepasang tangan besar memegang tubuhnya membuatkan posisi mereka berubah. Taeyong kini berbaring di katil dan Jaehyun berada di atasnya. Dengan keadaan rakus, Jaehyun mencium leher lelaki itu dan menjilatnya. Taeyong tidak mampu melawan. Dia tidak berdaya. Ketika putingnya dikulum oleh Jaehyun, barulah dia mengerti kenapa lelaki itu mendesah ketika dia berbuat demikian. Ini kerana nikmatnya tidak dapat dibayangkan.
Malam itu, tubuh mereka bersatu sekali lagi dengan cinta bermekaran menghangatkan perasaan mereka.
**************************
Taeyong merenung terus-menerus lelaki yang tertidur pulas di sebelahnya itu. Entah berapa pusingan mereka berhubungan intim sehingga lelaki itu benar-benar penat dan terlelap. Jika difikirkan, Taeyong tidak pernah membayangkan dia akan dihargai dan dicintai seperti itu dalam hidupnya. Dia selalu memikirkan bahawa dia akan mati dibunuh ketika melakukan kerja atau semacamnya.
Jaehyun merupakan hadiah yang paling berharga pernah dia dapatkan. Mulanya, dia menganggap obsesinya terhadap lelaki ini terlalu tinggi sehingga dia ingin berada di keluarga Jung itu walaupun tiada siapa yang setuju. Dia pernah terfikir untuk memaksa masuk ke dalam kumpulan itu suatu ketika dulu bagaimanapun tahu ia mustahil. Pernah juga dia terfikir untuk menculik Jaehyun dan dijadikan simpanan.
Malangnya, Jaehyun adalah mafia yang paling terkenal. Mustahil untuk dia berjaya. Mujur sahaja lelaki itu juga obses padanya. Jika tidak, semua ini tidak akan berlaku. Mungkin agak terlambat untuk mereka mengetahui bahawa mereka sebenarnya saling mencintai. Tetapi ini sudah cukup.
Sejujurnya, Taeyong tidak pernah dengar dari mulut Jaehyun sendiri jika dia mencintai Taeyong. Dia hanya menganggap segalanya hanya obsesi. Dan itu sudah cukup buatnya. Tapi Taeyong tahu dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu.
Ketika Jaehyun serabut memikirkan permasalahan Johnny, Taeyong hidup dalam ketakutan. Dia takut jika Jaehyun menghalaunya. Dia juga takut jika Jaehyun tidak percaya padanya. Walaubagaimanapun, dia bersyukur kerana kebenaran memihak kepadanya. Akan tetapi, kali ini berbeza.
Taeyong tahu dia tidak terlibat secara langsung dalam pembunuhan ibu bapa Jaehyun. Akan tetapi, dia tidak sanggup melihat wajah kecewa Jaehyun sekali lagi. Dia tidak mampu untuk berdiri dan meminta Jaehyun untuk percaya padanya sekali lagi. Oleh sebab itu, dia memutuskan semuanya.
Taeyong mengucup bibir lembut Jaehyun. "Saya cintakan awak, Jaehyun. Tolong maafkan saya."
Perlahan-lahan dia turun dari katil itu dan memakai bajunya. Dia memandang lelaki itu sekali lagi agak lama sebelum berlalu pergi dari situ.
To be continue...
Nak buat lagi drama. Tapi nanti jadi sinetron pulak. Jadi, aku cuba tone down kan sikit. Nak lagi? Vote & comment.
xoxo, M
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
Fiksi PenggemarJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...