Perjalanan itu dirasakan terlalu sunyi dan tegang. Pelbagai emosi dapat dirasa di dalam kereta mewah yang dipandu oleh Johnny. Jaehyun duduk di sebelahnya tidak berkata apa-apa dan Yuta berada di belakang. Sesekali Yuta akan bernyanyi bagaimanapun ia tidak mengubah apa-apa.
Tempoh yang diberikan oleh Joonam sudah sampai ke penghujungnya. Lelaki itu sudah tidak sabar untuk Jaehyun datang padanya. Mereka tahu kenapa Joonam hanya memilih mereka bertiga. Ini kerana jika Jaehyun datang sendirian dan terbunuh, Johnny akan meneruskan legasi kumpulan Jung. Jika tidak, Yuta yang akan mengambil alih. Atas sebab itu, Joonam meminta ketiga-tiga mereka untuk datang.
Video susulan yang dihantar berkali-kali pada Jaehyun membuatkan lelaki itu hampir kehilangan kewarasannya. Taeyong ditusuk dengan besi panas, dipukul berkali-kali, dan macam-macam lagi. Mujur sahaja sampai saat ini dia belum diapa-apakan secara seksual. Pada pendapat mereka, Joonam akan melakukan itu di hadapan mata Jaehyun kelak.
Semakin dekat mereka dengan destinasi yang dituju semakin mereka mendapat jawapan kenapa Joonam terlalu susah untuk dijejaki. Pelabuhan itu tidak didedahkan di dalam peta. Hanya alat pengesan sebagai petunjuk. Walaubagaimanapun, mereka masih tahu bahawa tempat itu wujud.
Hanya ada satu-satunya kapal besar milik Joonam berada di pangkalan. Ia hampir menyerupai kapal Titanic bagaimanapun hanya sebesar 1/3 sahaja. Joonam, Lorenzo dan beberapa orang yang lain sudah menunggu di atas pangkalan besar itu. dengan lampu besar menyuluh ke arah mereka. Johnny memberhentikan keretanya dengan jarak hampir sepuluh meter dari kumpulan itu.
Jaehyun keluar dari kereta dengan wajah yang serius. Johnny turun dari kereta setelah mematikan enjin. Yuta menjadi orang terakhir yang keluar dengan riak wajah yang kebosanan bagaimanapun menakutkan. Mereka berdiri bergandingan.
"Wah..." Joonam yang sedang bersandar pada keretanya sendiri tersenyum. "Aku ingatkan kau dah cukup tampan dalam gambar. Tapi... Kau memang sangat tampan, Jaehyun. Tak hairan lah dia ni..." Joonam melirik ke arah Lorenzo. "Nakkan kau."
Jaehyun langsung tidak terkesan. Dia hanya membetulkan sutnya. "Kami dah datang. Apa yang kau nak?"
"Aish... Jangan lah kelam-kabut sangat." Joonam bersuara menyindir. "Takkan kau tak nak jawapan?"
Jaehyun menarik nafas panjang. "Betul juga. Aku tak nak lah sembang masa lalu banyak sangat. Mungkin cukup sampai masa kumpulan Kim Joon Ryeol kalah."
"Jaga mulut kau, sialan!!" Joonam memukul kereta yang diduduknya bagaimanapun mengembalikan postur sombongnya. "Aku pun tak tahu macam mana orang tua tu boleh kalah."
"Jelas dia bukan yang kuat." Selamba Jaehyun membalas.
Itu adalah satu kekuatan Jaehyun. Dia tidak mudah marah. Seberapa banyak Joonam cuba memancing kemarahannya, dia akan berjaya mengawal emosinya membuatkan dia dapat bertindak menggunakan akal fikirannya. Sebaliknya, Joonam tidak dapat menahan emosi. Ingin sahaja dia menembak mati Jaehyun tanpa belas kasihan.
"Jadi apa kata kita mulakan dengan pembunuhan ibu bapa aku." Jaehyun bersuara lagi. Dia sudah bersedia untuk kebenaran.
Joonam ketawa menyeringai. "Kalau aku boleh rakam kejadian tu... Aku akan mainkan tanpa henti."
Seperti biasa, Jaehyun dapat mengekalkan riak wajahnya.
"Bertahun-tahun aku rancang nak bunuh mereka." Joonam mula bercerita. "Kalau nak cakap pasal kekuatan memang tak boleh nak lawan."
"Jadi kau main kotor dan guna racun?" Yuta menyampuk dengan wajah menyampah.
Joonam mengetap giginya kegeraman. "Pelbagai racun aku cari tapi semuanya sampah! Tak boleh digunakan. Sampai lah khabar hitman terkenal tu muncul. Hanya racun buatan dia je aku boleh guna."
Jaehyun hampir menggenggam buku limanya.
"Tapi dia tak nak bagi kerjasama." Joonam menyambung. "Jadi, aku kena rampas dari dia. Nasib tak susah sangat. Cukup bunuh dia dengan racunnya sendiri. Untungnya dia bergerak seorang diri."
Jaehyun tidak sedar dia menghembus nafas lega. Bermakna, Taeyong hampir mati dibunuh cuba untuk menghalang Joonam daripada mendapat racun itu. Dan itu sudah cukup buatnya.
"Tak sangka dia masih hidup." Joonam berkerut. "Aku jadikan tahanan semua ahli keluarga rakan kongsi kumpulan Jung yang terdekat untuk mereka bagi kerjasama. Untungnya, semua orang tutup mulut. Racun tu pun mereka yang letak. Tapi ayah kau tu memang boleh tahan. Dia dapat melawan dan membunuh beberapa orang lepas tu. Kami terpaksa masuk dan bunuh dia dengan tangan kami sendiri."
Johnny memandang Jaehyun sekali imbas. Dia benar-benar kagum bagaimana lelaki itu boleh kekal tenang ketika mengetahui semuanya.
"Ingatkan kumpulan Jung boleh berkubur." Ujar Joonam. "Tapi ada pula orang kanan dia tinggal. Terpaksa aku bunuh. Malangnya, racun dah tak boleh digunakan. Untung saja kami berjaya rampas mesin tu dari Russia."
Johnny hanya menarik nafas panjang. Tidak mahu melampiaskan kemarahannya lagi pada saat itu.
"Tapi sebab kamu dah mula cari aku lepas pembunuhan ayah kau... Aku terpaksa suruh orang lain." sambung Joonam. "Tak susah suruh hitman bodoh tu buat. Nasib dia tak popular. Jadi, orang tak kenal dia." Joonam menarik nafas panjang. "Nak hapuskan kumpulan Jung ni kena guna taktik kotor. Susah nak lawan."
"Habis tu sekarang nak bunuh aku lah ni?" Jaehyun mengangkat keningnya.
Joonam hanya merenung lelaki itu. Dia merasa geram kerana lelaki itu sepertinya tidak gentar. "Mestilah. Lepas kau mati baru aku boleh berkuasa."
Jaehyun menarik nafas panjang kemudian memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluarnya.
"Kau nak tawarkan aku apa-apapun kau takkan lepas." Joonam bersuara. "Hampir seluruh Korea berada dalam tangan kau. Hampir semua mafia tak nak mengkhianati kau. Dan kau memang bodoh sebab datang ke sini. Tak sangka hitman tu kelemahan kau. Hanya dengan ugutan begitu, kau lemah."
Jaehyun tergelak kecil. "Kau nak tahu tak apa benda yang tak berubah dengan kumpulan Ryeol? Kumpulan ayah kau yang sekarang berada di tangan kau ni."
Joonam tidak menjawab.
"Dari dulu sampai sekarang kau tetap bodoh."
"Sialan!!!!" Joonam menjerit kuat. Urat-uratnya mula kelihatan.
"Kau tak pernah beritahu apa yang kau nak sebagai ganti nyawa Taeyong tapi... Kami tetap datang sini." Jaehyun mengangkat keningnya. "Kau fikir kami tak tahu yang kau tak berniat biarkan kami keluar dalam keadaan masih hidup?"
Joonam berusaha menutupi kebodohannya itu dengan mengekalkan riak mukanya.
"Sebab ni lah kami tak perlukan tentera yang banyak macam kau perlukan untuk kami hapuskan kau."
Joonam kelihatan marah. "Kau memang sial!!"
Pada saat itu, satu mesin besar dihidupkan membuatkan semua senjata dan peralatan berbahaya milik mereka ditarik keluar.
"Ouch." Yuta menggerutu ketika pisaunya tertarik keluar dari belakang badannya. "Mesin tak guna."
Joonam tergelak menyeringai. "Aku jenis orang yang suka berseronok. Aku takkan bunuh kau semudah itu."
To be continue...
Sikit lagi, guys. Dah nak tamat. Sabar.
xoxo, M
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
Fiksi PenggemarJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...