Sudah sebulan Mikhael sibuk dengan syarikatnya membuatkan Aulia rasa sunyi duduk di rumah agam itu seorang diri. Dia rindukan suaminya itu. Tetapi mereka hanya berjumpa waktu sarapan apabila Mikhael pergi ke kerja , waktu malam Aulia sudah tertidur menunggu Mikhael pulang.
"Abang , marilah sarapan bersama." Pelawa Aulia.
Mikhael tersenyum lalu memeluk sisi pinggang Aulia. "Ya sayang."
"Sayang ..." Mikhael memulakan bicara.
"Ya?"
"Isteri abang ni mesti sunyikan duduk rumah ni?" Soal Mikhael ingin mengetahui isi hati Aulia.
"Hmm Lia bosannn.. abang balik je Lia dah tertidur."
"Maafkan abang. Abang sibuk uruskan syarikat sampai lupakan Aulia. Malam ni kita dinner dekat luar nak?"
"Dinner dekat luar? Mestilah nak" Teruja nada Aulia bersetuju.
"Ok.. malam nanti abang suruh driver jemput sayang okay?"
"Baik abang."
🎀🎀🎀🎀🎀
"Ayyan!" Panggil Mikhael dari bilik kerjanya.
Tanpa ketukan Ayyan menerjah masuk.
"Apa engkau ni?"
"Tolong belikan aku dress ni dan hantarkan dekat Lia."
"Eishh kenapa aku?"
"Tolong la Yan." Pinta Mikhael
"Yalah. Duit?" Ayyan sengih
Mikhael mengeluarkan kadnya. "Nah guna ni. Lepastu pi la beli makan."
'Alhamdullilah' ucap Ayyan dalam hati.
"Okay Khael.. Terima kacehhh"
🎀🎀🎀🎀🎀🎀'Ding Dong'
Aulia berlari membuka pintu.
"Eh Ayyan? Buat apa sini?" Soal Aulia keliru.
"Nah Khael bagi." Ayyan menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana.
"Ok terima kasih."
"Sama sama.. saya pergi dulu."
Selesai menutup pintu Aulia pergi ke bilik.
Aulia membuka kotak tersebut , terdapat sehelai dress cantik beserta nota kecil di dalam kotak tersebut.
Aulia melihat dirinya di cermin dengan baju yang diberikan Mikhael.
'Cantik.'
Kata kata itu tercetus di hatinya.
Aulia melihat nota kecil yang terdapat dalam kotak itu.
'Sayang , pakai baju ni untuk malam ni tau!! Nanti driver datang pukul 8 malam. Siap cantik cantik tau!! I love you 💕'
Aulia tersenyum membacanya. 'Macam macam ragam la suami ni'
Aulia melihat jam yang tertera di dinding.
"Dah pukul 6.30! Baik pergi mandi dulu. Cepat sikit nak bersiap.!"
Dia mengambil tuala dan pergi bersiap untuk makan malam bersama suami terchintahhh ❤️
04/01/25
Hai sumeee
Jom dinner!!
Vote manyak² aaa
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...