BAB 1

13.5K 471 17
                                    

MS SDN BHD

Kaki lelaki yang bersut hitam melangkah dengan penuh yakin saat memasuki bangunan yang tersergam indah di tengah-tengah kota itu. MS Sdn Bhd? Siapa saja yang tidak kenal dengan syarikat terkenal itu?

Baru beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan, sudah mampu berdiri sebaris dengan syarikat terkemuka yang lain.

Cuma satu kekurangan lelaki itu, memegang status duda anak satu dan wajah pemilik syarikat itu tidak pernah terdedah di mana-mana media. Hanya pekerja-pekerjanya saja yang tahu bagaimana rupa pemilik syarikat tersebut.

Tangan menekan butang lif. Pekerja-pekerja yang turut sama menunggu berdiri di belakang Megat Syafiq berbisikan sesama sendiri. Teruja melihat bos di depan mata. Megat Syafiq dengar saja apa yang dibisikan oleh pekerjanya namun dia hanya mengabaikan sahaja.

Tinggi, hidung mancung, rambut asli berwarna coklat sedikit serta mata hazel. Siapa saja yang tidak terpikat? Nampak tipikal bukan? Tapi itulah hakikatnya. Bibir pula kemerahan menunjukkan pemilik bibir itu tidak merokok.

Setiba di tingkat paling atas di mana terletaknya pejabat dia, dia terus melangkah ke bilik ofis tanpa memandang kiri dan kanan. Suasana yang hingar tadi terus senyap saat melihat figura Megat Syafiq di tingkat tersebut.

Megat Syafiq meletakkan briefcase yang dibawa di sofa. Tubuh dihempas perlahan di atas kerusi. Tangan naik mengurut kepalanya yang agak pening sedikit, mungkin penat balik dari Turkey. Dia membawa kedua tangannya ke atas meja. Tangan menekan interkom.

" Kak Sal, tolong masuk bilik saya sekejap "

Jari mengetuk meja sementara menunggu kedatangan Saleha, setiausahanya ke bilik ofisnya.

Tok tok tok

" Masuk " laungnya

Terpacul wajah Saleha dengan buku di tangan di hadapan bilik ofisnya.

Saleha melangkah masuk ke dalam ofis dan terus menuju ke meja kerja Megat Syafiq.

" So kak Sal, sepanjang saya tiada di syarikat, ada apa-apa surat yang perlu saya tandatangan ke? "

Saleha membuka buku catatan yang selalu dia bawa ke hulur ke hilir kerana di dalam buku itu terkandung semua perkara penting berkenaan dengan Megat Syafiq dan syarikat.

" Setakat ini, tiada tuan " beritahu Saleha ringkas setelah selesai menyemak kandungan di dalam buku catatannya.

" Anything else? "

Megat Syafiq menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Matanya tidak lepas memandang setiausahanya yang setia bersamanya dari awal syarikatnya itu ditubuhkan sehingga kini.

" Oh ya Tuan, next week akan ada seorang pelajar dari Universiti Malaysia Sabah akan intern di syarikat kita dalam bahagian operation di bawah pantauan Encik Yusri " beritahu Saleha sambil membaca apa yang ditulis di bukunya.

Intern? Syarikat mereka jarang hendak mengambil pelajar pratikal kecuali sebab-sebab tertentu.

" Tolong email dekat saya detail pelajar intern ini. Next week kan? Make sure dia lapor diri kepada saya dulu baru jumpa Encik Yusri "

Saleha menulis sesuatu di atas buku catatannya. Tidak mahu tercicir walau satu maklumat dari Megat Syafiq.

" Ada apa-apa lagi yang perlu kak Sal cakna? " soal Saleha.

" Setakat ini tak ada. Itu sahaja. Sekiranya ada apa-apa lagi, saya akan maklumkan segera pada Kak Sal "

Saleha menganggukkan kepalanya lalu mengorak langkah keluar dari pejabat Megat Syafiq.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now