BAB 36

7.1K 364 11
                                    

Puteri Safiyyah memandang Zaim dan Megat Syafiq yang sedang berbual sesama sendiri kemudian menoleh ke arah Tengku Sarah dan Adira yang sedang bersembang di meja makan.

Dia perasan dari tadi Zaim banyak mengerling ke arah meja makan walaupun uncle hensemnya itu berborak dengan Megat Syafiq.

" Yaya, tengok apa? " tanya Tengku Sarah apabila melihat anak dara mereka itu ralit memandang suaminya dengan Zaim.

" Tengok uncle hensem " spontan Puteri Safiyyah menjawab

Terrhenti perbualan Megat Syafiq dan Zaim apabila mendengar jawapan Puteri Safiyyah.

" Kenapa? Hari ini uncle hensem Yaya nampak lebih extra hensem ke? " seloroh Megat Syafiq.

Puteri Safiyyah mengangguk laju kepalanya.

" Uncle hensem, dukung Yaya boleh? " pinta Puteri Safiyyah sambil mengangkat tangannya.

Pergerakan Puteri Safiyyah agak terbatas kerana keadaan kakinya yang masih belum membaik. Kadang-kadang dia bergerak menggunakan kerusi roda.

" Anything for my princess " tutur Zaim seraya bangun melangkah mendekati Puteri Safiyyah.

" So, my princess, nak pergi mana? " tanya Zaim apabila dia mendukung Puteri Safiyyah.

" Nak ke meja makan. Nak duduk dengan mummy and mama "

Zaim mengikut kata si tuan puteri. Dia mendukung Yaya ke meja makan.

" Uncle, Yaya nak duduk sebelah mama. Mummy, boleh kan? "

" Boleh lah sayang, kenapa tak boleh? " ujar Tengku Sarah bersama senyuman. Dia lagi suka jika anak beranak itu semakin rapat.

" Baik, perintahmu diturut " Zaim meletakkan Puteri Safiyyah di sebelah Adira sesuai dengan kehendak puterinya.

" Abang, alang-alang tu meh lah makan sekali. Yaya pun dah ada dekat sini. Dah lewat malam ni "

Megat Syafiq melangkah ke meja apabila dipanggil si isteri. Dia melabuhkan duduk di sebelah Tengku Sarah, manakala Zaim pula duduk di sebelah Puteri Safiyyah.

Banyak makanan yang terhidang di atas meja. Tengku Sarah ke yang masuk? Semestinya tidak kerana wanita itu masih dalam proses belajar.

Adira yang banyak memasak di dapur, Tengku Sarah hanya membantu dalam proses pemotongan bahan sahaja.

" Anak mama nak makan apa? Mama tolong ambilkan "

" Yaya nak tu " jari telunjuk si kecil menunjuk ke arah ayam goreng crispy.

Adira mengambil ayam goreng tersebut lalu letakkan di pinggan Puteri Safiyyah.

" Lagi, nak apa? "

Puteri Safiyyah terdiam sebelum bebola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Pinggan Zaim yang masih belum terisi lauk itu dikerling sekilas.

" Oh mama, uncle hensem rasanya suka juga ayam goreng crispy. Cuba mama tolong ambilkan. Ayam goreng tu jauh lah mama  dengan sayur sekali " pinta Puteri Safiyyah dengan mata dikerdipkan.

Puteri Safiyyah mengambil pinggan Zaim lalu diserahkan kepada Adira.

" Kan uncle kan? Uncle suka ayam goreng juga kan? " tanya Puteri Safiyyah kepada Zaim sebelum lelaki itu menjatuhkan kepalanya.

Tengku Sarah menahan senyum. Dia tahu apa yang cuba dilakukan oleh Puteri Safiyyah.

Nak tak nak, Adira terpaksa mengambil pinggan yang dihulurkan anaknya itu lalu mencedokkan lauk ke dalam pinggan Zaim.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now