BAB 39

6.7K 321 16
                                    

Tengku Sarah menggigit perlahan bibirnya apabila melihat Megat Syafiq dan Zaim sedang berdiri tegak seperti tiang bendera di halaman rumah mereka.

Kereta berhenti. Adira dan Tengku Sarah berpandangan seketika. Menyesal pula beritahu soal kejadian tadi kepada mereka tapi kalau tak beritahu lagi parah.

Tengku Sarah tidak menghantar Adira ke rumah terus kerana kereta wanita itu tinggal di rumah mereka kerana mahu naik satu kereta saja tadi.

Mereka keluar dari kereta dan menapak perlahan mendekati jejaka-jejaka tersebut.

" Ara! Okay tak! Ada cedera dekat mana-mana? " Megat Syafiq membelek tubuh Tengku Sarah atas bawah. Risau jika ada kecederaan.

Terkejut apabila dia mendapat berita yang Puteri Safiyyah diculik tapi peliknya mereka berjaya mendapatkan anak mereka kembali dalam jangka masa yang cepat.

" Beritahu aku, dekat mana sakit? " Zaim memegang lengan Adira.

Adira menepis perlahan tangan Zaim. Sudahlah belum halal, mahu bersentuh-sentuh pula.

Puteri Safiyyah? Dia sudah melopong.

" Yang kena culikkan aku, bukan mummy dengan mama. Kenapa tak ada orang tanya pasal aku ni? " getusnya geram dalam hati.

Puteri Safiyyah berpeluk tubuh memandang Megat Syafiq dan Zaim bersilih ganti.

Mukanya sudah cemberut.

" Ehem!!"

Semua menoleh ke arah Puteri Safiyyah apabila anak kecil itu berdeham.

" Yang kena culik Yaya, bukan mummy dengan mama? Why no one datang dekat Yaya eh? " tanya Puteri Safiyyah dengan mata bulatnya.

Megat Syafiq dan Zaim terus meluru ke arah Puteri Safiyyah. Ui panjang betul muncung anak dara mereka itu. Kedua-duanya menjatuhkan lutut menyamai ketinggian Puteri Safiyyah.

" Maaf little bear daddy, are you okay? Diaorang ada buat apa-apa dekat anak daddy ni ke? " tanya Megat Syafiq.

Hampir saja Puter Safiyyah membuka cerita sebenar kepada papa dan daddynya jika Tengku Sarah tidak memintanya untuk menutup mulut dalam senyap di belakang papa dan daddynya.

Tengku Sarah membuat gaya 'zip mulut' kepada Puteri Safiyyah.

Puteri Safiyyah mengangguk kecil sebelum kembali memandang Megat Syafiq dan Zaim

" Okay je daddy, papa. Bila Yaya sebut je nama daddy dengan papa, mereka tak jadi culik Yaya " Puteri Safiyyah mereka cerita. Tak tahu lah lelaki-lelaki di hadapannya itu percaya ke tidak.

" Ya? Jadi daddy dengan papa ni superhero la ya? " soal Megat Syafiq seraya menggosok lembut kepala anaknya itu. Nasib baik anaknya itu baik-baik saja.

Puteri Safiyyah mengangguk lalu tersenyum.

Manakala Zaim pula sudah terpegun di sebelah Megat Syafiq. Telinganya tidak salah dengar kah? Anaknya itu menggelarkan dirinya papa?

Adira di belakang juga sudah tercengang. Puteri Safiyyah tahu Zaim itu papa kandung dia?

Puteri Safiyyah memandang wajah pegun Zaim. Dia mengawangkan tangannya di hadapan Zaim.

Terkebil-kebil mata Zaim dibuatnya.

" Papa kenapa? " tanya Puteri Safiyyah.

" You call me what just now? " Soalan berbalas soalan. Dia takut dia tersilap dengar.

Puteri Safiyyah menerpa ke arah Zaim lalu melilit tangannya pada leher lelaki itu.

" I call you papa just now. Nak tunggu papa reveal sendiri, lambat lah " kutuk Puteri Safiyyah selamba.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now