Megat Syafiq duduk menghadap jendela di pejabatnya. Hari ini dia pulang agak lewat sedikit kerana tiada sesiapa di rumah. Tengku Sarah pula sudah berangkat ke Sabah kerana dia akan ada majlis konvokesyen di sana 3 hari lagi.
" Awak tak payah datang. Saya tak nak hari penting saya masa tu rosak disebabkan kehadiran awak "
Dia turutkan jua permintaan Tengku Sarah itu. Anaknya Puteri Safiyyah sudah berseronok duduk bersama Puan Amalina dan Megat Safwan. Walaupun kecewa, tetapi dia menghormati permintaan isterinya.
Telefonnya ditekan lagi.
Satu suara bermain di telefonnya.
" Abang Apiq cinta pertama Ara, tapi Ara tak pernah bayangkan betapa sakitnya cinta itu seperti ini. Tapi Ara tetap berterima kasih dengan abang Apiq sebab pernah bahagiakan hati ini meski bersulamkan dusta. Sekurang-kurangnya ada yang akan Ara kenang bila rindu walaupun berdosa untuk Ara rindukan abang Apiq bila dah bergelar suami nanti "
Suara itu habis.
Dia mainkan kembali voice note tersebut.
Mindanya kembali memutar kenangan pahit 7 tahun yang lalu. Kejadian yang menyebabkan dia dibenci isteri sendiri saat ini.
FLASHBACK
Megat Syafiq mengelap peluh yang menitis di dahinya dengan tisu. Nasib baik dalam keretanya, dia sudah siap-siap letakkan kotak tisu.
Dahi berkerut melihat ada kereta di luar rumah keluarganya.
Macam kenal je kereta tu, desisnya perlahan.
Dia terus keluar dari kereta. Dia baru saja balik dari bermain bola bersama kawan-kawannya.
Lapisan di dahi semakin banyak apabila mendengar bunyi kekecohan dalam rumahnya.
" Aku tak minta banyak. Aku cuma minta anak kau untuk kahwin dengan anak aku saja sebagai pembalasan semua yang aku dah taburkan untuk kau "
Tabur apa ni? Dia tertanya-tanya.
" Assalamualaikum " dia memberi salam
Dia melihat ada kawan baik papanya, Dato Razali bersama anak gadis lelaki itu, Adira Kaisara duduk di sofa bertentangan dengan orang tuanya.
" Ada apa ni, kecoh sampai luar? " soalnya pada Megat Safwan.
Dia melihat raut wajah orang tuanya keruh sahaja. Matanya memandang orang tuanya dan Dato Razali bersilih ganti. Something fishy.
" Tak ada apa Apiq. Borak biasa saja " jawab Megat Safwan, masih cuba untuk nenutup hal sebenar.
Megat Syafiq terus menoleh saat mendengar Dato Razali berdecit.
" Borak biasa? Aku rasa luar biasa. Apa kata Syafiq duduk dulu? Uncle ada hal nak bincang dengan Syafiq "
Kening Megat Syafiq terjungkit ke atas. Ada hal apa lelaki itu mahu bincang dengannya?
Puan Amalina sudah tidak senang duduk.
" Uncle nak bincang apa? "
Dato Razali berdeham sekejap. Tangan anaknya disebelah dicapai.
" Uncle nak Syafiq kahwin dengan anak uncle, Adira " senafas Dato Razali memberitahu niat kedatangannya ke sini. Adira di sebelah sudah tersenyum gedik sambil menyimpul rambutnya.
Megat Syafiq membuat muka jelak. Dari dulu dia memang tidak suka dengan wanita itu,kerana terlalu gedik dan suka mengeletis dengannya.
" Saya? Kahwin dengan anak uncle? Uncle salah orang kot ni. Saya tak ada perasaan apa-apa dengan anak uncle " Megat Syafiq menolak mentah-mentah permintaan kawan baik papanya itu.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...