" Kak Qis "
Tengku Sarah mencuit lengan Balqis yang sedang menikmati air jus oren yang disediakan oleh Tengku Airis.
Balqis menoleh. Kening terjungkit ke atas.
" Kenapa? " tanya Balqis
" Ahad ni free tak? " bisik Tengku Sarah perlahan
" Kau dah kenapa nak bisik-bisik bagai? "
Tengku Sarah terus menekup mulut Balqis. Orang punyalah berbisik sebab tak nak bagi orang lain dengar, dia boleh bantai cakap kuat-kuat pula.
Balqis menekup mulutnya.
" Sorry lah, mana kak Qis nak tahu kalau Sarah nak bisik-bisik bagai. Ada apa tu? Cepat khabarin diriku ini "
Balqis mendekatkan dirinya pada Tengku Sarah.
" Kak Qis! Slow lah sikit. Sarah ada barang baik punya nak tunjuk ni" bisik Tengku Sarah kembali.
" Apa dia tu? "
Tengku Sarah mengeluarkan telefonnya di kock seluar kemudin menunjukkan sesuatu kepada Balqis.
Terbeliak biji mata Balqis melihat isi di telefon Tengku Sarah.
Tangannya naik menepuk-nepuk bahu Tengku Sarah, teruja.
Tengku Sarah ketawa kecil. Dia sudah agak reaksi Balqis.
" Bila Sarah, Bila bila bila tu?! " tanya Balqis dengan nada teruja.
" Ahad ni. Kalau kak Qis on, Sekarang juga Sarah beli tiketnya. Apa macam? " Tengku Sarah menjungkitkan keningnya berkali-kali.
Tengku Sarah tidak perlu khuatir kerana dia sudah meminta cuti untuk kerja hakikinya yang disorokkan dari orang ramai.
Jadi, dia boleh bersantai sedikit.
" Boleh tu boleh lah tapi nak bagi alasan apa dekat abang Ipin kau tu? Sarah tak ingat ke kak Qis kena angkut macam guni beras? Malu tau walaupun dalam hati kak Qis masa tu melonjak-lonjak "
Balqis memegang dadanya yang berdebar-denar bila teringat kembali saat-saat Tengku Arifin masih beku dengannya. Haish rindu pula laki kita! Matanya mengerling ke arah Tengku Arifin yang sedang bersembang dengan Tuan Danial, Megat Syafiq dan Tengku Latif.
Tengku Sarah tersenyum senget melihat Balqis yang menggeletis tu. Anak dah tiga pun masih gedik.
" Sarah ada idea ke nak bagi alasan apa? plus anak-anak pula nanti kang ikut. Kantoi kita nanti Sarah " ujar Balqis
Tengku Sarah mengetap bibirnya, cuba mencari alasan yang terbaik untuk aktiviti rahsia dia dan Balqis.
Jari mengetuk meja. Kot-kotlah dapat inspirasi. Mata ralit memandang sisa lauk yang dimakan tadi.
Matanya terus membulat,bibirnya seraya mengukir senyuman senang.
" Kak Qis! Sarah dah dapat idea. Nanti Sarah bagi alasan yang Sarah nak belajar kelas memasak dengan Tihani. Tihani pandai masak makanan orang borneo tau. Kebetulan rumah Tihani tu dekat dengan tempat yang kita nak pergi tu. Lepas tu nanti Kak Qis cakap lah Kak Qis nak belajar juga, sebab nak menarik pelanggan lebih ramai. Apa macam? Cerdik tak Sarah? " soal Tengku Sarah bersama senyuman senget.
Balqis terangguk-angguk kecil.
" Sarah, first time Sarah nampak bijak! Okay on! Malam ini juga kak Qis akan cakap dengan abang Ipin. Arghh tak sabar nak tengok kembali jejaka hensem in real life " ucap Balqis
Tengku Sarah menepuk kedua tangannya.
" Tak sabarnya nak tunggu hujung minggu ni! "
Mereka tidak sedar ada dua orang mahluk kecil di bawah meja yang mendengar perbualan mereka berdua dari tadi.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...