BAB 8

8K 379 33
                                    

Tengku Sarah meregangkan sedikit tubuhnya. Penat buat kerja duduk saja. Dia agak bosan. Sekejap saja sudah dua bulan dia pratikal di sini. Tak sabar hendak habis pratikal, tidak tahan dengan mata gatal Megat Syafiq yang selalu merenung dirinya meski dari jauh.

Baru saja dia mahu merebahkan kepalanya di atas meja, dia disapa oleh Encik Yusri.

" Sarah, jom ikut saya sekejap bersama Zarina. Kita ada meeting dengan Tuan Megat sekejap "

Tengku Sarah menghela keluhan kecil. Ini lagi satu, dia hanya budak pratikal tetapi sering diseret ke sana sini. Dia tidak kisah pasal itu tetapi yang dia kisahkan adalah Megat Syafiq. Rimas betul!

" Baik Encik Yusri " jawab Tengku Sarah perlahan.

Dia bingkas bangun dari duduknya lalu mengikuti langkah Encik Yusri dan Zarina yang sudah berada di hadapan.

Tiba di bilik mesyuarat, dia melihat ada ramai yang sudah berada dalam bilik tersebut. Hampir setiap wakil dari jabatan ada di bilik mesyuarat.

Tengku Sarah melabuhkan duduk di sebelah Zarina.

Dia hanya fokus pada kertas di tangannya. Malas mahu memandang ke depan. Kalau pandang depan, sama saja seperti dia pandang Megat Syafiq.

" So clear everyone. Please take note everything yang kita dah bincang hari ini. Saya bagi due date atleast until next week, make sure bentangkan kembali result setiap department kepada saya. Cik Sarah, are you still here? "

Tengku Sarah membesarkan matanya. Terkebil-kebil saat mendengar namanya dipanggil. Dia mengangkat kepala memandang Megat Syafiq yang menyeru dirinya. Semua orang sekarang sedang tumpu perhatian pada dirinya.

" Shibal shekiyaa punya duda " kutuknya dalam hati.

" Err yes i am " jawabnya ringkas.

" Okay good. So, itu saja untuk hari ini. Dismiss. Oh ya, sebelum itu, saya minta Cik Sarah tolong tunggu sebentar. Yang lain boleh keluar, thank you "

Tengku Sarah mengemam kuat bibirnya. Apa lagi lah orang tua ni.

Zarina menyenggol lengan Tengku Sarah sebelum dia bangun dari kerusi.

" Hati-hati. Jangan tergoda dengan duda hot ni. Kalau tergoda, tahniah lah " bisik Zarina perlahan.

Tengku Sarah menjegilkan matanya ke arah Zarina yang sedang menahan tawa.

Tolonglah. Memang tak lah!

Selepas semua orang keluar, Tengku Sarah hanya duduk tegak di kerusinya memandang ke dinding. Itu pemandangan yang lebih baik daripada tengok duda tak guna tu.

Dia mendengar derapan kaki yang sedang melangkah ke arahnya.

Kerusi di sebelahnya di tarik dan di letak jauh. Megat Syafiq menyandarkan tubuh pada meja lalu memandang Tengku Sarah.

" Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi? Tell me " soal Megat Syafiq

Tengku Sarah menggigit bibir. Alamak, nak goreng apa ni? Sudah terang lagi bersuluh dia memang langsung tidak beri perhatian tadi.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now