BAB 43

7.5K 335 11
                                    

Puteri Safiyyah memandang Adira atas bawah. Bersinar-sinar matanya melihat mamanya hari ini.

" Cantiknya mama " puji Puteri Safiyyah. Bajunya dimainkan pada baju pengantin yang dipakai Adira.

Hari ini, genap sebulan. Zaim mengotakan janjinya untuk mengahwini Adira. Nasib baik ada Tihani dan Tengku Sarah yang membantu Adira menguruskan semua majlis nikahnya.

Adira dan Zaim tidak berhubung sama sekali walaupun untuk urusan majlis. Mereka hanya berurusan melalui orang tengah sahaja.

Sehinggalah pada malam ini, mereka masih belum bertemu. Mereka akan bertemu pada majlis nikah yang akan berlangsung sebentar lagi. Zaim sendiri yang meminta majlis nikah mereka diadakan pada waktu malam.

" Iya? Alhamdulillah. Cantik macam siapa? "

" Cantik macam Yaya " tersipu-sipu Puteri Safiyyah memuji dirinya sendiri.

Adira tergelak kecil. Terhibur pula melihat telatah anaknya itu. Sekurang-kurangnya rasa berdebar dalam hati berkurangan sedikit kerana tingkah anaknya itu.

" Akak dah ready? Zaim dah sampai dekat bawah tu. Sekejap lagi kita turun ya " tutur Tengku Sarah.

Dia bangun menilik penampilan Adira yang cantik berbusana pengantin buat kali terakhir sebelum mereka turun ke bawah.

Adira menarik nafas dalam. Tangannya yang menggigil itu digenggam erat. Majlis nikahnya diadakan di hotel terkemuka. Majlis tidak diadakan di rumahnya kerana Datuk Rizal tidak mahu majlis nikahnya diadakan di rumah milik lelaki itu kerana lelaki itu sejujurnya masih tidak merestui hubungan mereka tetapi dia tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh setuju untuk memberi keizinan untuk mereka berkahwin.

Biliknya yang ditempah di hotel juga sudah dihias cantik atas bantuan Tengku Sarah dan Tihani.

Itu saja kawan yang dia ada kerana sejak dari dulu hidupnya dikawal ketat oleh Datuk Rizal. Pergi ke mana-mana pasti akan disoal bersama siapa dan ke mana sehingga kawan-kawannya dulu berasa rimas hendak bergaul dengannya.

" Mama, jangan nervous sangat. Nanti tak cantik. Dari tadi asyik berkerut je muka mama. Nanti papa lari pula tengok muka berkerut mama " ujar Puteri Safiyyah.

Tengku Sarah terus menoleh ke arah Adira. Dia menahan tawa melihat muka Adira yang seperti ayam berak kapur itu.

Dia berjalan mendekati Adira yang duduk di birai katil itu. Bibirnya dibawa ke telinga Adira. Tidak mahu ada orang mendengar apa yang dibisikkan tambah-tambah ada Puteri Safiyyah di bilik itu.

" Kak, malam special belum tiba. Jangan nervous sangat "

Adira terus menepuk kuat paha Tengku Sarah. Memerah wajahnya mendengar. Tengku Sarah tergelak kecil sambil menepuk pahanya yang ditampar. Sakit juga.

" Jangan macam-macam eh. Senonoh sikit " kata Adira.

Sudahlah dia rasa gemuruh, bertambah gemuruh dia mendengar Tengku Sarah berkata begitu.

" Tenang. Akak tenang je ya. In sha Allah everything akan berjalan dengan lancar. Calm down. Tarik nafas "

Adira menarik nafas seperti yang diarahkan.

" Jom turun "

Tengku Sarah membantu Adira bangun dari katil. Sempat tangannya membetulkan baju yang dikenakan Adira. Tidak mahu kelihatan comot kerana berkedut.

" Jom mama. Jangan nervous tau. Senyum sikit " ujar Puteri Safiyyah seraya memegang tangan Adira.

Adira tersenyum mendengar permintaan anaknya itu.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now