BAB 32

6.7K 359 28
                                    

Sepanjang perjalanan ke hospital, Tengku Sarah tidak melepaskan tangan Puteri Safiyyah walau sesaat.

Dia membawa genggaman tangan itu ke bibirnya lalu dikucup penuh kasih.

" Yaya anak mummy yang kuat. Tolong bertahan ya " tuturnya sebak.

Hampir saja dia lupa mahu mengabari Megat Syafiq tadi soal kejadian yang menimpa Puteri Safiyyah kerana terlalu sedih.

Suaminya itu juga sudah dalam perjalanan ke hospital. Mereka akan bertemu di sana.

Di belakang ambulans pula, ada sebuah kereta mengekori mereka.

Adira memandu dengan perasaan yang bersalah. Terbayang darah yang mengalir di kepala Puteri Safiyyah saat gadis kecil itu dibawa masuk ke dalam ambulans.

Dia yang terkaku tadi terus tersedar apabila dijerkah oleh Tengku Sarah. Cepat-cepat dia berlari ke keretanya mengambil telefon dan menghubungi pihak hospital.

" Please save her " bisik Adira perlahan.

Buat pertama kali, hatinya sebagai seorang ibu terusik melihat keadaan Puteri Safiyyah yang teruk tadi.

Setibanya di hospital, pihak kecemasan kelam kabut menyambut Puteri Safiyyah. Mereka terus menolak katil ke wad kecemasan.

Tengku Sarah hanya mampu menanti di luar. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia turut serta masuk ke dalam menemani anaknya itu.

Dia melabuhkan duduk di atas kerusi yang disediakan. Sekali lagi, air matanya tumpah apabila ternampak darah Puteri Safiyyah yang melekat di bajunya. Kebetulan dia memakai blouse putih.

Tubuh disandarkan pada kerusi. Mata terpejam rapat. Cuba mencari nafas. Tubuhnya benar-benar rasa lemah dan tidak bermaya. Dia mahukan suaminya saat ini.

Air mata yang mengalir diseka perlahan.

" Ara! "

Terbuka mata Tengku Sarah apabila mendengar pemilik suara yang sangat dia perlukan saat ini.

Dia terus menoleh ke arah suara itu. Laju dia bangun berlari mendekati Megat Syafiq.

" Abang! "

Tengku Sarah terus memeluk tubuh Megat Syafiq. Pada dada suaminya, dia lepaskan semua tangisan.

Megat Syafiq mengelus perlahan kepala Tengku Sarah yang dibaluti dengan tudung itu.

Terkejut dia apabila diberitahu isterinya yang Puteri Safiyyah kemalangan. Dia terus bergegas pulang dan terus menuju ke hospital. Dia pulang agak lewat hari ini kerana sibuk menguruskan dan memantau pekerjanya loading barang customer luar negara.

" Abang,maafkan Ara. Semua ini salah Ara. Ara tak jaga anak dengan baik. Ara bukan mummy yang baik. Ara penyebab anak masuk hospital "

" Shhh, jangan cakap macam tu. Abang tak salahkan Ara pun. Allah dah takdirkan perkara ini akan terjadi dalam hidup Yaya. Jangan salahkan diri sendiri " pujuk Megat Syafiq.

Tiada guna menuding jari di saat-saat begini. Sudah tertulis di takdir hidup anak kecilnya itu akan mengalami kemalangan. Siapa dia hendak mempertikaikan takdir?

" Tak. Semua ini salah Ara. Ara tak jaga dia betul-betul sedangkan dia depan mata saja. Abang mesti marah Ara dan salahkan Ara atas apa yang terjadi kan? Lepas ni abang akan benci Ara kan sebab jadi penyebab Yaya masuk
hospital. Abang, darah Yaya banyak tadi. Ara.. "

Cup!

Megat Syafiq menekup wajah Tengku Sarah yang basah dengan air mata dengan kedua tangannya.

Terus terdiam Tengku Sarah apabila bibirnya dikucup sekilas. Mujur tidak ramai orang di situ. Terkebil-kebil Tengku Sarah memandang Megat Syafiq.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now