BAB 10

8.3K 389 21
                                    

Tengku Sarah menghitung hari untuk habiskan pratikalnya di MS Sdn Bhd. Sekejapnya masa berlalu.

Jiwanya juga tenang sejak kebelakangan ini kerana tidak bertemu dengan Megat Syafiq kerana kalau tidak, pasti dalam satu hari bekerja itu, dia akan dipanggil masuk ke pejabat Megat Syafiq sehingga mengundang curiga pekerja di situ.

Hampir 3 minggu Megat Syafiq tiada di pejabat kerana ke luar negara atas urusan kerja.

Bibir mengukir senyum saat teringat perbualannya dengan Zaim tetapi mereka bukan berdua. Tihani turut ada sekali bagi mengelak berlakunya fitnah.

" Sarah rancang bila nak kahwin? Zaim ikut je asalkan Sarah bersedia "

Tengku Sarah senyum nipis.

" Sebelum konvo boleh? Nanti kita boleh konvo sama-sama as husband and wife "

Zaim mengangguk kecil.

" Okay, nanti Zaim jumpa keluarga Sarah secepat mungkin " ucap Zaim. Dia melabuhkan pandangan ke arah Tengku Sarah yang sedang menghabiskan makanannya.

" Korang berdua dah nak kahwin, pisang lah aku lepas ni. Pergi mana-mana seorang diri je " rungut Tihani. Wajahnya sudah masam mencuka. Kawan-kawannya itu akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Sejak dari zaman belajar lagi mereka bertiga sering meluangkan masa bersama. Dia pelik juga bila Zaim dan Tengku Sarah bercinta. Mungkim sebelum kehadiran dia kerana dia masuk agak lambat sedikit dan kebetulan Zaim dan Tengku Sarah juga belajar di tempat yang sama sejak dari diploma.

" Relax la Hani, kalau kitaorang dah kahwin pun, kita still boleh keluar lagi, kan Zaim? "

Zaim mengangguk kecil seraya senyum segaris.

" Jangan risau. Tak adanya aku nak sekat kebebasan Sarah lepas dah kahwin. Dia still boleh keluar dengan kau. Aku tak boleh nak join sangat lah sebab nanti tanggungjawab dah semakin besar bila dah kahwin " ujar Zaim seraya memakukan pandangan pada Tengku Sarah.

Tengku Sarah tersipu-sipu malu mendengar ayat Zaim itu. Tihani membuat muka jelak melihat Tengku Sarah begitu.

" Kau dah kenapa nyah? Geli woi tengok kau macam tu "

Terhambur tawa Tengku Sarah. Baru nak acah-acah seperti wanita melayu terakhir yang malu dipandang.

" Ala, bagilah chance sikit dekat aku jadi lembut "

" Tak payah. Kau kasar pun Zaim tetap sayang dekat kau "

Tengku Sarah tersenyum lebar. Betul lah tu. Zaim menerima Tengku Sarah apa adanya walaupun kadang-kadang dia terlepas laku.

Tersentak Tengku Sarah apabila mejanya seperti dihentak kuat dengan objek.

Zarina ketawa mengekek melihat riak wajah Tengku Sarah yang seperti beruk terkejut itu.

" Kak Ina! Terkejut tau Sarah. Ingatkan bunyi apa lah tadi. Orang panggil banyak kali tak dengar. Fikir apa? Rindu Tuan Megat ke? Maklumlah dah berapa minggu orang tu tak ada " Zarina mencuit lengan Tengku Sarah.

Tengku Sarah membuat muka. Oh memang tidaklah. Dia membuat gaya hendak termuntah.

" Memang tidaklah. Lambat lagi kak Ina oi. Saya ni tengah terfikirkan boyfriend saya " ujar Tengku Sarah, secara tidak langsung memberitahu yang dirinya sudah pun berpunya.

Riak wajah Zarina berubah. Dia memandang wajah Tengku Sarah lama-lama.

" Boyfriend? Sarah dah ada boyfriend? Biar betul? Sejak bila? Alaaaa " Zarina membuat muka hampa. Sudahlah dia 'ship' Tengku Sarah dengan Megat Syafiq. Terlepaslah impian dia mahu melihat mereka berdua bersatu.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now