Kereta milik Adira membelok masuk ke dalam satu rumah banglo.
Air liur ditelan laju saat melihat ada sebuah kereta yang sangat dikenali berada di garaj.
Pintu kereta dibuka lalu melangkah keluar masuk ke dalam rumah.
Teragak-agak tangannya mahu membuka pintu utama rumah papanya. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Berharap Datuk Razali sudah tidur.
Pintu utama dibuka. Hampir saja dia mahu menjerit apabila melihat Datuk Razali sedang duduk elok di sebuah kerusi, betul-betul menghadapnya.
" Papa.." tegurnya perlahan.
Datuk Razali menyilang tangan. Tubuh bersandar pada kerusi.
" Pergi mana? " tanya Datuk Razali garang. Wajah lelaki itu juga tiada senyuman langsung.
" Dira jumpa kawan sekejap " beritahu Adira gugup.
" Kawan? Sampai tengah malam? " sinis Datuk Razali bertanya.
Adira menelan air liurnya. Terasa pahit.
Datuk Razali bangun melangkah perlahan-lahan mendekati Adira yang berdiri statik dari tadi.
Lelaki tua itu berjalan mengelilingi Adira sebelum tangannya menarik kuat rambut anaknya sendiri.
" Argh! " Tangan naik memegang kepalanya yang rasa hendak tercabut saat ini kerana tindakan papanya itu.
" Kau jangan nak tipu aku lah dira! Kau ingat aku tak tahu ke kau buat apa dekat belakang aku?! " jerkah Datuk Razali seraya menarik kuat rambut Adira.
" Sakit pa..pa " rintih Adira. Sakit rambutnya ditarik terasa sampai ke otak.
" Oh tahu sakit? Berapa kali aku cakap, kau ni memang tak faham kan?! Aku suruh kau goda Syafiq bodoh tu. Bukan pergi berbaik dengan mereka. Kau bodoh ke apa?! " maki Datuk Razali.
Sakit benar hatinya saat anaknya itu melanggar apa yang diperintahkan.
" Rasanya anak kau tu tak cukup lagi kena langgar, nak aku bunuh dengan tangan aku sendiri ke?! " ugut Datuk Razali sekaligus membuka pekung sendiri.
Adira tersentak. Jadi benarlah sangkaannya kalau insiden yang terjadi pada puterinya itu angkara Datuk Razali.
" Jadi papa ke yang rancang insiden itu? " tanya Adira perlahan.
" Itu amaran kecil dari aku! Nak tunggu kau lambat sangat lah perempuan! "
Adira merentap tangan Datuk Razali yang masih menarik rambutnya.
" No! Papa tak boleh sentuh anak Adira! Cukup selama ini Adira berkorban semuanya untuk kepuasan papa sendiri! " Adira melenting.
Cukup selama ini dia jadi pencacai papanya sendiri, mengikut kehendak lelaki itu sehingga masa dia dengan Puteri Safiyyah banyak terbuang.
" Oh, kau dah berani lawan aku ya? Berani kau sekarang kan! Siapa ajar kau ni?! " Datuk Razali menarik semula rambut Adira sehingga wanita itu jatuh terduduk.
" Lepaskan Dira papa! " jerit Adira sambil cuba melepaskan diri.
" Kalau kau nak nyawa anak kau tu selamat, kau kahwin balik dengan Syafiq. Aku nak kau hancurkan syarikat dia! Sebab dia, aku rugi berjuta-juta! Macam sial! Kalau kau tak buat apa yang aku suruh, nyawa kau akan jadi galang ganti! "
Serentak, rambut Adira dilepaskan dan tubuh Adira dihempas ke lantai dan Datuk Razali terus berlalu naik ke atas.
Adira mengaduh kesakitan.
" Auch "
Pergelangan tangan kirinya terasa sakit. Mesti terseliuh.
Cepat-cepat dia mengambil beg tangannya di lantai dan berlari naik ke biliknya.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...