BAB 5

8.1K 400 26
                                    

" Setiap bulan kita akan ada stock take untuk cek stok yang ada sama ada tally atau tidak stok yang ada dengan dalam sistem. Semua tu penting "

Zarina membawa Tengku Sarah ke bahagian stor yang terletak di gudang sebelah.

" Sekiranya tidak tally, take note stok yang ada di stor "

Tengku Sarah menganggukkan kepalanya, tanda faham.

" Pernah berlaku ke stok di stor tak tally dengan sistem? " tanya Tengku Sarah

" Pernah saja tapi jarang. If that thing happen, kena cepat-cepat cek dan figure out dekat mana silap.Semasa transfer barang ke dalam stor atau keluarkan barang dekat customer " jelas Zarina.

" Kalau tak settle, kena hadap Tuan Megat lah jawabnya " sambung Zarina seraya menoleh ke belakang memandang Tengku Sarah yang sedang asyik melihat barang-barang di dalam stor.

" Tuan Megat garang tak? " tanya Tengku Sarah. Tiba-tiba dia ingin tahu bagaimana sifat pemilik syarikat itu. Dia masih belum bertemu dengan pemilik tersebut. Hari ini sudah hampir dua minggu dia pratikal di sini.

Semenjak kejadian di lif tempoh hari, dia menjadi lebih berhati-hati di syarikat tersebut. Tidak mahu terserempak lagi dengan Megat Syafiq. Dia juga tidak tahu apa urusan lelaki itu di sini. Mungkin ada meeting la kot. Dia tidak mahu ambil tahu.

" Dia tak garang tapi tegas. Dia sangat mementingkan kualiti. Tuan Megat orangnya teliti. Kesalahan kecil yang kita tidak nampak dan susah untuk cari, dia boleh figure out sekelip mata " beritahu Zarina

" Oh. Saya dengar muda lagi? Betul ke kak Ina? "

Zarina tersenyum senyum.

" Muda juga lah. Baru 31 tahun. Elok orangnya tapi duda. Nak try tak? Sarah pun macam sesuai je dengan Tuan Megat " seloroh Zarina.

Tengku Sarah tergelak kecil.

" Nak tercekik saya dengar. Tak apa lah kak. Tuan Megat pun saya tak pernah jumpa ini kan nak try. Kalau Encik Yusri tadi macam okay juga lah "

Terbeliak biji mata Zarina mendengar. Matanya naik atas bawah memandang Tengku Sarah.

" Kau ni biar betul Sarah? Laki orang tu "

Tengku Sarah tersipu sipu malu.

" Ala, kan ada tiga kuota lagi tu? Boleh lagi tu "

Zarina menggelengkan kepalanya. Seram pula dia mendengar.

Tengku Sarah ketawa kuat.

" Akak! Takkan lah saya nak jadi penyondol. Agak-agaklah. Muka macam ni jadi penyondol? Tak pasal-pasal orang cakap saya muka awam nanti walaupun cantik meletups tau " pujinya diri sendiri.

Zarina mencemik.

" Perasan betul. Daripada Encik Yusri, lebih baik dengan Tuan Megat. Lagi sepadan dengan Sarah. Kalau berdiri sebelah tu, akak rasa bagai pinang dibelah sepuluh "

Zarina membayangkan bosnya itu bersama Tengku Sarah. Kena kena kena. Sesuai sangat.

" Sudahlah akak! Jangan merepek. Jom, kita melawat kawasan lain pula "

Mereka berdua terus bergerak keluar dari gudang tersebut.

Baru saja mahu menapak ke lif, Tengku Sarah dan Zarina terus berhenti saat dengar nama mereka dipanggil. Keduanya menoleh ke belakang.

Terkedu.

Tengku Sarah bagai hilang arah melihat figura yang berdiri di sebelah Encik Yusri.

Dia cuba berlagak biasa. Tidak mahu kelihatan gementar. Kenapa lelaki itu ada di sini?

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now