SPECIAL CHAPTER 2

11K 401 60
                                    

Tengku Sarah menggigit perlahan bibirnya. Jari diramas sesama sendiri. Dari tadi dia hanya perhatikan suaminya yang sibuk dengan kerja. Dia mahu menegur takut menganggu tetapi rasanya dia terpaksa juga mengacau lelaki itu membuat kerja.

" Bismillah " lafaznya perlahan.

Dia berjalan terkedek-kedek dengan perutnya yang memboyot itu. Tangan naik mengetuk pintu bilik yang terbuka.

Tok tok tok

Terangkat kepala Megat Syafiq apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Bibir menguntum senyum saat melihat Tengku Sarah melangkah masuk dengan perut yang besar itu.

" Come "

Megat Syafiq meletakkan pen di atas meja, lalu menepuk perlahan pahanya meminta Tengku Sarah untuk duduk di situ.

Tengku Sarah melabuhkan duduk di atas paha Megat Syafiq seraya melilit tangan pada leher suaminya.

" Kenapa sayang? " tanya Megat Syafiq seraya menatap wajah Tengku Sarah. Dia amati wajah itu, sepertinya isterinya itu ada sesuatu yang ingin dinyatakan.

" Ara ganggu abang ke? " tanya Tengku Sarah, tidak menjawab pertanyaan Megat Syafiq tadi.

" Tak pun. Kenapa ini? Ada nak bagitahu apa-apa ke? " soal Megat Syafiq lagi apabila melihat si isteri seperti teragak-agak mahu mengatakan sesuatu.

" Abanggg" suara Tengku Sarah meleret memanggil Megat Syafiq. Jarinya dibawa ke dada lelaki itu.

Megat Syafiq mengangkat keningnya ke atas. Ini lain macam ini. Mesti permintaan berat ini kalau suara dah meleret begitu.

" Boleh tak..Ara nak minta izin sikit.. sikit je " Tengku Sarah tersenyum manja.

" Apa dia tu? " tanya Megat Syafiq

" Esok kan.. er sebenarnya Ara dah beli tiket tau. Tak baik membazirkan kalau buang. Membazirkan amalan syaitan. Jadi, Ara nak minta izin abang untuk tengok konsert kpop group favourite Ara. Last sebelum meletup. Kesian dekat baby " kata Tengku Sarah laju. Jarinya ditunjuk pada perut yang semakin membesar.

Dia menghembus nafas lega kerana dapat menyatakan hajatnya kepada Megat Syafiq tetapi pada masa yang sama hatinya berdebar menunggu jawapan suaminya itu.

Megat Syafiq tersenyum senget. Dah nak jadi mak orang pun masih lagi dengan mat kpop dia tu.

" Jangan sampai aku Islamkan mat kpop dia ni " Megat Syafiq mendesis dalam hati.

" Bila beli? Tak minta izin dulu pun sebelum beli tiket tu " ujar Megat Syafiq bersama wajah mendatar.

Tengku Sarah mengemam bibirnya. Dia mengeluh dalam hati. Matanya meliar cuba mencari alasan.

" Okay, abang dengar betul-betul tau. Macam ini kejadiannya. Hari tu, Ara tak sengaja TERSCROLL lepas tu tak sengaja TERTEKAN perkataan book tu. Semua tu tak disengajakan abang. Ara macam eh, dah bayar. Jadi, nak tak nak terpaksa pergi abang. Mahal tau tiket tu " ujar Tengku Sarah dengan nada polos.

" Oh, tak sengaja TERTEKAN. I see " ujar Megat Syafiq. Kepalanya terangguk-angguk.

" Abang faham kan, Ara memang betul-betul tak sengaja. Macam mana eh abang? Risau lah " balas Tengku Sarah sambil mengetuk perlahan dagunya. Bibirnya memuncung seolah-olah berat sungguh 'masalah' yang dia buat.

" Berapa tiket yang Ara TERBELI tu? Untuk Ara seorang ke? " tanya Megat Syafiq. Dia menatap wajah polos yang ditunjukkan oleh Tengku Sarah.

Tengku Sarah mengangkat dua jari ke atas bersama sengihan.

" Dua abang. Ini pun sama. TAK SENGAJA " Tengku Sarah menekankan sikit perkataan terakhir. Kena lah nampak sikit yang dia memang betul-betul tak sengaja.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now