BAB 24

8.2K 382 26
                                    

Lama matanya memandang 'sesuatu' di dalam sinki itu.

Nak pegang? Memang tak berani lah jawabnya. Dia selalu tengok ibunya dengan kakaknya lama berdiri di sinki membasuh ikan. Tapi apa yang hendak dibasuh?

Dia mencari sarung tangan di laci kabinet dapur.

" Hah! Jumpa pun " Tengku Sarah terus menyarung sarung tangan lalu melangkah ke sinki.

Dia memegang ikan dengan wajah yang geli. Hadoi. Demi menambat hati suami punya pasal.

Dia basuh begitu saja di bawah air. Setelah yakin bersih, dia terus menyediakan bahan-bahan untuk memasak.

Menu hari ini,dia hendak memasak ikan siakap 3 rasa bersama sayur kailan untuk Megat Syafiq.

Dia melihat jam di dinding. Ada berbaki 4 jam lagi sebelum suaminya pulang.

" Mari lah kita bertempur! "

Dia bergerak mengambil kuali lalu memanaskan minyak masak. Sebelum itu, dia melumur ikan siakap itu dengan serbuk kunyit dan garam. Matanya tidak lepas dari memandang ipadnya kerana dia sedang melihat resipi di situ.

" Aik, apehal kulit ikan ni rasa macam keras semacam? Selalunya macam lembut je " dia menggumam sendiri.

" Betul ikan siakap ke ni? " Tengku Sarah mengangkat ikan itu tinggi-tinggi mahu memastikan ikan itu adalah ikan siakap.

" Ya la kot. Mungkin siakap spesis lain kot ni " katanya lalu kembali menyambung melumur ikan dengan serbuk kunyit.

" Minyak ni dah panas ke belum eh? Haish susah juga nak masak ni " bebelnya sendiri.

" Ah letak je lah "

Tengku Sarah terus mencampak ikan siakap itu ke dalam kuali yang panas.

" Argh!! " Dia terundur ke belakang bersama jeritan kecil.

" Hei minyak! Kau duduk je lah diam-diam dekat kuali tu. Kau sibuk nak keluar juga kenapa? " tempiknya. Terkejut dia apabila minyak panas itu terkeluar dari kuali. Tak pasal-pasal dapur berkecah. Satu hal pula nak kena mop bagai.

Redha aje lah. Apa nak jadi, jadi lah janji masakannya siap untuk si suami.

Dia terus menyambung memasak sambil melihat resipi.

Hampir 3 jam bertempur di dapur, akhirnya siap juga masakannya.

Dia melihat masakannya di bawah tudung saji itu dengan penuh rasa bangga.

" Kau memang isteri terbaiklah Sarah " Dia menepuk tangan berkali-kali. Dia membuka apron lalu gantung di penyangkut yang tersedia.

Dia terus melangkah naik ke atas. Mahu mandi bersihkan diri kerana sekejap lagi Megat Syafiq akan pulang dari kerja.

" Lalalalalalala"

" Assalamualaikum "

Pintu dikuak dari luar.
Megat Syafiq menjengah kepalanya mencari kelibat si isteri.

Hidungnya terhidu bau sesuatu. Bau makanan tapi dari mana? Mustahil dari dapur kerana dia tahu isterinya itu tidak pandai memasak.

Baru setapak melangkah, dia mendengar pintu bilik tidur mereka terbuka.

" Eh abang " tegur Tengku Sarah seraya berlari menuruni tangga.

Tangan lelaki itu dicapai lalu dikucup perlahan. Briefcase di tangan lelaki itu diambil.

" Abang dah lama sampai ke? " tanya Tengku Sarah.

" Baru je. Ara, abang ada terhidu bau makanan. Ara ada beli makanan ke? " tanya Megat Syafiq.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now