BAB 26

8K 391 15
                                    

Ding dong

Tengku Sarah yang sedang lepak santai di depan televisyen bersama Puteri Safiyyah itu berpandangan sendiri.

" Siapa datang? " tanya Tengku Sarah

" Mana lah yaya tahu mummy " jawab Puteri Safiyyah.

Ya tak ya juga. Mana anaknya itu nak tahu kalau anak daranya itu duduk bersama dengannya di sini.

Mak Leha sudah tidak bekerja dengan Megat Syafiq. Wanita itu kini berkhidmat di rumah Puan Amalina atas permintaan Puan Amalina sendiri.

Tengku Sarah dan Puteri Safiyyah terus bangun mengatur langkah ke pintu utama. Sempat tangannya mencapai tudung risau lelaki yang datang. Tak pasal-pasal buat freeshow auratnya dekat lelaki lain nanti.

Pintu dibuka. Kelihatan seorang wanita berdiri membelakangi mereka.

Tengku Sarah menilik pemakaian wanita itu. Mak ai. Dah gaya berkemban dah dengan heels hitamnya yang 5 inci tu.

" Assalamualaikum sister, cari siapa ya? "

Tubuh wanita itu terus berpusing apabila mendengar satu suara. Wajah wanita itu kelihatan terkejut sedikit melihat Tengku Sarah yang berdiri di depan itu.

Puteri Safiyyah yang berada di belakang Tengku Sarah itu menjengah sedikit kepalanya. Berubah wajahnya saat melihat gerangan di hadapan mereka.

Tengku Sarah hanya memberi pandangan kosong kepada wanita 'berkemban' itu.

" Hai anak mama " sapa wanita itu dengan seyuman sinis ketika melihat Puteri Safiyyah.

Puteri Safiyyah membuat muka. Dia tidak suka dengan kehadiran wanita itu.

" Cari siapa ya? " soal Tengku Sarah tanpa nada.

Adira Kaisara.

Akhirnya mereka bertemu empat mata. Wanita yang merampas Megat Syafiq darinya 7 tahun yang lalu.

" Cari duda i, eh ops I mean Syafiq " ujar Adira dengan suara sinis.

Tengku Sarah menyilang tangan pada dadanya.
Ceh, ni Sarahlah kalau kau nak buat aku cemburu pun.

" Oh Syafiq suami i tu ke? Ops i mean duda you tu ke? Sorry lah dia tak ada dekat rumah. Dia sibuk kerja nak menyara ISTERI dia yang cantik dan anak yang comel belaka ni "

Tengku Sarah tayang wajah bersahaja. Kepala Puteri Safiyyah yang bersembunyi di belakangnya itu digosok perlahan.

Adira pula yang rasa tersentap mendengar kata-kata Tengku Sarah.

Jika dilihat pada raut wajah yang tenang itu, sangat tidak setara dengan percakapannya.

" Kalau macam tu, i nak tunggu dia dekat sini. I ada urusan sikit dengan duda i tu " ujar Adira seraya mengibas rambutnya ke belakang.

Eh eh eh kerek benar perempuan ni.

Pangkal dia bertudung saja, kalau tak, memang dia libaskan rambutnya yang panjang itu pada wajah si penyondol aka janda suaminya itu.

" No. Kalau betul ada urusan dengan dia, dia akan cakap dengan i tapi dia tak ada cakap apa-apa pun dengan i. So i tak izinkan you tunggu dekat sini "

Kau nak i you sangat dengan aku kan, aku ikut je rentak kau ni, desis Tengku Sarah dalam hati.

" Apa hak you nak halang i stay dekat sini? Move "

Adira mahu merempuh tubuu Tengku Sarah yang berdiri di pintu utama itu, pada masa yang sama Tengku Sarah ternampak kereta Megat Syafiq membelok masuk ke halaman rumah.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now