BAB 11

7.4K 366 7
                                    

Tengku Airis bersandar di sofa, tangan bersilang dibawa ke dada. Selepas saja balik dari kerja, dia terus singgah ke rumah Tengku Razeef dan Tengku Maleeka. Anak kembarnya tinggal bersama Tuan Danial. Nasib baik suaminya tidak kisah untuk menjaga sekejap kerana dia ada 'urusan' ingin diuruskan.

Matanya tajam mengikut pergerakan Tengku Sarah yang sedang mengemas di ruangan bawah. Ada banyak persoalan yang bermain di fikirannya.

Pap!

Gelap sekejap penglihatannya. Tangan terus menggapai objek yang menghalang pandangannya.

Hampir terkeluar jantung dari badannya saat melihat Tengku Sarah sudah berdiri terpacak di hadapannya bersama vacuum di tangan.

Paha gadis itu ditepuk kuat.

" Kau ni kenapa? Berdiri macam pocong dekat depan ni? " marah Tengku Airis sambil mengurut dada.

Tengku Sarah memberi pandangan kosong.

" Nak tanya apa? " soal Tengku Sarah seraya meletakkan vacuum yang dipegang ke tepi. Dia melabuhkan duduk di sebelah Tengku Airis.

Hari ini hari cuti, jadi dia mengambil kesempatan untuk mengemas rumah memandangkan orang tua mereka sedang bercuti bersama kawan-kawan mereka.

" Nak tanya apa, apa? Tak faham " jawab Tengku Airis bersama kerutan di dahi.

" Mata angah tu dok ikut adik ke sana ke sini. Ingat adik tak nampak ke? Tu belum lagi kening berkerut macam besar sangat masalah difikir tu " kata Tengku Sarah

Tengku Airis melepaskan keluhan kecil.

" Adik betul-betul nak berkahwin? Dah ready ke? " tanya Tengku Airis tanpa berselindung.

Tengku Sarah menganggukkan kepalanya dengan riak wajah yakin.

" Kalau tanya ready tak ready, sampai bila-bila adik tak kahwin " ujar Tengku Sarah.

Tubuh diiringkan menghadap Tengku Sarah yang masih mencari siaran yang menarik di televisyen.

" Adik, dengar sini. Perkahwinan itu seumur hidup. Kahwin bukan perkara mudah. Benda-benda macam ini tak boleh tangkap muat je " beritahu Tengku Airis.

" So? "

Tengku Airis mengetap bibirnya. Geram melihat adiknya seperti mengambil ringan soal perkahwinan.

" Adik, bila adik bercinta pun family semua tak tahu. Adik kenal ke keluarga lelaki tu macam mana? Ni baru jumpa sekali dah decide untuk berkahwin, tunang semua tak ada " luah Tengku Airis geram.

Perkara inilah yang menganggu mindanya semenjak dia dikhabari oleh Tengku Maleeka tentang perkahwinan Tengku Sarah.

" Adik dah lama kenal dia. Dari zaman belajar lagi. Lagipun kami bercinta senyap-senyap. Adik tak pernah pun keluar berdua dengan dia. Setiap kali jumpa, adik mestibawa  Tihani sekali sebab Tihani tu kawan adik dengan Zaim juga. Bukan ke lagi elok cepatkan pernikahan? "

Tengku Airis hanya diam.

" Adik cintakan Zaim ke? "

Soalan dari Tengku Airis itu membuatkan Tengku Sarah terkedu seketika.

Cinta?

" Perlu cinta ke untuk semua tu? Rasanya tak
perlu kot " jawab Tengku Sarah

Tengku Airis tersenyum senget. Sunggah adiknya ini naif benar.

" Yes. Kalau tak, how come adik boleh declare adik bercinta dengan Zaim kalau tak ada cinta? Hubungan apa tu? Jangan ambil mudah bab hati dan perasaan. Adik nak kahwin untuk seumur hidup "

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now