BAB 25

8.7K 396 10
                                    

" Mummy!"

Tengku Sarah mendepakan tangannya menyambut Puteri Safiyyah yang berlari ke arahnya.

Buk!

Hampir saja Tengku Sarah jatuh terlentang ke belakang kalau bukan kerana Megat Syafiq menahan tubuhnya.

Megat Syafiq menggelengkan kepalanya melihat drama anak dan isterinya itu. Gaya macam setahun tak jumpa.

" Wahai anak mummy, mummy miss you so much. Baru sekarang jumpa jalan balik rumah ke? " ujar Tengku Sarah apabila pelukan terlerai.

Puteri Safiyyah membisikkan sesuatu di telinga Tengku Sarah. Sempat anak matanya mengerling Megat Syafiq yang memandang mereka berdua sejak dari tadi.

" Yaya bagi chance mummy dengan daddy dating berdua. Best tak mummy? " bisik Puteri Safiyyah perlahan. Ternaik ke atas bibir Tengku Sarah mendengarkan bisikan itu.

" Best sangat. Thank you anak mummy. Lepas ni, boleh lah bagi chance dekat mummy dengan daddy dating banyak-banyak " seloroh Tengku Sarah seraya mengenyitkan matanya.

Puteri Safiyyah mengangkat ibu jarinya.

" Boleh mummy. Apa-apa roger je Yaya, nanti Yaya minta tolong tok ma ambil Yaya " kata Puteri Safiyyah dengan senyuman lebar.

Megat Syafiq tersenyum senget mendengar perbualan dua beranak itu. Bisiklah sangat kalau sampai dia boleh dengar isi perbualan mereka.

Megat Syafiq mengatur langkah mendekati Puan Amalina dan Megat Safwan yang masih berada di kereta itu.

" Ma, pa " Sapanya seraya mengucup kedua tangan orang tuanya.

" Seronok honeymoon? " usik Puan Amalina sehingga menerbitkan senyuman tipis pada bibir Megat Syafiq.

" Lain kali bawa honeymoon ke tempat proper. Sekali sekala bawalah Sarah tu berjalan jauh sedikit. Isteri tu dahlah tak dibagi kerja, duduk rumah saja " Puan Amalina mula membebel.

Kasihan pula dia melihat Tengku Sarah terperuk saja di rumah.

Megat Syafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal mendengar bebelan mamanya itu.

Bukan dia tak nak bawa Tengku Sarah berjalan berbulan madu, tetapi keadaan mereka berdua sebelum ini agak berbeza. Jangankan berbulan madu, duduk satu tempat pun dulu isterinya itu akan mencari gaduh dengannya.

" Ya lah. Nanti Apiq bawa isteri Apiq jalan-jalan. Bagi Apiq settlekan kerja dulu dekat ofis tu " ujar Megat Syafiq seraya membantu orang tuanya mengangkat barang yang dibawa. Ayat selamat buat masa ini. Kalau tidak, mahu panjang lagi dia dileteri.

" Assalamualaikum mama " sapa Tengku Sarah. Dia bingka bangun dari melutut lalu menyalami mentuanya.

" Waalaikumsalam, sihat ke menantu mama ni? Apiq jaga elok-elok tak? " tanya Puan Amalina seraya matanya turun naik menilik menantunya itu.

Tengku Sarah tergelak kecil. Gaya bertanya tu macam dah lama sangat tak bertemu, padahal mereka baru saja bertemu tempoh hari cuma Puteri Safiyyah saja yang tidak mengikut dia dan Megat Syafiq pulang ke rumah.

" Alhamdulillah, anak mama tu jaga Sarah baik punya, macam gini hah " Tengku Sarah mengangkat ibu jarinya seraya membuat muka nakal lalu mengenyitkan matanya pada Megat Syafiq

Megat Syafiq di belakang Puan Amalina hampir tersedak melihat muka Tengku Sarah itu. Cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tengku Sarah tersenyum senget. Malu-malu kangaroo pula suaminya itu.

Puan Amalina pula sudah tersenyum lega dan bangga kerana anaknya itu menjaga Tengku Sarah dengan baik.

" Eh mama, jom lah kita masuk. Yang lain semua dah masuk "

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now