SPECIAL CHAPTER

8.3K 308 20
                                    

" Awak tak ada kerja ke nak ikut saya sampai ke sini? " marah Adira. Dia mengibas rambut panjangnya ke belakang. Tangan naik mengibas wajah yang terasa panas kerana cuaca panas terik.

Matanya mengerling ke atas apabila terasa redup seketika.

" Sweetkan aku? Your welcome " kata Zaim seraya mengenyitkan matanya ke arah Adira.

Adira membuat muka.

" Bukan awak kerja ke? Kenapa awak ada dekat sini?" tanya Adira. Matanya turun naik memandang Zaim yang hanya memakai pakaian kasual.

" Kenapa? Tak boleh ke? " soalan berbalas soalan. Zaim hanya menayang wajah tenang.

Adira merengus kecil.

" Tepi sikit. Awak halang laluan saya " Adira cuba melintasi Zaim yang sedang memayungi dirinya namun terhenti langkah wanita itu apabila lengannya dilelar oleh Zaim.

" Awak ni kenapa? Lepas lah. Jangan buang masa. Saya dah deal dengan orang butik tu pukul sebelas pagi tau " kata Adira dengan nada tinggi. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang menahan geram.

Zaim mengerling jam di tangan. Kepala diangguk perlahan.

" Ada lagi lima minit pukul sebelas. So, sempat lagi. Butik tu pun tak sampai berapa langkah dah sampai. Rushing sangat ini nak ke mana? " soal Zaim sambil menilik wajah Adira yang masam mencuka.

" Saya tak suka lambat-lambat. Lepaskan lah lengan saya ini. Tiba-tiba muncul dekat sini. Dahlah tak mesej tanya khabar,preparation semua " bebel Adira dengan wajah bengang.

Bibir Zaim mengukir senyuman sinis. Ada hati yang tengah panas.

" I see. Ada orang marah rupanya " kata Zaim dengan senyuman mengejek. Keningnya diangkat berkali-kali apabila Adira memandangnya.

" Marah apa? Siapa yang marah? Sana sikit! Saya nak pergi fitting baju! " Adira merentap lengannya kemudian melanggar sedikit bahu Zaim.

" Huish marah betul bakal makmum aku ini " usik Zaim seraya kembali melelar lengan Adira yang sudah melangkah ke depan.

" Eee lepas lah. Tangan tu jangan gatal nak pegang-pegang boleh tak? " Adira cuba merentap kembali lengannya tetapi gagal kerana cengkaman tangan Zaim yang kuat itu.

Dengan tangan kirinya yang setia memayungi Adira, Zaim beralih tempat. Dia kini berdiri tegak di hadapan Adira yang sudah memalingkan wajah ke sisi.

" Maaf honey. Jangan marah lama-lama. Nanti muka bertambah kedut " kata Zaim dengan nada selamba.

Pak!

Tangan Adira naik menampar kuat dada lelaki itu yang sedang menatapnya dengan senyuman nakal.

" Aip, honey. Tahan sikit. Lagi berapa hari saja kau akan  jadi makmum aku. Bawa bersabar sikit. Jangan gelojoh nak pegang-pegang dada aku ini " usik Zaim lagi. Suka benar dia mengusik wanita itu.

" Huh menyampah! "

Adira menolak kuat tubuh Zaim sehingga lelaki itu terundur sedikit. Dia terus mengorak langkah meninggalkan lelaki itu.

" Eh honey, sekejap. Jangan jalan laju sangat, panas ini " Zaim mengejar langkah Adira.

" Sabarlah honey. Janganlah marah aku " pujuk Zaim sambil memayungkan kembali Adira yang hanya jalan tanpa menoleh ke arahnya.

Terhenti langkah Zaim ketika Adira mendadak berhenti.

" Kenapa? " tanya Zaim. Keningnya terangkat ke atas memandang sisi wajah Adira.

" Daripada tadi cakap sabarlah, tahanlah. Awak tu yang sepatutnya kena sabar bagai. Tangan tak pandai duduk diam-diam, asyik nak memegang saja " omel Adira seraya memberi jelingan tajam kepada Zaim.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now