Tengku Raziqin hanya menguis makanan di dalam pinggannya. Mati seleranya memikirkan tentang Tengku Sarah.
" Jangan dikuis saja makanan kau tu. Makan lah " tegur Dr Farhan apabila melihat Tengku Raziqin hanya bermain dengan makanannya menggunakan sudu.
Tengku Raziqin melepaskan keluhan kecil.
" Aku tak ada selera makan lah. Aku masih terfikirkan soal adik aku tadi. Macam mana nak pujuk dia untuk sambung kembali kemoterapi? "
Tengku Raziqin melepaskan sudu lalu menyandarkan tubuhnya. Wajahnya diraup kasar. Sumpah dia rasa sangat serabut saat iniz
" Tapi kau tahu kan, kalau dia buat alternatif terakhir sekali pun, peluang sembuh itu tipis. Dah terlalu lama adik kau sakit. Sejujurnya kalau aku dekat tempat Sarah, aku takkan mampu sekuat dia. Bukan setahun, bertahun dia hadap sakit dia tu " ujar Dr Farhan.
Dia lah yang merawat Tengku Sarah dari hari pertama wanita itu tahu tentang penyakitnya, kanser leukemia. Dia juga menjadi saksi wanita itu membuat kemoterapi.
" Kalau aku jadi dia pun, aku berhenti buat rawatan kemoterapi ni. Sakit bro. Bukan senang nak hadap " tambah Dr Farhan.
" Aku tak tahu macam mana nak hadap keluarga aku selepas ini. Kalau arwah adik aku dulu, aku masih boleh terima sebab kematian dia memang kami tak boleh nak jangka tetapi adik aku yang satu ini.. "
Tengku Raziqin terdiam, cuba menahan sebak di dalam hati. Matanya sudah berkaca.
" Kematian dia pun kita tak boleh jangka cuma bezanya aku tahu dia akan pergi walaupun tak tahu bila tetapi aku kecewa sebab aku tak boleh nk tolong adik aku sendiri untuk tangani sakit dia " usai berkata, air matanya jatuh setitik ke pipi.
" Maaf bro. Aku sebagai doktor yang merawat dia pun gagal untuk bantu dia berjuang sampai akhir. Bukan kita tak pujuk tetapi itu adalah permintaan dia. Kita kena respect permintaan pesakit sendiri " ujar Dr Farhan seraya menepuk perlahan bahu Tengku Raziqin.
Mereka sudah berkawan lama. Dia juga turut tahu tentang kemalangan yang menyebabkan nyawa arwah Tengku Amir melayang. Dia menjadi saksi betapa rapuhnya hati seorang abang yang tidak dapat menyelamatkan adik sendiri.
Untuk kali ini, dia tidak tahu sama ada lelaki itu mampu ke tidak untuk menempuhi perkara yang sama buat kali kedua.
" Kun fa ya kun, kalau Allah berkehendak maka terjadilah. Percaya pada Allah, mohon banyak-banyak semoga ada keajaiban. Tak mustahil kan " tutur Dr Farhan.
Tengku Raziqin mengangguk seraya tersenyum pahit.
Benar kata Dr Farhan. Kun fa ya kun.
Tengku Raziqin mengeluarkan telefonnya mahu menghantar pesanan kepada Tengku Sarah.
Lama Tengku Sarah memandang Teratak Famille yang tersergam indah di depan matanya saat ini.
Otaknya kembali memutar semua kenangan dia membesar di rumah keluarganya itu.
Matanya berkaca membayangkan dirinya tidak akan mampu lagi melihat tempat dia membesar itu sehingga ke hari tua.
Tengku Sarah menarik nafas dalam. Cuba menstabilkan emosinya yang sedang bercampur baur saat ini. Tidak mahu terlalu larut dalam kesedihan.
Kakinya melangkah keluar dari kereta. Dari jauh dia sudah nampak anak-anak saudara kesayangannya bermain di halaman rumah keluargany. Pasti kakaknya, Tengku Airis juga ada di sini.
" Mak usu!!! " Jerit Tuan Darel apabila ternampak kelibat Tengku Sarah di pagar.
Tengku Sarah mendepakan tangannya menggamit anak-anak saudaranya itu ke arahnya. Ketiga-tiganya berlari ke arah Tengku Sarah.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...