Tengku Sarah duduk membetulkan kainnya. Nafas lega dilepaskan.
Meski hanya buat majlis pernikahan saja pun terasa penat. Macam mana lah orang yang buat majlis besar-besaran tu? Majlis kecil begini pun dia rasa penat.
" Kau okay tak? "
Tengku Sarah hanya menganggukkan kepalanya membalas soalan Tihani itu.
" Aku tak habis fikir lagi, kenapa Zaim buat kau macam tu? Like what?! Sedangkan kauorang dah bercinta lama kot. Kenapa di saat saat akhir begini dia buat perangai? Mamat tu, kalau aku jumpa, memang aku karate kaw kaw punya " Tihani meluahkan rasa geram yang bertamu di dalam hati.
Siapa saja yang tidak geram dan sakit hati melihat kawan baik sendiri diperlakukan begitu? Dimalukan depan orang ramai? Mujur saja ada 'penyelamat'.
Tengku Sarah tersenyum senget mendengar bebelan kawan baiknya itu.
" Benda dah jadi. Nak buat macam mana? Aku pun dah selamat nikah dah pun " kata Tengku Sarah.
" Hm ya tak ya juga kan eh tapi kan boleh tahan juga suami kau tu ya walaupun duda. Kalau tengok-tengok balik, aku rasa dia lagi sesuai dengan kau kalau nak dibandingkan si Zaim tu "
Bibir terherot ke atas. Mula dah episod membawang. Elok bagi makan saja budak Tihani ni biar senyap sekejap.
" Weh dengar tak? Kau kalau ada anak, masya Allah mesti comel eh. Tak dapat bayang kan lah "
Mata dikerling ke arah Tihani.
" Melalut apa kau ni sampai ke anak? Aku ni baru je nikah. Otak tengah nak adapt apa yang jadi tau " Tengku Sarah membidas.
" Aku cakap je. Betul tercapai niat kau nak kahwin sebelum konvo tapi tu lah bukan dengan si ZAIM tu lah tapi dengan orang yang double triple better siap pakaj anak tu yang tak tahan tu. Buy one free one. Untung kau weh "
Tihani menepuk kedua tangannya. Meski sakit hati kerana ulah si Zaim, tetapi dia tumpang bahagia untuk Tengku Sarah.
Sekurang-kurangnya kawannya itu sudah berada di tangan lelaki yang tepat. Lelaki yang berani mengaku dia sukakan Tengku Sarah di hadapan ayah kawannya sendiri.
Meski dia tidak tahu bagaimana sikap Megat Syafiq, tetapi dia yakin lelaki itu tulus mencintai Tengku Sarah kerana dia perasan sewaktu mereka makan bersama, lelaki itu selalu melirik ke arah Tengku Sarah.
" Dah habis dah? Mulut tu senyap sikit. Pergi makan sana biar senyap. Dari tadi membebel aje " tempelak Tengku Sarah.
" Oh haah lah. Patutlah rasa lapar semacam. Aku pergi makan dulu ya. Pengantin baru nak makan tak? Ke nak Abe duda eh salah abe hot tolong suapkan? " Tihani tergelak kecil melihat wajah cemberut Tengku Sarah.
" Tak payah. Kau pergilah makan sendiri "
Tihani bingkas bangun meninggalkan Tengku Sarah sendirian di sofa.
Kepala disandarkan pada kepala sofa, cuba merehatkan minda yang tengah penat.
" Sarah "
Kepalanya diangkat lalu ditoleh ke belakang saat mendengar satu suara lembut menyapanya.
" Eh aunty. Duduk lah sini " Tengku Sarah menepuk ruang kosong di sebelahnya meminta Puan Amalina, ibu mentuanya duduk di sampingnya.
Puan Amalina melabuhkan duduk lalu memegang tangan Tengku Sarah.
" Mama. Sarah kan dah jadi menantu mama. Panggil mama "
Tengku Sarah tersenyum kekok.
" Erk okay baik au..mama " jawabnya kekok. Lidah rasa berbelit. Masih tidak biasa memanggil wanita itu dengan panggilan lain.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...