" Apa maksud kau?! " Tanya Adira lagi dengan wajah yang garang. Dia benar-benar tidak faham apa yang dikatakan oleh wanita itu.
" Kau betul nak tahu ke? " tanya Tengku Sarah kembali bersama senyuman sinis.
" Kalau kau nak tahu, segala perbuatan keji kau dulu aku yang bongkarkan " Tengku Sarah berbisik perlahan di telinga Adira seraya tersenyum sinis.
Adira terpempam. Perbuatan keji?
FLASHBACK
Tengku Sarah menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.
Dia perlu keluar menghirup udara. Tiada guna dia bermandikan air mata di bilik sedangkan Megat Syafiq sudah hidup bahagia bersama wanita pilihannya.
Tuala yang disangkut diambil lalu membawa langkah kaki ke bilik air.
Dia memejamkan mata saat jirusan air paip membasahi dirinya. Automatik air matanya turut sama mengalir. Bukan mudah untuk dia lupakan semua yang terjadi begitu saja.
Semua kata-kata Megat Syafiq melekat utuh di mindanya. Sudah dua hari lelaki itu rasmi menjadi milik orang lain dan dia di sini? Masih lagi meratapi kekecewaan yang diberikan oleh lelaki itu.
" Come on Sarah. Buktikan kau perempuan yang kuat "
Tengku Sarah kembali fokus membersihkan diri. Selepas setengah jam dia bersiap-siap di hadapan cermin, dia terus mengambil sling bag nya dan melangkah keluar dari bilik.
Perlahan kaki menapak turun tangga.
" Adik nak keluar ke? " tanya Tengku Maleeka apabila mereka berpampasan di bawah.
Tengku Sarah hanya mengangguk.
" Ayah, adik pinjam kereta sekejap ya? Nak ambil angin sebelum balik kolej " kata Tengku Sarah.
" Angah tak pergi kerja ke? " tanya Tengku Sarah. Dah berapa hari dia melihat kakaknya itu ada di rumah keluarga mereka.
Tengku Airis memandang lama wajah adiknya itu sebelum mengeleng kepala.
" Tak. Angah kerja dari rumah dulu untuk beberapa hari ini "
Mata Tengku Airis menangkap mata adiknya yang sembap itu. Dia menghela keluhan kecil. Dia tahu penyebab mata adiknya sembap begitu.
Patutlah adiknya itu sampai sakit-sakit. Rupanya kekasih hati sudah menjadi milik orang lain.
Dia sendiri baru tahu kalau Megat Syafiq dan Tengku Sarah menjalin hubungan istimewa di belakang semua orang. Bila dan bagaimana mereka bercinta juga dia tidak tahu.
Dia pun baru tahu selepas saja selesai majlis nikah, Megat Syafiq datang menemuinya.
" Tahniah Apiq, akhirnya jadi suami orang " ucap Tengku Airis seraya melemparkan senyuman manis kepada lelaki itu.
Megat Syafiq hanya tersenyum hambar.
" Airis "
Semua mata tertumpu pada Megat Syafiq apabila mendengar nama Airis diseru. Semua menunggu lelaki itu berbicara.
" Tolong jagakan Sarah untuk aku "
Terpempam Tengku Airis mendengar kata-kata lelaki itu.
Balqis juga sudah terbeliak biji matanya. Sarah? Apa hubungan lelaki itu dengan Sarah?
Tengku Airis memandang suaminya. Kenapa riak wajah lelaki itu kelihatan tenang seperti tidak terkejut. Suaminya itu tahu sesuatu ke? Atau telahannya selama ini benar?
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...