BAB 23

8.4K 406 26
                                    

Tanpa sedar, dia melepaskan keluhan yang kuat.

" Ara, kenapa tak tidur lagi? "

Tengku Sarah terus bangun dari baringnya apabila mendengar suara Megat Syafiq menyapa sistem pendengarannya.

Aik? Bukan lelaki itu sudah tidur ke? Dia menganggu lena lelaki itu ke?

Megat Syafiq mengalihkan lengan dari dahinya lalu menoleh ke arah Tengku Sarah yang sedang duduk memandangnya. Meskipun bilik mereka itu malap saja, dia masih mampu melihat wajah blur isterinya itu.

Dari tadi telinganya menangkap bunyi pergerakan dari katil. Dia juga belum tidur dari tadi. Hanya sekadar memejamkan mata.

" Saya tak boleh tidur " jawab Tengku Sarah perlahan.

Megat Syafiq terus bangkit dari pembaringannya. Lama dia memandang Tengku Sarah yang duduk di atas katil itu.

" Do you want to go somewhere and have a drink? Atau kita minum-minum dekat ruang tamu? Nak? " ajak Megat Syafiq.

" Awak tak mengantuk ke? " tanya Tengku Sarah. Bimbang pula lelaki itu mengantuk. Sudahlah esok lelaki itu kerja. Kalau dia tak apa lah, duduk dekat rumah at least boleh lah curi-curi masa untuk lelap sekejap kalau mengantuk.

" Tak apa. Aku pun tak boleh tidur juga. So, nak? " ajak Megat Syafiq sekali lagi.

" Nak tapi kita minum dekat bawah je lah. Tak payah keluar " jawab Tengku Sarah perlahan. Dia malas mahu bersiap-siap pakai tudung.

" Okay, jom " Megat Syafiq bangun lalu menghulurkan tangan kepada Tengku Sarah. Bibirnya menahan senyum.

Buat pertama kalinya, isterinya itu tidak menolak untuk memegang tangannya.

Mereka berdua berjalan berpimpin tangan turun ke bawah.

" Kau duduk sini sekejap. Aku buatkan air untuk kita "

Tengku Sarah duduk di sofa, sementara menunggu Megat Syafiq membuat air di dapur.

5 minit kemudian, Megat Syafiq datang ke depan bersama dua cawan di tangannya.

Megat Syafiq meletakkan cawan mereka di atas meja seraya melabuhkan duduk di sebelah Tengku Sarah.

Kedua-duanya hanya diam, memandang ke depan. Hanya kedengaran bunyi kipas di ruang tamu itu.

Megat Syafiq berdehem sedikit lalu menggosok lehernya.

" Awak "

" Kau "

Serentak. Mereka berpandangan sebelum masing-masing kembali mendiamkan diri.

" Awak nak cakap apa? " Tengku Sarah memberi laluan kepada Megat Syafiq untuk bercakap terlebih dahulu.

" Kenapa kau tak boleh tidur? "

Tengku Sarah menggigit bibirnya mendengar pertanyaan Megat Syafiq.

Takkan nak jujur sebab tak keruan peluk suami sendiri? Memang tidak lah dia mahu memalukan diri sendiri buat kali kedua.

" Er sebab panas? "

Lah rasa nak tepuk dahi sendiri. Celah mana panas kalau penghawa dingin dalam bilik tidur mereka buka seperti biasa.

" Panas sebab aku ke? "

Bibir Megat Syafiq tersenyum senget apabila melihat Tengku Sarah yang tidak keruan itu.

" Hah? Panas sebab awak? Mana ada! " laju Tengku Sarah menjawab.

" Kalau panas, aku tak boleh nak tolong. Kalau sejuk, mungkin aku boleh tolong " kata Megat Syafiq dengan senyuman nakal.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now