Megat Syafiq menatap sisi wajah Tengku Sarah yang kelihatan terpegun melihat pemandangan yang terbentang di hadapan mereka.
" Suka? " tanya Megat Syafiq lembut.
Tengku Sarah mengangguk laju. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke depan meninggalkan Megat Syafiq yang setia berdiri di sisinya.
Bibirnya mengorak senyuman lebar melihat dekorasi yang dihiaskan di dalam dewan tersebut. Semuanya terlalu indah dan cantik pada matanya.
Dia berpaling menghadap Megat Syafiq yang setia memakukan matanya pada si isteri. Tengku Sarah berlari ke arah Megat Syafiq kemudian memeluk erat tubuh tegap lelaki itu.
" Thank you abang. Cantik sangat. Ara suka dengan tema wedding kita ini " tutur Tengku Sarah di sebalik pelukan tersebut.
Megat Syafiq menghela nafas lega mendengar komen si isteri, bimbang jika tidak kena dengan citarasa Tengku Sarah. Penat dia berhempas pula memikirkan idea untuk membuat kejutan di hari lahir Tengku Sarah esok.
Jadi, dia membuat keputusan untuk menghadiahkan Tengku Sarah majlis sanding mereka berdua memandangkan mereka tidak pernah lagi mengadakan majlis sebegitu.
Dia tahu isterinya itu sudah lama mahu mengadakan majlis sanding kerana setiap kali Tengku Sarah melihat media sosial yang ada postingan berkenaan dengan kahwin, wanita itu pasti akan berkata ' Abang, tengok ni. Cantiknya baju dia' .
" Alhamdulillah. Abang risau kalau Ara tak berkenan. Maklumlah buat senyap-senyap. Takut tak kena dengan cita rasa Ara " ujar Megat Syafiq.
" Tak lah. Setiap apa yang abang buat, Ara hargai sangat-sangat. Terima kasih abang untuk hadiah hari lahir yang bermakna ini " balas Tengku Sarah seraya mengucup tangan suaminya itu.
" Sama-sama. Abang tak sabar nak umumkan pada dunia kalau wanita yang berdiri di hadapan abang ini merupakan isteri tercinta abang " ungkap Megat Syafiq bersama senyuman.
" Dan Ara pun tak sabar nak tunjukkan pada dunia kalau Ara adalah wanita paling bertuah menjadi isteri kepada Megat Syafiq bin Megat Safwan " balas Tengku Sarah seraya melentokkan kepalanya pada dada lelaki itu.
" Sekejap lagi kita pergi butik untuk fitting baju. Make up semua abang dah hire siap-siap khas untuk isteri abang. Ara hanya tinggal bawa diri saja untuk esok. Okay? "
" Okay abang. Keluarga kita macam mana? Tetamu semua? " Tiba-tiba Tengku Sarah baru terfikir soal itu. Suaminya kata dia menyiapkan semua ini senyap-senyap tanpa pengetahuan orang.
" Jangan risau. Semuanya abang dah uruskan. Dari tetamu sehingga lah ke makanan semuanya dah selesai. Macam yang abang cakap tadi, Ara hanya perlu persiapkan diri saja untuk majlis esok " beritahu Megat Syafiq.
Tengku Sarah memaut manja lengan Megat Syafiq. Terasa beruntung dirinya saat ini.
' Terima kasih Ya Allah untuk lelaki kiriman sebaik suamiku ini ' , dia berbisik dalam hati.
Tengku Sarah menarik nafas dalam. Tiba-tiba rasa berdebar pula melihat penampilannya di cermin. Rasa kurang yakin mahu berjalan di hadapan semua orang.
" Okay tenang Sarah. Kau jalan saja. Sampai dekat pelamin, kau anggap saja semua orang yang duduk dekat meja tu patung tak ada perasaan " bebelnya sendiri.
Tidak tenang dia dibuatnya memikirkan beribu orang hadir ke majlis sanding mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dia melangkah perlahan mendekati jendela. Mahu menikmati panorama yang terbentang di luar. Jauh dia termenung sehinggalah tiba-tiba terasa ada tangan melingkari pinggangnya.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...