" Weh aku gerak dulu eh. Nanti ayah aku bising pula tak nampak bayang aku dekat event nanti "
Zaim terus bergerak meninggalkan kawan-kawannya di kedai mamak. Helmet disarungkan pada kepala. Motorsikal sportbike Suzuki GSX-R1000 mengaum laju meninggalkan kawasan tersebut.
Motornya berhenti di sebuah hotel terkemuka. Dia meletakkan motornya di tempat parking.
Zaim berjalan laju menuju ke hotel tersebut kerana bimbang ayahnya akan mencari kehadiran dia. Dia sudah berjanji mahu menghadiri majlis persaraan untuk ayahnya yang akan bersara tidak lama lagi.
Masuk lif, butang no 6 ditekan kerana dewan tersebut terletak di tingkat 6.
Tiba di tingkat 2, ada seorang wanita masuk ke dalam lif.
" Tolong tekan tingkat 4, thank you " kata wanita itu terburu-buru.
Zaim mengerling sekilas wanita yang ada didepannya itu. Hanya mereka berdua saja yang ada di dalam lif.
" Miss, are you okay? " tany Zaim prihatin kerana wanita itu seperti keresahan. Berdirinya juga seakan tidak stabil.
Wanita itu tidak menjawab.
Zaim mengambil keputusan untuk mendiamkan diri apabila pertanyaannya tidak dilayan.
Tiba di tingkat 4, giliran wanita itu hendak keluar dari lif tiba-tiba wanita itu hendak terjatuh. Laju Zaim menyambut wanita tersebut.
" Miss tak okay ni " kata Zaim bersama kerutan di dahi. Pelik semacam wanita ini.
" To..tolong tolong hantar saya ke bilik. Saya tak boleh tahan " tersekat-sekat wanita itu mengeluarkan kata.
" Boleh tapi bilik Miss dekat mana? Saya tolong hantarkan "
Zaim terus memimpin wanita itu keluar dari lif. Wanita itu mengeluarkan akses kad dari begnya lalu diserahkan kepada Zaim.
Zaim mencari nombor bilik wanita itu. Dia terpaksa memaut erat bahu wanita itu kerana wanita itu berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
Nak kata mabuk, tetapi tiada bau arak pula datang dari wanita itu.
" Miss kenapa? Jalan macam orang mabuk " soal Zaim. Badan je kurus tapi berat juga nak mengheret, gumamnya dalam hati.
" Ada orang cuba perangkap saya. He put something in my water " ujar wanita itu membuatkan langkah Zaim terhenti.
" Put something? Dadah ke? " gumamnya perlahan. Patutlah wanita itu seperti orang laluk sahaja.
Tiba di bilik wanita itu, Zaim terus membaringkan wanita itu di atas katil.
" Tolong "
Terbantut pergerakan Zaim apabila wanita itu melelar lengannya.
" Tolong saya lepaskan apa yang saya rasa. Saya tak boleh endure lagi " rintih wanita itu.
Rasanya dia tidak mampu lagi menahan diri apabila kulitnya dan kulit lelaki yang membantunya itu bersentuhan.
" Hah? Saya?! " Zaim terjerit kecil.
Gila ke apa? Sudah lah dia belum berkahwin dan tiada pengalaman ke arah itu, bagaimana dia mahu membantu.
" Please, kali ini saja. You help me, then kita buat haluan masing-masing. Awak pun tak kenal saya. Saya.. tak.. boleh tahan lagi "
Zaim menelan air liurnya melihat keadaan wanita itu. Dahi wanita itu sudah berpeluh.
Nak tolong ke? Aku ni lelaki okay lagi lah kot tapi dosa tetap dosa.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...