" Hari ini abang balik makan dekat rumah ke atau makan dekat luar? " tanya Tengku Sarah sambil memasangkan tali leher pada Megat Syafiq.
Lengan Megat Syafiq dililitkan pada pinggang Tengku Sarah. Tubuh direndahkan sedikit. Maklumlah, si isteri rendah sedikit.
" Kalau abang request nak lunch sama-sama dengan Ara dan Yaya dekat luar boleh ke? "
Megat Syafiq memandang isterinya yang masih ralit memakaikan dia tali leher.
" Boleh, kenapa pula tak boleh? Nanti Ara datang ofis papa dengan Yaya ya. Okay siap " Tengku Sarah menepuk lembut bahu suaminya lalu diusap perlahan dada suaminya itu.
Hari ini, kebetulan Megat Syafiq ada urusan berdekatan dengan pejabat Megat Safwan, jadi dia ingat mahu singgah sebentar melawat syarikat yang memberi dia pengalaman sebelum dia bertindak membuka syarikat sendiri.
" Elok-elok kerja tau. Jangan nakal-nakal. Oh ya, em sebelum tu, Ara nak minta izin bawa Yaya pergi restoran kak Qis sebab nak jumpa Tihani dekat sana. Kebetulan dia cuti, jadi dia nak spend time sekejap dengan Ara, boleh ke? "
Tengku Sarah meminta izin kepada suaminya. Wajah lelaki itu dipandang, menanti kata putus Megat Syafiq.
" Boleh " jawab Megat Syafiq sepatah.
" Terima kasih. Jom kita turun "
Tengku Sarah mencapai briefcase suaminya di sofa lalu turun tangga beriringan dengan Megat Syafiq. Tiba di pintu utama, langkah mereka terhenti.
" Nanti kalau dah sampai ofis papa, call je. Takut nanti abang rancak bersembang dengan papa, tak perasan kalau sayang mesej "
Tengku Sarah mengangguk kecil.
" Baik abang. Hati-hati bawa kereta " pesan Tengku Sarah seraya menyalami tangan Megat Syafiq.
" Assalamualaikum " ucap Megat Syafiq. Dahi Tengku Sarah dikucup lalu bergerak ke keretanya.
Apabila kereta suaminya sudah bergerak laju meninggalkan halaman rumah, dia terus mencapai telefon di kocek seluarnya.
" Hello Zaim, jumpa dekat tempat yang aku mesej tu. Apa-apa roger. Stand by mental nak kena maki dengan Tihani nanti, bye "
Panggilan dimatikan.
Sekarang, dia perlu bersiap-siap dan mengejut anak daranya yang masih lena diulit mimpi.
" Jarang kau lambat " ucap Tihani saat Tengku Sarah melabuhkan duduknya di kerusi.
" Sorry lah. Sekarang hidup aku bukan single macam dulu. Nak kena uruskan anak dulu baru diri sendiri "
Tengku Sarah menjengah kepalanya melihat Puteri Safiyyah yang sedang membaca buku di sudut santai yang tersedia di restoran itu.
Itu juga merupakan salah satu kenapa dia membuat keputusan untuk bertemu dengan Tihani di restoran Balqis. Tempatnya sangat friendly dan sesuai untuk keluarga yang ingin memberi kebebasan kepada anak untuk bermain kerana ada sudut permainan disediakan khas untuk kanak-kanak.
" Tak apa aku faham. Nak order dulu ke? " tanya Tihani sambil membelek menu.
" Err kejap lagi lah. Kita sembang-sembang dulu baru order " ujar Tengku Sarah. Matanya sekejap-sekejap tengok pintu.
" Mana lah budak Zaim ini, bersiap mengalah kan perempuan " kutuk Tengku Sarah dalam hati.
Dia agak berdebar. Bagaimanalah reaksi Tihani jika tahu perkara sebenar? Pasti teruk mereka berdua 'dibasuh' oleh Tihani.
Sedang asyik bersembang, mereka disapa satu suara yang cukup dikenali.
Tihani menoleh ke belakang. Kerusinya terus ditolak ke belakang.
YOU ARE READING
SOLE MIO [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm ceri...