BAB 16

8.2K 409 24
                                    

Puas dibebel oleh Tengku Maleeka sehingga rasa hendak terkeluar segala benda dari telinganya, akhirnya dia pasrah juga mengikut Megat Syafiq ke rumah lelaki itu.

" Mana bilik saya? " tanya Tengku Sarah. Matanya melilau melihat sekeliling. Boleh tahan cantik dan besar juga rumah milik lelaki itu.

Katanya ada seorang mak cik bernama Mak Leha bekerja di situ, tetapi Mak Leha pulang ke kampung sekejap. Isnin baru dia kembali ke sini.

Puteri Safiyyah sudah lama lesap masuk ke biliknya.

" Bilik kau? Bilik kau bilik aku lah " Megat Syafiq menjinjit beg bagasi milik Tengku Sarah ke dalam biliknya.

" Eh eh eh stop. Saya kan dah cakap saya tak nak sebilik dengan awak. So, please give me another room please " pinta Tengku Sarah, lagaknya seperti di hotel saja. Dia siap
buat gaya menilik kukunya sendiri.

" Nanti anak cakap apa pula kalau bilik asing? Anak sorang tu otak dia luar alam sedikit " ujar Megat Syafiq.

Meski baru berusia 6 tahun, akal anaknya itu agak tinggi sedikit. Silap-silap boleh jem otak hendak menjawab kalau dia sudah banyak bertanya.

" Pandailah saya nak cakap apa nanti dekat dia. Awak bagi je lah saya bilik lain. Cepat lah " desak Tengku Sarah. Dia tidak sabar mahu baring.

Keningnya bercantum saat melihat Megat Syafiq mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya.

Aku minta bilik lain, dia pergi main telefon pula, gumamnya perlahan.

" Hello ibu "

Ibu? Siapa Ibu? Rasanya mak mentuanya, dipanggil mama.

" Ibu, Sarah "

Membulat mata Tengku Sarah saat mendengar namanya dipetik. Okay, dah tahu ibu yang mana. Ni mak aku ni!

Tengku Sarah terus berlari ke arah Megat Syafiq. Dia main dengan mengadu dekat mentua pula.

Terjingkit-jingkit Tengku Sarah cuba merampas telefon dari Megat Syafiq.

" Hello, ibu sorry kacau. Nak tanya, ada beg Sarah yang tertinggal lagi tak dekat sana? "

Mendengar kan itu, barulah Tengku Sarah berdiri statik.

Megat Syafiq menyimpan senyum. Tahu takut.

" Oh tak ada eh. Okay baik ibu. Maaf ganggu "

Pap! Panggilan dimatikan.

" Oh, guna ibu pula sekarang ya? " tempelak Tengku Sarah.

" Well, i don't have another choice. Jadi, sekarang nak duduk bilik lain ke nak duduk sebilik dengan aku? " tanya Megat Syafiq dengan kening terangkat.

Tangannya pula sengaja dimainkan pada telefon seolah-olah mahu menghubungi orang lain.

Tengku Sarah mendengus kuat. Tak sanggup kena ceramah dengan Tengku Maleeka. Mau bernanah telinganya.

Dia mendekati Megat Syafiq.

Buk!

Tertunduk Megat Syafiq saat ditumbuk oleh Tengku Sarah. Fuh, tangan kecil tapi tumbukan dia padu.

" Berani cakap dengan ibu, saya karate awak. Cepat lah bawa beg saya. Saya nak rehat "

Tengku Sarah terus berjalan masuk ke dalam
bilik Megat Syafiq meninggalkan lelaki itu yang masih mengusap sedikit perutnya.

" Pst pst pst "

Megat Syafiq menoleh ke belakang. Terpacul kepala Puteri Safiyyah di balik pintu biliknya.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now