BAB 40

7.9K 335 16
                                    

" Mummy, kita pergi mandi pantai dulu boleh tak mummy? Rasa macam lama lagi je nak tunggu daddy siapkan kerja "

Tengku Sarah mengerling jam di tangannya. Betul juga kata Puteri Safiyyah. Mereka sekarang berada di hotel sementara menunggu

Megat Syafiq ada mesyuarat bersama klien. Hampir 3 jam mereka berkurung di dalam bilik.

" Jom lah, kita pergi main pasir dulu. Nanti mummy beritahu daddy ya "

Tengku Sarah mencapai telefonnya untuk memberitahu Megat Syafiq yang mereka berdua mahu bermandi-manda di pantai dulu sementara Puteri Safiyyah pula sedang bersiap-siap menukar baju renang.

" Mummy, done! " Puteri Safiyyah berpusing-pusing di hadapan Tengku Sarah.

" Let's have some fun! " Tengku Sarah terus mencapai tangan Puteri Safiyyah keluar dari bilik hotel.

" Assalamualaikum Puan " sapa seorang lelaki ketika mereka berdua singgah ke kedai yang ada berdekatan hotel untuk membeli pelampung.

Hampir saja tangan lelaki itu mahu dibawa ke dahi tiba-tiba dibawa turun kembali apabila ternampak Tengku Sarah menggelengkan kepalanya.

" Err hai Hafiz. Datang bercuti ke? " tanya Tengku Sarah.

" Err ya pu.. er Sarah. Saja datang bercuti nak tenangkan fikiran dengan member-member yang lain " balas Hafiz

" Oh baik. Selamat bercuti. Aku gerak dulu dengan anak aku, bye Asssalamualaikum "

Tengku Sarah terus bergerak pergi ke pantai bersama Puteri Safiyyah telah selesai membeli pelampung untuk anak gadisnya itu.

" Mummy " panggil Puteri Safiyyah

Tengku Sarah menoleh ke arah Puteri Safiyyah.

" Ya anak mummy, kenapa? "

" Tadi tu kawan mummy kan, kenapa diaorang panggil Puan? Rasanya tadi Yaya tak salah dengarkan "

Tengku Sarah menggigit bibirnya. Dia memandang ke depan cuba mencari alasan untuk menepis rasa curiga Puteri Safiyyah.

" Mummy kan dah kahwin. Jadi gelaran mummy tu dah berubah dari cik ke puan. Mungkin kawan-kawan mummy tu saja bergurau panggil mummy puan " terang Tengku Sarah.

Puteri Safiyyah hanya mengangguk faham.

" Let's go mummy! Beach dah menunggu kita! " Puteri Safiyyah menjerit kuat lalu menarik tangan Tengku Sarah untuk mengikutnya berlari ke arah pasir pantai. Sudah lama dia tidak bermain di pantai.

Tengku Sarah melabuhkan duduk di kerusi rehat memerhatikan Puteri Safiyyah bermain pasir berdekatan dengan air pantai.

Bibirnya ternaik ke atas melihat keramahan Puteri Safiyyah yang selamba menegur kanak-kanak lain yang turut sama bermain pasir di sekelilingnya.

Tengku Sarah menarik nafas dalam kemudian hembus perlahan. Sudah lama dia tidak menenangkan diri bersama alam semula jadi.

Sedang duduk tenang di kerusi rehat, tiba-tiba ruang kosong di sebelahnya diduduki oleh seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju.

Tengku Sarah hanya mengabaikan kehadiran lelaki itu dan fokus kepada Puteri Safiyyah yang sedang bersuka ria bersama kanak-kanak lain.

" Itu anak you ke? "

Tengku Sarah terus menoleh ke sisi apabila lelaki itu bersuara. Dia yakin soalan itu dilontarkan kepadanya memandangkan hanya dia saja yang duduk di situ.

Lelaki itu mengangkat kaca mata hitamnya lalu memandang Tengku Sarah.

" I tanya you, itu anak you ke? That girl with pink swimming suit " sekali lagi lelaki itu bertanya.

SOLE MIO [C]Where stories live. Discover now