1

180 5 0
                                    

Setengah jam menunggu Maksu Najla di balai ketibaan,kelibat Maksu Najla muncul di bola mataku. "Hey Zach. Maksu minta maaf sebab lambat. Maksu ada meeting tadi. Habis je meeting terus maksu ke sini".

"Tak apa,maksu. Dah biasa"balasku.

Maksu Najla terus memeluk tubuhku. "Sorry for your loss. Maksu tahu kamu masih lagi bersedih atas pemergian ibu dengan daddy kamu tu". Maksu melepaskan pelukannya.

Aku tidak memberi sebarang reaksi wajah.

"Jom. Maksu bawa kamu ke rumah maksu. Tinggal dengan maksu. Nanti boleh kenal dengan anak maksu tu".

Aku menarik luggage hingga ke kereta maksu yang diletakkan di parkir kenderaan. Driver maksu yang bernama Arif itu memulakan pemanduan setelah memasukkan luggage ke dalam kereta.

"Arif. Kita terus pergi sekolah. Saya nak uruskan hal sekolah anak saudara saya ni. Boleh ya?"pinta Maksu Najla.

"Baik,puan".

Setelah Maksu Najla menguruskan hal sekolahku,barulah kami pulang ke rumah. "Kalau kamu nak tahu,sekolah tu milik maksu tapi maksu uruskan apa yang patut je. Pengetua sekolah tu pula kawan baik maksu".

Aku cuma mengangguk.

"Zach tak banyak cakap ya? Maaflah kalau maksu buat Zach rimas".

Aku menggelengkan kepalaku. "I'm fine,maksu. Maksu jaga Zach pun dah cukup baik"balasku.

"Betul apa yang arwah ibu kamu cakap pasal kamu dekat maksu. Cold and heartless"ujar Maksu Najla.

Akhirnya,tiba juga di rumah Maksu Najla. "Arif. Nanti bawa luggage Zach ke bilik dia ya". Arif hanya mengangguk. Maksu Najla menunjukkanku bilik tidurku yang berada di tingkat dua.

"Hujung tu,bilik anak maksu. Pintu warna putih tu. Dia ada dekat sekolah lagi"ujar Maksu Najla sambil membuka pintu bilikku. "Ni pula bilik kamu. Maid dah kemas bilik ni. Zach buatlah apa yang Zach suka dekat bilik Zach ni".

"Puan. Ni luggage tuan muda. Saya letak di sini ya. Saya nak jemput tuan dekat pejabat. Saya minta diri dulu". Arif turun ke bawah semula.

"Okay,Zach. Kamu kemaslah barang-barang kamu. Nanti turun makan. Maksu nak panaskan lauk lunch tadi". Maksu turut turun ke bawah semula.

Aku masuk ke dalam bilik tidurku dan aku mula mengemas barang-barangku dan memasukkan ke dalam almari. Setelah mengemas,aku baring di atas katil dan terus terlena akibat kepenatan disebabkan jet lag.

Setelah berpakaian selepas mandi,aku turun ke dapur untuk makan malam bersama keluarga Maksu Najla yang tiga beranak itu.

"Ha Zach. Duduklah. Paksu gembira kamu tinggal di sini dengan kami. Ada juga teman nak berbual. Also,sorry for your loss"ujar Paksu Farhan.

"Terima kasih sebab sudi terima Zach dalam family ni"balasku. Itu je yang aku mampu ucapkan.

"Na. Mana anak dara tu? Tak nak makan sekali ke?"soal Paksu Farhan.

"Dah keluar pun budak tu. Katanya sambut birthday Deanna. Saya dah suruh dia balik awal. Kita bertiga jelah,bang" jawab Maksu Najla.

"Weekend dah mula. Itu yang tak melekat dekat rumah. Abang tahu lah anak dara abang tu macam mana"ujar Maksu Najla.

"Tak apalah. Mari kita makan".

Aku ingat parent aku je tak bercakap bila masa makan. Paksu dan maksu aku pun sama.

Setelah makan malam,aku menonton televisyen bersama maksu dan paksu aku. Aku tak berapa nak faham apa yang kelakar pasal show yang disiarkan di skrin televisyen.

"Zach bosan ya tengok show ni? Nak maksu tukar siaran ke?"soal Maksu Najla.

"Bukan bosan. Cuma tak berapa nak faham. Maksu jangan risau pasal Zach. Maksu dengan paksu tengoklah. Zach nak ambil angin dekat luar". Aku bangkit dari sofa dan melangkah keluar ke halaman rumah. Aku membuat keputusan untuk menerokai halaman rumah Maksu Najla.

Apa yang membuatkan aku kagum,rumah mewah Maksu Najla mempunyai satu gelanggang tennis dan basketball,swimming pool,mini garden dan tempat untuk barbeque di bahagian belakang rumah.

Aku duduk di atas rumput sambil memandang ke langit. Banyak bintang berkelipan di langit. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhku. Aku sedikit pun tidak merasa sejuk.

"Hayder".

Hanya tiga orang sahaja yang memanggil aku dengan panggilan itu iaitu arwah ibu dan daddy serta Arif. Arif merupakan orang kanan arwah ibu yang diarahkan oleh arwah ibu untuk menjaga keselamatan keluarga Maksu Najla.

"Duduk lah,Arif"pelawaku.

"Tak apa. Aku lebih suka berdiri"balas Arif.

"Sorry for your loss. Aku masih terkejut Cik Puan dengan Sir Connor meninggal sebab accident"ujar Arif.

"Kematian diaorang dah dirancang untuk jatuhkan Rising Phoenix. Ibu aku macam tahu yang dia dengan daddy aku bakal pergi jauh. Sebab tu arwah ibu aku suruh aku tinggal sini dengan Maksu Najla"balasku.

"Kematian mereka dirancang? Siapa?"soal Arif.

"Siapa lagi kalau bukan musuh ketat daddy aku tu. Dennis. Ketua Devil Angels tu"jawabku.

"Mana orang-orang bawahan Sir Connor? Kenapa diaorang tak balas dendam?"soal Arif.

"They betrayed my dad. Buat masa sekarang,Rising Phoenix terkubur. Satu hari nanti,Rising Phoenix bakal bangun seperti namanya"jawabku.

"Damn it"getus Arif.

"So,life kau macam mana lepas duduk Malaysia balik?"soalku.

"Better than before. Bulan depan,aku bakal langsungkan perkahwinan dengan pujaan hati aku"jawab Arif.

"Tahniah aku ucapkan"balasku.

"Thank you,Hayder. Aku nak minta diri dulu. Nanti senang-senang datanglah rumah aku. Masa aku bekerja pun dah habis ni. Sorry again for your loss". Arif menepuk bahuku sebelum beredar.

Waktu menginjak ke tengah malam,aku masih lagi berada di halaman belakang rumah Maksu Najla. Aku baring sambil melelapkan mata. Telingaku dapat menangkap bunyi derapan tapak kasut dengan perlahan. Aku mengintip pergerakan seorang remaja perempuan yang cuba masuk mengikut pintu belakang.

"Bagus perangai kau. Bukan maksu suruh kau balik awal ke?"tegurku sambil mengangkat tubuhku untuk duduk semula.

"Kau siapa? Kenapa kau nak sibuk hal aku? Kau bukan sesiapapun. Kau cuma orang yang mama aku bayar gaji"balas gadis itu yang merangkap sepupu aku.

"Kau tak dengarkan panggilan aku dekat mama kau? Agaknya,maksu suruh kau balik awal,kau tak dengarkan?".

"Mama aku takkan marah aku. Papa aku pun takkan marahkan aku. Kau tak payah nak tazkirah aku tengah-tengah malam ni". Sepupu aku meloloskan diri ke dalam rumah.

Red flag betul anak Maksu Najla tu.





Nak mencuba mereka satu cerita baru. Kalau tak ada idea,hilanglah cerita ni.

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now