Aku membuat breakfast sebelum pergi ke tempat kerja. Aku terlajak tidur sebab selesa tidur di dalam kereta.
"Morning,papa".
Aku menoleh. Alisha turun bersama kembarku. "Morning too"balasku.
"Kau tak pergi kerja lagi,Hayder?"tanya Alisha sambil meletakkan Hayyan dan Hayla di baby dining chair.
"Aku terlajak tidur. Ni aku buat breakfast dulu sebelum masuk kerja". Aku meregangkan otot-ototku.
"Kau gaduh ke dengan Rara? Aku tahu kau tidur dalam kereta malam tadi. Kan aku dah larang kau pergi malam tadi. Tak pasal-pasal bergaduh"ujar Alisha.
"Dia bad mood je tu. Nanti dia okay lah tu. Aku dah siap buat breakfast. Aku nak pergi kerja dulu. Kunci kereta ada dekat atas rak TV tu. Kalau kau nak bawa diaorang keluar,bagitahu aku dulu".
"Kau nak pergi kerja naik apa?"tanya Alisha.
"Rempit lah. Jaga twin aku elok-elok".
⏬
"Hai,boss. Lambat hari ni. Jalan jammed ke?"tegur Nadira.
"Terlajak tidur. Hari ni saya datang naik motor. By the way, wife saya dah masuk?"balasku.
"Tadi wife boss tu ada masuk sekejap. Then, dia keluar jumpa client. Saya rasa Tengku Haura tak ada mood hari ni. Boss bergaduh dengan wife boss tu ke?".
"Tak adalah. Orang pregnant memang macam tu"balasku.
"Eh ni boss. Ada rider hantar bunga. Katanya untuk Tengku Haura". Nadira membongkok sedikit dan menaikkan semula badannya sambil meletakkan jambangan bunga di atas meja.
"Siapa nama penghantar bunga tu?"tanyaku inginkan kepastian.
"Tak ada nama,boss. Tapi,ada huruf A pada kad tu"jawab Nadira.
Aku mengambil jambangan bunga itu lalu aku buang jambangan bunga itu ke dalam tong sampah. "Lain kali, jangan terima apa-apa pun. Pandai-pandailah awak suruh rider tu buang". Aku melangkah ke pejabatku.
Tombol pintu dipulas dan baru kaki kananku melepasi pintu. Aku mendengar satu letupan.
"Surprise!".
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. "Surprise apa ni?"tanyaku sambil menutup pintu.
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Hayder Zachery,
Happy birthday to you".Haura berjalan mendekatiku sambil membawa sepotong kek yang diletakkan di dalam pinggan plastik. "Tiup lilin ni dulu".
Aku meniup lilin itu. "Sayang ingat birthday abang?"tanyaku.
"Mestilah. Mana boleh lupa birthday husband sendiri"jawab Haura.
"Habis yang semalam buat perangai tu? Dira cakap sayang bad mood pagi ni. Semua tu lakonan je lah?"tanyaku.
Haura mengangguk. "Sayang tak pernah pun terfikir nak derhaka dengan abang. Selamat hari lahir yang ke dua puluh sembilan tahun,abang".
"Terima kasih sayang". Aku mengucup dahi Haura.
"Meh sayang suapkan kek dekat abang". Haura mengambil kek menggunakan tangannya lalu disuakan kek itu ke dalam mulutku.
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
AcakWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...