Keputusan mahkamah minggu lepas menyebelahiku. Seminggu sekali aku akan ke mahkamah untuk hadiri perbicaraan yang berlangsung selama sebulan. Secara langsung,segala perjanjian kontrak antara syarikat Haura dan syarikat Tuan Jaafar ditamatkan serta merta. Aku pula menggantikan tempat Haura sehinggalah dia habis berpantang. Due date Haura pula menjelang tiba. Aku seperti biasa melayani dan menunaikan segala permintaan Haura.
Alhamdulillah. Haura sedang mengandungkan anak kembar. Jantina bayi kembar kami masih tidak diketahui olehku dan juga mama serta papa. Haura ingin merahsiakan jantina sehinggalah dia bersalin nanti.
"Zach. I tengok you berurusan dengan client yang cerewet tu tadi. I feel amazed. Tak berani dia dengan you tadi"ujar Nelly.
"Kalau dia boleh cerewet,kenapa aku tak boleh cerewet dengan dia. Dia kena tahu dengan siapa dia berurusan"balasku.
"You dah tahu ke jantina twin you tu?"soal Nelly.
"Belum. Haura nak rahsiakan sampai dia bersalin nanti. Surprise katanya"jawabku.
"Mesti best nanti. Dah ada anak. You dah bersedia ke nak jadi ayah kepada twin you?".
Aku tersengih. "Apa punya soalan la. Mestilah aku dah bersedia. Insha Allah,aku akan jaga twin aku tu elok-elok".
"Jangan biarkan twin you rapat sangat dengan Jamie. Especially si Haze tu. Dia dah la tak betul. Nanti tak pasal-pasal berjangkit perangai dia tu". Nelly berseloroh.
"Kau tak rindu dekat Haze?"soalku.
"Hell no. I dah ada Iskandar. Perangai Iskandar pun berbeza dengan Haze tu"jawab Nelly.
"Lepas ni,apa schedule aku?"soalku.
"You free je petang nanti"jawab Nelly.
"Bagus. Aku tak masuk office. Aku nak melawat kawan aku. Wife dia dah selamat bersalin. So,kalau ada apa-apa. Call jelah".
Kemudiannya,aku melawat Airil di rumahnya dan tidak lupa juga buah tangan untuk pasangan suami isteri itu.
⏬
Aku tiba di rumah milik parent Qistina di mana Qistina akan berpantang di situ. Airil menyambutku di pintu rumah. "Zach. Masuklah. Ramai saudara Qis datang melawat ni".
"Tahniah,Airil. Dah jadi bapak budak dah"ucapku. Aku menghulurkan buah tangan pada Airil. "Ni buah tangan untuk kau dengan Qis".
"Terima kasih. Susah-susah je. Masuk-masuk".
Aku melangkah masuk dan menuju ke ruang tamu.
"Hey,Zach. Sorang je ke? Tak bawa Haura?"tegur Qistina.
"Aku dari office ni. Next time,aku bawa dia. Congrats,Qis. Perempuan ke lelaki anak kau ni?".
"Perempuan. Nur Alyaa Farhana"balas Qistina.
"Comel. Nasib baik muka dia ikut kau. Kalau ikut Airil ni.. Hmm entahlah".
Qistina ketawa kecil. "You dari office? Kerja apa?".
"Aku take over position Haura sampai dia selamat bersalin. Aku tak bagi dia masuk office sejak kes hari tu"jawabku.
"Oh. You dah tahu je gender twin you tu?"soal Qistina.
"Haura nak rahsiakan dulu. Aku tak kisah pun jantina twin aku tu. Janji sihat je"jawabku.
Aku menjadi perhatian saudara Qistina. Ada yang memandangku dengan pemandangan yang jelik.
"Hai,Zach. Sorang je ke? Tak bawa orang rumah?"tegur Aunty Fazirah, ibu kepada Qistina.
"Tak. Zach dari office ni. Tahniah,aunty. Bertambah lagi cucu aunty"balasku.
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
AcakWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...