Aidilfitri semakin mendekat. Dalam beberapa hari lagi,mama dan papa akan pulang dari London setelah hampir sebulan mendapatkan rawatan di sana.
Aku dan Haura sedang rehat bersama di library. Aku bukan nak sangat rehat dekat library tapi dah dia ajak,aku turutkan jelah.
"Sejuk lepak dekat library ni. Nak je peluk abang dekat sini"bisik Haura. Aku pandang Haura. "Sebab sejuk Haura ajak abang rehat dekat library?"soalku. Haura mengangguk. Aku memeluk bahu kiri Haura sambil menyandar. Tahu-tahu je aku dah tertidur. Harap-harap tak ada orang nampaklah. Bahaya kalau student lain tahu.
Bila aku sedar,Haura tidak kelihatan. Mungkin dia sudah balik ke kelasnya. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kelas. Bila aku melangkah masuk ke kelas,semua mata terarah padaku. "Apa yang korang pandang aku macam tu?".
Airil mendekatiku. "Apa hubungan kau dengan Haura?". Airil menunjukkan aku satu gambar di telefon bimbitnya.
Aku tengok gambar yang ditunjukkan oleh Airil. "Mana kau dapat gambar ni?".
"Tak tahu. Semua orang dapat serentak gambar kau peluk bahu Haura"jawab Airil.
Aku menarik nafas sebelum aku hembus perlahan-lahan. "Haura dah jadi wife aku. Sepatutnya,benda ni aku dengan Haura je yang tahu. Yes,we are married. Rasanya dah boleh padam gambar tu. Jangan sampai aku ambil tindakan. I'm dead serious".
Bila aku terfikirkan pasal Haura,aku keluar dari kelas dan melangkah ke kelas Haura. Kelihatan Haura berada di luar kelasnya lalu aku menghampirinya. "Haura".
"Abang. Buat apa dekat sini?"sapa Haura.
"Cari Haura la. Tahu tak pasal gambar kita dekat library tadi?"soalku. Haura mengangguk. "Haura dah explain dekat classmates Haura. Tak lama lagi mesti satu sekolah tahu".
"Diaorang takkan berani buat apa-apa. I will protect you at all costs".
Seseorang berdehem ketika aku dan Haura sedang leka berbual.
Aku menoleh. "Cikgu Kamil"tegurku.
"Bagus kamu berdua ada di sini. Sila ikut saya ke bilik pengetua. Pengetua nak tahu mengenai gambar kamu berdua di library".
⏬
"Hayder Zachery. Tengku Haura Xaviera. Apa penjelasan kamu berdua mengenai gambar kamu berdua yang tersebar?". Nada kecewa kedengaran dari mulut Tuan Pengetua.
Haura menggenggam erat jariku.
"Haura dah sah jadi isteri saya,tuan pengetua. Sebelum puasa lagi. Sepatutnya,perkahwinan kami menjadi rahsia antara saya dan Haura serta family kami atas permintaan Tengku Najla sendiri"jelasku.
Tuan pengetua dan Encik Kamil terkejut mendengar penjelasan dariku.
"Saya akan bersihkan nama kami dengan jelaskan perkara yang sebenar agar tidak menjadi fitnah dan bahan bualan pelajar dan guru di sekolah ni"ujarku.
"Saya berpuas hati dengan penjelasan kamu,Zach. Kamu dan Haura boleh pulang ke kelas masing-masing".
Langkahku terhenti apabila Haura merentap tangannya ketika kami ingin pulang ke kelas. Aku segera memusingkan badanku menghadapnya. "Kenapa?".
"Kalau orang tuduh kita bukan-bukan macam mana?"soal Haura.
"They won't. Haura tak payah risau. Biar abang yang handle pasal gambar tu. Jom balik kelas".
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
De TodoWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...