Hidup aku tak tenang sejak nenda tinggal di sini buat sementara waktu. Ada je yang tak kena di mata dia. Buat itu,tak kena. Buat ni,tak kena. Macamlah aku kacau hidup dia.
"Kalau kau nak ambil hati nenda,apa kata kau masak special untuk dia".
Cadangan Haura semalam tak masuk akal. Tak pasal-pasal dia fitnah aku letak racun. Macam lah aku ni jahat sangat nak racun orang bagai. Tapi tak apa. Aku akan cuba cadangan Haura untuk mengambil hati nenda dengan memasak. Maksu Najla pula cakap nenda suka bila arwah ibuku masak.
Maksu Najla membawa nenda melawat saudara yang sakit. Kata Maksu Najla,mereka akan pulang lepas solat Zohor. Aku mengambil keputusan untuk memasak nasi tomato dengan ayam masak merah beserta acar nenas. Ingat aku ni tak reti masak masakan melayu ke? Come on la. See my leg la.
Bertungkus lumus aku dibuatnya di dapur. Sejam setengah kemudian,nasi tomato pun telah aku siapkan berserta dengan lauknya sekali.
"Sedapnya bau. Kau masak apa tu,Zach?".
Aku menoleh ke arah pintu dapur. "Aku masak nasi tomato dengan ayam masak merah. Kau baru balik dari extra class ke?".
"Extra class cancel. Jadi,aku dengan classmate aku keluar lepak. Kau punya masakan buat aku lapar balik"balas Haura sambil mendekati meja makan.
"Kau mana pernah tak lapar. Kerja nak makan je".
Tidak kuduga,Haura mendekatiku dan terus memeluk tubuhku. "Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Terima kasih sebab selamatkan aku".
Aku menolak lembut tubuh Haura. Aku menatap mata sepupuku itu. "Kau kan family aku. Mestilah aku kena lindungi kau. Kau dah macam adik aku,Haura".
"Hmm. Kau anggap aku sebagai adik je ke?"soal Haura.
"Yeah. I'm too cold and heartless to fall in love. Tak mungkin aku akan anggap kau lebih dari tu"jawabku.
Tiba-tiba,Haura ketawa. "Hebat kan lakonan aku. Poyo je ayat kau. I'm too cold and heartless to fall in love. Tahulah anak ketua mafia. Mana ada perasaan".
"Tapi,aku ikhlas cakap terima kasih dekat kau. Kalau kau tak ada,tak tahu la apa nasib aku. Entah-entah dah mati kena bunuh".
"Aku tak suka bila kau cakap macam tu. Apa yang berlaku dekat kau tu sebab Allah sayang dekat kau. Lepas ni,aku tak nak dengar lagi kau cakap macam tu".
Haura mengangguk. "Hm Zach..". Haura menjengketkan kakinya lalu bibirku diciumnya untuk beberapa saat sebelum dilepaskan. "Zach..". Sekali lagi,bibir kami bertemu dan aku membalasnya. Secara automatik,aku mengangkat tubuhnya sambil berkucupan.
Aku yang berdiri menghadap pintu dapur terkejut melihat nenda bersama Maksu Najla sedang memerhatikan kami. Aku segera menurunkan Haura dan menolak tubuhnya. "What's wrong?". Haura menoleh ke arah yang sama.
"Mama. Nenda".
Kelihatan Maksu Najla mengusap-usap dadanya manakala nenda pula kelihatan marah sambil melangkah ke arah kami.
Pang!
Siapa lagi yang kena tampar kalau bukan aku.
"Kau jangan cuba ajar cucu aku yang bukan-bukan! Aku dah cakap dekat kau,Najla. Budak tu ada niat tak baik. Kau sendiri nampak apa budak ni buat dekat anak kau! Hei! Kau jangan bawa cara barat kau ke sini! Tak guna!".
Pang!
Pang!
Pang!"Nenda! Sudahlah tu! Bukan salah Zach! Haura yang salah! Haura yang mulakan dulu! Bukan Zach!". Haura menghalang nenda dari menamparku.
"Kamu ke tepi,Haura. Biar aku ajar budak tak guna ni!".
"Nenda! Kalau nak hukum,hukum Haura sekali. Zach tak macam yang nenda sangkakan. Haura terikut dengan hawa nafsu. Not him!".
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
LosoweWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...