Aku dan rakan sekelasku berkumpul di dewan berdekatan dengan padang sekolah. Padang sekolah ni mempunyai trek larian seperti di stadium. Cuma padang sekolah ni kecil sedikit jika hendak dibandingkan dengan padang di stadium.
"Perhatian kelas 5 Jupiter. Disebabkan hari sukan yang bakal menjelma tidak lama lagi,saya ingin mencatat masa untuk saya daftarkan dalam acara larian. Dua orang pelajar yang mencatat masa terpantas dalam kategori masing-masing,pelajar itu akan saya daftarkan untuk acara tersebut".
"Saya nak mulakan dengan pelajar baru. Zachery. Diminta ke track larian. Saya nak kamu lari untuk seratus meter dahulu".
Aku melangkah ke track dan berada di lorong satu. Aku membuat senaman ringkas sebelum ke posisi bersedia untuk berlari.
"Zachery. On your mark. Get set. Go!". Wisel dibunyikan oleh Encik Fadhli.
Aku terus memecut hingga ke garisan penamat dan kembali semula pada Encik Fadhli.
"Wow. Larian yang amat mengagumkan. 9.60 saat. Beberapa milisaat dari world record sekarang ni"puji Encik Fadhli.
"Not my best time. Ugh! Dah lama tak sprint".
"Nampaknya,ada saingan dekat acara track tahun ni"ujar Encik Fadhli.
"Apa maksud,cikgu?"soalku.
"Tahun lepas,pelajar kelas 5 Mercury. Isyraf kalau tak silap saya. Dia bolot beberapa acara track"jawab Encik Fadhli.
"Tapikan,cikgu. Zach lagi bagus dari Isyraf tu. Saya rasa tahun ni MVP dapat dekat Zach"sampuk Airil secara tiba-tiba.
"Kau yakin kawan kau ni dapat kalahkan aku?"sampuk satu suara.
"Tengku Isyraf Aizat. Buat apa dekat sini?"soal Encik Fadhli.
"Saya buat rondaan sekejap. Alang-alang tu,saya singgah sini sekejap dan saya terdengar orang mengata saya"jawab Isyraf.
"Aku tak mengata kau pun"ucap Airil.
"Cikgu. Latih pelajar baru ni elok-elok. Takut dia akan kalah dengan saya nanti. Saya minta diri dulu". Isyraf beredar.
"Hesy kamu ni Airil. Sebelum nak berkata sesuatu,tengok keadaan sekeliling. Kan Isyraf tu dah salah sangka"tegur Encik Fadhli.
Encik Fadhli menyuruh aku dan rakan sekelasku yang lain berlatih untuk acara sukan tahunan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
⏬
Aku berbual dengan Airil,Harris dan Rizal di kafeteria. Disebabkan Rizal berada di kelas yang sama dengan Isyraf,aku ingin mengetahui serba sedikit tentang Isyraf.
"Isyraf tu boyfriend sepupu kau si Haura tu. Parent dia dengan parent sepupu kau tu kawan baik. Tahun lepas,dia bolot lima ke enam pingat emas. Pertama kali,pelajar junior tewaskan pelajar senior untuk gelaran MVP of the Year tahun lepas". Rizal berterusan memberi info mengenai Isyraf padaku.
"Sebab tu Haura minta putus dekat Airil. Sebab Airil ni lembik"sindir Harris lalu ketawa.
"Babi lah kau,Harris. Mengungkit pula. Kau tu apa kurangnya. Kena reject je sebab terlalu nerd. Padahal dekat luar sekolah,buaya darat jadian"bidas Airil.
"Well. Well. Well. Sekumpulan loser sedang seronok berbual kosong. Mana tadi yang kata aku akan kalah dengan budak baru tu?".
Isyraf mendekati meja di mana aku dan kawanku sedang duduk. Dua orang pengawas berada di belakangnya. "Yang lain boleh berambus. Aku nak berkenalan dengan budak baru ni".
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
RandomWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...