Aku masih lagi terkejut dengan pelantikan aku sebagai ketua pengawas. Haura sanggup melepaskan jawatan tertinggi di sekolah kepadaku.
"Tahniah,Zach. Kamu dilantik sebagai ketua pengawas di sekolah ini. Haura telah mencadangkan pertukaran jawatan ini kepada saya dan saya bersetuju setelah berbincang dengan Tengku Najla"ucap Tuan Pengetua.
Aku perlu berjumpa dengan Haura yang menghadiri seminar untuk pelajar cemerlang pada tahun lepas. "Tuan. Izinkan saya untuk hadiri seminar untuk pelajar cemerlang"pintaku pada Tuan Pengetua.
"Maafkan saya,Zach. Seminar itu telah bermula sejak semalam. Hari ni,saya nak kamu mengetuai spot check lepas rehat nanti. Ni kad untuk kamu dan pengawas yang lain memasuki mana-mana kelas tanpa menggunakan fingerprint. Itu saja dari saya. Kamu boleh berehat bersama rakan kamu yang lain".
Aku menunduk lalu keluar dari bilik pengetua. Haura memang suka cari pasal dengan aku. Tapi,bila difikirkan balik mungkin aku sudah boleh berlatih menjadi ketua dan Rising Phoenix boleh menjadi kumpulan mafia yang digeruni oleh semua.
⏬
Spot check telah dimulakan setengah jam yang lepas. Kelas tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga telah diperiksa. Tiada apa barang berbahaya dijumpai. Cuma beberapa majalah fashion berjaya dirampas. Kini,giliran kelas di tingkatan empat pula. Bermula dari 4 Mercury hingga ke 4 Venus. Di kelas 4 Venus, salah seorang pelajar membawa butterfly knife. Aku memanggil pelajar itu ke hadapan kelas.
"Apa motif kau bawa pisau ni ke sekolah?"soalku.
"Err. Ada pertandingan.. Sebab tu saya bawa..". Dari cara dia menjawab,dia mencuba untuk menipuku.
Aku menghentak meja. "Liar! Kau jangan nak tipu aku. I can smell and taste your lies,kid. Bagitahu aku! Atau kau nak aku buang kau dari sekolah ni?".
"Cara aku tak sama macam Haura. I'm far better and capable than her. Bagitahu aku kenapa kau bawa pisau ni?".
"Sebab ada orang ajak gaduh lepas sekolah ni!"jawab pelajar itu.
"Bodoh ke apa?! Kalau kau tikam dia lepas tu dia mati. Masuk sekolah juvana la kau. Jadi kes polis pun satu hal. Stupid!".
Jari jemariku secara automatik bermain dengan pisau itu. Secara tidak sengaja,aku menunjukkan skill dan trick yang aku belajar dari lima tahun yang lepas. Aku merampas pisau itu dan memberi hukuman yang setimpal kepada pelajar itu.
Kelas aku adalah kelas yang terakhir. Kawan tak kawan,peraturan tetap peraturan. Aku dah hadam mana budak-budak kelas aku sorokkan barang jika ada spot check. Banyak harta rampasan dari kelas 5 Jupiter ni. What a troublesome.
"Kelas ni paling banyak rampasan dari kelas lain. Memalukan nama kelas je. Dan,terima kasih kerana memberikan kerjasama. Kalau nak barang korang semula,kena bayar double dari harga pasaran". Aku dan pengawas yang lain kembali ke bilik pengawas.
Aku pulang ke kelas setelah menyimpan barang rampasan. Aku rasa ada yang tidak berpuas hati. "Siapa yang tak puas hati dengan aku? Luahkan".
"Aku punya vape! Aku beli mahal tu. Kena bayar double pula. Teruk betul rules kau". Airil bersuara.
"Entah! Mengarut peraturan kau!"sokong ketua kelasku,Nazim.
"New head prefect new rules. Tak puas hati itu korang punya pasal. Peraturan tetap peraturan. Kira bersyukur aku tak rampas phone korang"balasku.
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
RandomWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...