38

39 2 0
                                    

Setelah berbelas jam penerbangan,akhirnya kami tiba di Venice Marco Polo Airport. Haura benar-benar teruja. Aku mengupah seseorang untuk menjadi driver sepanjang bulan madu kami berdua.

"Abang. Tunggu siapa? Teksi berlambak tu. Sayang letih ni. Sakit badan".

"Sabar. Abang upah someone untuk jadi driver kita. Kejap lagi dia sampai". Haura memeluk pinggangku. Rambutnya yang panjang mengurai aku usap.

Dua puluh minit menunggu,driver yang aku upah itu tiba dengan memandu kereta jenis MPV.

"Tuan. Maaf lambat. Ada urusan tak dapat dielakkan".

"Dah berapa kali aku cakap. Jangan panggil aku tuan. Panggil nama je. Sekali lagi,kau panggil aku tuan. Aku starlight dahi kau tu. Faham tak,Fiqri?".

Fiqri mengangguk.

"Abang kenal ke dia ni?"tanya Haura.

"Kan satu sekolah dengan kita. Cuma dia junior kita. Sayang ingat tak yang dia jadi mangsa songsang Adam. Yang abang belasah dia separuh mati tu"jelasku.

"Oh! Ingat-ingat. Dah berubah eh. Makin sado. Buat apa dekat Venice ni?".

"Saya tinggal sini,kak. Dah tiga tahun"balas Fiqri.

"Abang support dia further study dekat sini. Sekarang,dia jadi manager dekat hotel yang kita duduk nanti. Dah nikah pun"jelasku.

Haura bagaikan tidak percaya.

"Tuan.. Maaf. Abang Zach banyak tolong saya lepas family saya meninggal sebab kemalangan. Saya banyak terhutang budi dengan Abang Zach"ujar Fiqri.

"Oh. Sekarang kita balik hotel. Sembang sampai bila-bila pun tak habis". Haura mencelah.

Fiqri membawa kami ke hotel. Masuk je ke dalam bilik,Haura terus melompat ke atas katil. Bahagia sungguh sang isteri. "Bestnya tilam ni. Abang! Sini lah! Join sekali!".

Aku melangkah ke katil dan duduk di atas katil. Haura memelukku dari belakang. "Thanks,husband. Bawa sayang ke sini. Sayang abang sangat-sangat". Haura mengucup pipiku.

"Hari ni kita rehat dulu. Esok,baru kita pergi tempat yang menarik. Kita ada whole week untuk kita berseronok"balasku.

"Okay. Kita bagi mama dengan papa.. Cucu..". Haura mengusap-usap dadaku. Pandangan yang menggoda diberikan. Bibir bawahnya digigit.

Hari pertama berbulan madu,kami disajikan dengan breakfast on bed. Tepat sepuluh pagi,barulah kami melawat tempat yang menarik. Lokasi pertama yang kami lawati ialah Doge's Palace. Sebuah seni bina ala Gothic yang dibina pada tahun 1340. Pihak muzium membuat satu tour untuk pelancong yang melawat Doge's Palace.

Kemudiannya,kami melawat Saint Mark's Basilica. Haura kelihatan begitu teruja sekali. Beberapa gambar diambil oleh Haura dengan menggunakan kamera Sony A7 IV yang dibelinya menggunakan kredit kad milikku. Dalam diam dia beli.

Hari pertama,kami melawat beberapa tempat menarik.

Hari kedua pula,kami melawat Gallerie dell'Acccademia iaitu sebuah art museum. Haura mengambil gambar dan menjelaskan padaku mengenai gambar-gambar di situ. Aku cuma mengangguk.

Setelah tamat membuat lawatan di situ,kami ke Peggy Guggenheim Collection. Art museum yang kedua kami lawati.

"Abang! Tahu tak ni art Picasso. Ni first time sayang tengok art dia depan-depan". Haura mula menceritakan mengenai Picasso padaku. Aku cuma mengangguk. Ni padahnya kalau tak ambil tahu langsung bab sejarah.

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now