52

32 1 0
                                    

Cukup dengan interview yang tertutup,aku menjadi pekerja kepada isteri sendiri. Aku dilantik menjadi Chief Operating Officer (COO).

Pintu diketuk dan Nelly masuk ke dalam pejabatku. "Eh Zach. Buat apa dekat sini? Mana COO baru tu?".

"You look at him now"balasku.

"Eh seriously? Patutlah Haura cakap yang I akan terkejut. So,welcome to HX Holdings. I'm happy to working with you".

Haura masuk tidak lama kemudian. "Abang. Jom. Sayang nak perkenalkan abang dekat staff lain".

Haura sudahpun mengumpulkan pekerjanya di dalam conference room. "Baiklah pekerja HX Holdings yang dikasihi. Saya ingin memperkenalkan Chief Operation Officer kita yang baru. Hayder Zachery. Sila perkenalkan diri kamu".

Aku kagum dengan Haura. Lembut je bila bercakap dengan staff sendiri.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Nama saya Hayder Zachery. Saya merupakan COO baru di HX Holdings. Saya mungkin tak ada pengalaman tetapi saya mempunyai business keluarga sendiri yang bertapak di Chicago. Saya harap kamu dapat menerima saya dalam syarikat ini. Jika kamu ada masalah,boleh berjumpa dengan saya semasa ketiadaan Tengku Haura. Itu je rasanya. One more thing,jangan guna panggilan yang terlalu formal dengan saya".

Aku memulakan kerjaku yang baru tiba di atas meja kerjaku. Memang busy ya syarikat Haura ni. Baru aku tahu kerja ni macam mana. Selalu aku suruh orang bawahanku melakukan kerja.

Pintu bilikku diketuk. Haura muncul bersama seorang staff. "Zach. Saya tahu awak baru mula bekerja. Saya dah carikan seorang PA untuk awak. So,saya tinggalkan awak dengan dia. Saya nak jumpa client. Kalau ada apa-apa,call je saya". Haura keluar semula.

"So,tell me your name and your position in this company?"tanyaku lalu bersandar di kerusi.

"My name is Athirah. Call me Thirah. I work as graphic designer and I'm still new in this office. But,I know how and what PA does".

"Bagus. Saya cuma menguji awak. Saya ni tak ada banyak pesanan. Cuma buat kerja awak sebaik mungkin. Kalau awak ada masalah,awak boleh cari saya atau Tengku Haura. Takpun,cari staff yang berpengalaman. Itu je. Awak boleh buat kerja awak".

"Saya akan cuba yang terbaik untuk memajukan lagi syarikat ni. Saya minta diri dulu". Athirah keluar dari pejabatku.

Aku melakukan exercise ringan sebelum aku menyibukkan diri dengan kerjaku.

"Abang. Jom lunch dekat restoran seberang jalan. Sayang dah ada dekat sini".

Aku mengemas meja kerja sebaik sahaja menerima mesej melalui WhatsApp daripada Haura. Aku berjalan ke restoran yang dikatakan oleh Haura.

Aku mengambil tempat di hadapan Haura. "Baru balik jumpa client ke ni?".

Haura mengangguk. "Tapi,ada masalah sikit dekat site. Abang teman sayang boleh lepas lunch nanti".

"Boleh. Teman sayang mengular pun boleh. Cakap je"balasku.

"Tak ada. Tak ada. Abang tu baru kerja sini. Nak mengular pula. Potong gaji karang".

"Mentang-mentang sayang boss abang. Pandai nak ugut kita". Aku mencuit hidung Haura.

Haura menepis tanganku. "Dah la. Sayang nak ambil makanan. Abang duduk sini jaga meja". Haura kembali ke meja tidak lama kemudian. Aku melihat pinggan Haura. Ikan keli sambal,ulam-ulaman dan sambal belacan.

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now