Kes penceraian Aina dan Akmal diselesaikan secara baik di mahkamah. Setelah proses pembicaraan selesai,Akmal dihantar semula ke penjara. Dia dipenjarakan selama sepuluh tahun atas sebab penderaan isteri dan pemerdagangan manusia.
Aku tidak menyangka perkara ini akan berlaku apabila Mak Long Irdina menyalahkan Aina sebab tak reti jaga dan menghargai suami.
"Kak long ni dah kenapa nak salahkan Aina? Budak tu tak bersalah. Kalau dah sampai lacurkan isteri sendiri. Memang patut Aina minta cerai. Jangan jadi buta,kak long"tegur mama.
"Entah mama ni. Syaza tahu Akmal tu selalu bagi mama macam-macam. Tapi, takkan sampai macam tu sekali mama masih nak pertahankan Akmal tu"tegur Kak Syaza pula.
"Akmal tu tak pernah menyusahkan aku. Dia selalu ambil hati aku. Apa aku minta,semua dia tunaikan. Nak harap si Aina tu. Kerja nak menghabiskan duit. Buat kerja rumah pun harapkan Akmal. Kerja dia menghadap phone dua puluh empat jam". Mak Long Irdina menempik.
"Ja..di.. Mama percayakan cakap Akmal tu dari Aina sendiri? Sampai hati mama kan". Aina menangis di dalam pelukan Haura.
Aku yang diam dari tadi membuka mataku apabila Haura menyiku pinggangku.
"Jangan buta hati, mak long. Akmal tu cuma berpura-pura je. Depan mak long pijak semut pun tak mati. Dia tu cuma menunggu masa je nak rampas harta mak long".
Aku mengeluarkan voice recorder. "Mak long dengar ni". Aku memainkan audio yang aku rakam masa kejadian tempoh hari.
"Lepaskan akulah! Aku nak perempuan tu jadi pelacur seumur hidup dia! Dia lubuk duit! Aku tak puas lagi nak rampas harta mak dia yang macam sial tu!".
Sengaja aku repeat berkali-kali supaya Mak Long Irdina sedar. "Mak long masih lagi nak pertahankan bekas menantu mak long yang tak berguna tu?".
"Mana kau dapat audio tu?"tanya Mak Long Irdina.
"Malam masa saya tengah berseronok dengan bekas menantu kesayangan mak long tu. Dia pun seronok berparti dengan saya"jawabku.
"Aina. Mama minta maaf. Mama sepatutnya lebih percayakan kamu dari Akmal tu".
"Nasib baik ada si Zach. Kalau tak, sampai bila-bila Aina jadi pemuas nafsu jantan hidung belang tu. Mungkin kak long sendiri hidup merempat"ujar mama.
"Tadi teruk juga Akmal tu sampai berkerusi roda bagai. Itulah. Berhutang lagi dengan ahlong. Padan muka bekas lelaki kau tu Aina"getus Kak Syaza.
Aku memandang wajah mama,papa,Haura dan Aina silih berganti. Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang aku lakukan pada Akmal.
⏬
Aku sibuk membasuh keretaku dan Haura sementara Haura melayani Hayyan dan Hayla di kolam mandi. Sewaktu aku sedang membasuh kereta,aku perasan seseorang berada di luar pagar dan meletakkan sesuatu pada mailbox lalu beredar.
Aku menghentikan aktiviti cucian lalu melangkah ke arah pagar. Aku mengeluarkan satu kotak hitam dan tiada nama penghantar cuma hanya ada alamat rumahku sahaja.
Aku membuka penutup kotak dan melihat isi kotak hitam itu. Aku terkejut melihat isi di dalam kotak hitam itu.
"Abang. Apa benda tu? Abang ada beli something ke?"tanya Haura sambil berjalan ke arahku.
"Tak. Ada orang salah letak alamat ni. Nama penghantar tak ada"jawabku lalu aku menyembunyikan kotak hitam itu di belakangku.
"Kenapa abang sorok? Surprise untuk sayang ke? Rasanya birthday sayang lambat lagi".
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
De TodoWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...