59

17 1 0
                                    

Sejak kembar aku ni mencecah umur tiga tahun ni,riuh rumah dibuatnya. Macam aku bela sepuluh orang. Disebabkan aku tak berapa nak sihat,aku mengambil cuti untuk menjaga mereka berdua.

"Papa! Papa! Wake up! Kami lapar!".

Aku mengalihkan selimut yang menutup badanku. "Minum susu dulu. Papa is sick today".

"Susu dah habishh. Nak roti ngan butter letak sugar"pinta Hayla. Hayyan pula hanya berpeluk tubuh. Muka dia pun tak ada perasaan. Dasar ikut bapak.

"Mummy tak masak ke? Kejaplah. Bagi papa cuci muka dulu". Aku bangun dari katil dan melangkah ke bilik air untuk mencuci muka. Hayyan dan Hayla menungguku di luar bilik air.

"Dah. Jom papa buat breakfast". Aku memimpin mereka berdua ke dapur dan aku meletakkan mereka di dining chair. Aku mengeluarkan butter dari dalam fridge dan meletakkan butter di atas island table. Aku mencapai gula dan roti yang diletakkan di dalam kabinet dapur.

Aku menyapu butter pada empat keping roti lalu aku menaburkan gula ala-ala Salt Bae. Aku meletakkan dua keping roti yang telah dilipat pada pinggan Hayyan dan Hayla.

"Papa. I want milk"pinta Hayla.

Aku perhati je si Hayyan ni. Tak banyak cakap. Muka pun ketat je. "Hayyan nak susu juga ke?".

Hayyan mengangguk.

"Cuba cakap. Ni tidak. Muka ketat. Mulut tu cuba buka. Macam simpan emas dalam mulut tu"tegurku.

Hayla ketawa. "Abang will talk with mummy only,papa".

Aku menuang air susu low fat dutch lady ke dalam botol susu masing-masing. "Your drinks". Kemudian,aku buat breakfast untuk aku iaitu roti telur dicicah dengan mayonis dan sos cili.

"Siapa nak makan KFC petang ni? Angkat ketiak!". Laju je anak kembar aku ni mengangkat tangan. "Papa suruh angkat ketiak bukan tangan. So,tak jadi la papa nak bawa pergi makan KFC".

"Papa! I want KFC. Mummy cakap tak baik tipu orang. Nanti masuk api neraka".

Terkebil-kebil aku dibuatnya. Oh Hayla! You broke my heart.

"Ok fine. Nanti papa bawa pergi makan KFC".

Seperti yang dijanjikan pagi tadi,aku membawa Hayyan dan Hayla ke KFC. Aku masih terkesan dengan apa yang Hayla cakap pagi tadi.

Aku mengoyakkan isi ayam supaya mudah untuk mereka berdua makan. "Nak jumpa mummy tak?".

"Nak! Abang nak hug mummy. Abang rindu mummy"jawab Hayyan.

Ah kau. Sebut pasal mummy bukan main lagi.

"Abang hug mummy. Adik hug papa. Yay!".

Aku gembira melihat anak kembarku membesar di hadapan mata sendiri. Walaupun aku dan Haura sibuk bekerja,kami tidak lupa untuk luangkan masa bersama mereka berdua.

"Papa. Dah!".

"Basuh tangan dulu lepas tu kita jumpa mummy, okay?".

Hayyan dan Hayla mengangguk. Aku mengemas meja makan dahulu sebelum membawa mereka ke tempat mencuci tangan.

Destinasi yang seterusnya adalah HX Holdings. Sudah semestinya aku membelikan KFC untuk Haura. Setibanya kami di tingkat yang menempatkan HX Holding, aku terus melangkah ke meja receptionist. Alhamdulillah, receptionist yang baru ni seorang yang tidak menggeletis. Aku berdehem memberi isyarat.

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now