27

45 2 0
                                    

Sebelum ke sekolah,aku sempat mandi bersama dengan Haura. Buat kali pertama,aku melihat Haura memakai baju lengan panjang ke sekolah dan semestinya dia berusaha untuk menutup aurat. Aku mengelus pipinya. "Makin cantik wife abang ni". Aku menyarungkan helmet ke kepalanya. Katanya,dia ingin ke sekolah dengan menaiki superbike.

"Bawa laju-laju tau"pinta Haura sebaik sahaja aku menghidupkan enjin superbike. Aku tak mengesyaki apa-apa. Aku cuma turutkan permintaan Haura.

Dari lima belas minit perjalanan,hari ni menjadi sepuluh minit perjalanan ke sekolah. Haura turun dari superbike dan menghulurkan helmetnya padaku.

"Terima kasih sebab tunaikan permintaan Haura. Best abang bawa laju-laju. Balik nanti pun sama tau". Haura terus meninggalkanku.

"Weird. Lain macam dia ni sejak minggu lepas. Mood raya dia tak hilang lagi ke". Minggu ni minggu ketiga di bulan Syawal.

"Weh. Haura ke tadi tu?"soal Airil yang datang entah dari mana.

"Ha dia la tu. Kenapa?"balasku.

"Sejak bila dia pakai tudung?"soal Airil.

"Sejak first day raya hari tu. Sekarang,dia dah berubah. Berbeza kan dengan dia yang dulu"jawabku.

"Ye weh. Aku respect kau la,Zach. Kau dah berjaya ubah dia. Terkejut juga aku tadi. Ingat kau bawa perempuan lain"ujar Airil.

"Nak mati? Kau tak tahu lagi dia punya marah dan makian dia. Dua hari lepas,dia maki anak jiran aku. Memang kaw-kaw dia maki. Yelah. Anak jiran aku tu ajak aku keluar date. Tak sempat aku nak sembur budak tu,Haura dah sembur dulu budak tu"jelasku.

"Jom masuk kelas. Kau sebagai head prefect dekat sekolah ni. Kenalah jadi contoh yang baik. Ye tak?".

"Kau nak cakap aku ni head prefect jahat lah? Macam tu? Okay. Sekarang,kau dibuang sekolah". Aku menyakat Airil.

"Takkan sampai macam tu. Kejam gila. Ruthless head prefect". Aku mengepit kepala Airil dengan lenganku. "Jom. Nak tengok kekejaman aku,kan?". Airil meronta-ronta untuk melepaskan diri. "Lepas weh,Zach. Mati aku nanti. Kau tak jahat. Kau head prefect yang paling bagus. Lepaskan aku". Aku melepaskan kepala Airil.

Tiba-tiba,ada kekecohan berlaku. Aku dan Airil bergegas ke tempat kejadian. Aku berdehem dengan kuat. Pelajar yang mengerumuni memberi aku laluan. Bila aku mendekati,aku nampak Haura sedang bergaduh dengan Qistina. Semestinya,tudung yang dipakai Haura telah tertanggal.

"Haura! Qistina! Stop it!"jerkahku. Jerkahanku itu menghentikan pergelutan mereka berdua. Haura mengambil tudungnya yang berada di atas tanah lalu menyorok di belakangku.

"Apa masalah korang berdua ni?! Perangai macam budak sekolah rendah! Haura. Bagitahu apa yang berlaku".

"Dia gelak dekat Haura. Dia cakap Haura pura-pura pakai tudung. Dia cuba tarik tudung Haura. Haura lawan balik. Tertampar dia. Lepas tu,dia terus pukul Haura. Dia main tarik rambut Haura"jelas Haura.

"Penipu! Dia pukul I dulu. I pukul la balik. Jangan percaya bulat-bulat apa your wife cakap tu".

"Dah tu,nak aku percaya cakap kau ke? Ramai saksi dekat sini". Aku memandang pelajar yang berkerumun. "Siapa yang mulakan dulu? Haura or Qistina?".

"Qistina. Dia yang mulakan dulu". Aku dengar semua mengatakan Qistina yang mulakan dulu.

Aku pandang Qistina semula. "Kau dengar kan? Semua cakap kau mulakan dulu. Kau dengar sini. Lain kali,kalau kau cuba apa-apakan Haura. Aku takkan teragak-agak untuk hukum kau. Bersurai semua!".

"Are you okay,Haura?"soalku.

"I'm good. Cuma itu la. Tudung kotor kena tanah"jawab Haura.

"Tak apa. Balik nanti basuh. Lain kali,jangan bergaduh lagi. Gaduh tak selesaikan masalah. Haura kan co head prefect. Kena tunjuk contoh yang baik la". Aku mengucup dahi Haura.

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now