46

27 2 0
                                    

"Nelly. File yang aku suruh siapkan tu. Mana? Aku nak file tu atas meja aku ASAP".

Aku bermain dengan pen sementara menunggu Nelly menghantar file yang aku minta semalam. Tidak lama kemudian,Nelly masuk ke dalam office.

"Sorry,Zach. I baru siapkan tadi. Ni file nya". Nelly meletakkan file di atas meja. "Zach. Haura macam mana? Bila due date dia?".

"Dua atau tiga hari lagi"jawabku sambil menyemak file kerja. "Okay. Good. Kau ikut aku pergi meeting room". Aku menggunakan panggilan normal dengan Nelly. Aku tak gemar bila staff panggil aku "boss". Aku cuma menggantikan tempat Haura buat sementara waktu.

"You nampak stress je,Zach. Nah. Ni I ada ubat. Dia bukan ubat tapi gula-gula. I makan ni tiap kali I stress or nervous". Nelly menghulurkan gula-gula padaku.

Aku menyambut gula-gula dari tangan Nelly dan membuka pembalut lalu aku masukkan gula-gula ke dalam mulutku. "Rasa macam air Red Bull".

"Yes. I beli dekat TikTok Shop. Sedap,kan?".

Aku mengangguk.

Meeting sedang berjalan. Aku mendengar penerangan dari wakil syarikat daripada Indonesia yang berkerjasama dengan syarikat Haura.

Kadang-kala,aku akan mencelah dan memberikan pandanganku terhadap projek yang ingin dibina di Indonesia.

Setengah jam kemudian,projek kedua pula dibentangkan. Kali ni,projek di utara tanah air. Ni kali kedua syarikat ni berkerjasama dengan HX Holdings.

Phone aku berbunyi dan bergetar hebat di dalam poket seluar. Aku meminta diri untuk menjawab seketika panggilan. Aku keluar dari bilik mesyuarat. Panggilan dari mama itu,aku jawab.

"Yes,ma. Ada apa? Zach ada meeting ni".

"Haura. Dia dah masuk labour room. Dia perlukan kamu. Datang cepat"jelas mama di hujung talian.

"Bukan.. Okay. Okay. Zach on the way ke hospital sekarang". Aku masuk semula ke bilik mesyuarat. "Minta maaf semua. Saya terpaksa meninggalkan meeting ni sebab wife saya sudah masuk labour room". Aku mendekati Nelly. "Apa-apa kau bagitahu aku".

Aku bergegas ke hospital. Aku meredah semua lampu merah yang aku nampak.

Kedengaran bunyi siren polis. "Sila berhentikan kenderaan anda ke tepi".

Aku pandang belakang melalui side mirror. Sebuah kereta peronda polis berada di belakang keretaku. Aku memberhentikan keretaku di tepi jalan. Aku menurunkan cermin di sebelah pemandu.

Seorang anggota polis mendekati keretaku. "Encik. Minta kad pengenalan dan lesen".

Aku menghulurkan kad pengenalan dan lesen kepada anggota polis itu. "Encik tahu kesalahan encik?".

"Tahu,tuan. Tapi,saya ada emergency. Isteri saya sedang bersalin"jelasku.

"Oh. Peraturan tetap peraturan. Encik dah langgar banyak lampu isyarat".

"Saya sedar kesalahan saya"balasku.

Anggota polis sedang sibuk menulis surat saman. "Ni surat samannya. Walaupun ada emergency. Encik tetap harus berhati-hati. Encik boleh pergi sekarang". Kad pengenalan dan lesen diberikan semula.

"Terima kasih,tuan". Aku menaikkan semula tingkap dan terus berlalu pergi.

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now